19 December 2025

Berangan Itu Percuma


Assalamualaikum. 


    Aku datang balik. Hahahahaha. Jom lah join aku berangan jap dah hujung tahun 2025 ni hehehe. 


      Aku kadang-kadang berangan jadi kaya raya sampai tahap nak hire driver peribadi untuk aku mudah ke mana-mana. Bukan bermaksud aku nak keluar setiap hari tau. Time ada hal penting dan mustahak je lah. Gaji pulak bukan bulanan. Tapi gaji harian waktu aku nak keluar sahaja. Contoh kalau sebulan tu empat kali je, so gaji dibayar 4 kali tu lah. 


    Ya aku tak ada lesen memandu dan malas la nak belajar ambil lesen. Lesen memandu kereta tu dah dikira satu keperluan juga zaman ni bukan kehendak tapi entahlah aku tak suka nak bawa kereta. Aku lebih suka menjadi penumpang atau jadi boss. Ahahahahaha. Kemahin. 


     Sebab itu aku selalu juga berdoa agar aku jadi sangat kaya sampai boleh gajikan seseorang untuk menjadi pemandu peribadi aku. Dan semestinya lah perempuan gais. Status tak kisah bujang/ berkahwin/ ibu tunggal dan lain-lain. Umur pun tiada minimum maksimum. Ewahhhh aku punya berangan. Kau hado? Hahahahaha.


      Manalah tahu tiba-tiba Allah makbulkan satu hari nanti. Siapa tahu kan? Aku bukan nak maid/ helper. Aku bukan nak PA (personal assistant). Aku bukan nak part time cleaner. Aku nak PD (private driver) hehehe. Rilek la nama pun berangan. Suka hati aku la nak request apa hahahaha. Aku yang berangan tapi engkau yang panas dah kenapa? 😆😆😆

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...