Mesir dalam keadaan darurat. Benar-benar darurat. Mana-mana student Malaysia yang didapati berkeliaran di luar rumah akan ditangkap dan dikurung.
Pengisytiharan ‘darurat besar-besaran’ ini baru sahaja diumumkan. Sesiapa yang memang kebetulan berada di rumah memang terselamatlah. Yang berada di luar ketika diisytihar darurat bagaimana pula? Terpaksa melarikan diri, bersembunyi di mana-mana, bergerak dalam kumpulan yang kecil atau menyamar seperti orang arab.
Ketika ini pula aku dan dua orang rakan baru pulang dari rumah kawan yang mengadakan majlis makan-makan. Kami juga dikejar oleh orang arab yang mahu menangkap kami. Berlari sekuat dan sepantas yang mungkin mengelakkan diri daripada ditangkap. Ala-ala macam adegan dalam filem The Bounce Supermacy (macam salah eja tu).
Kami menahan sebuah taxi. Pemandu taxi suruh cepat-cepat masuk dan menurutnya akan ‘menyelamatkan’ kami dari terus dikejar. Aku paling akhir masuk dalam taxi dan duduk tepi sekali paling kanan (tepi pintu). Kacak juga pemandu taxi ini. Kurus dan macho. Ceh sempat pula aku memuji dalam hati padahal nyawa kami dalam bahaya sekarang ini. Ibarat telur di hujung tanduk. Di sebelah beliau mungkin rakan beliau.
Kemudian dia dan rakannnya menggari tangan kami bertiga yang duduk di seat belakang ini. Gari itu rupanya bersambung dengan pintu kereta bahagian hadapan kanan dan kiri. Hek eleh. Ingatkan selamat lah bila naik taxi ini. Rupanya digari dan ‘ditangkap’ juga. Alahai.
Tiba-tiba ada sebuah kereta polis mengejar taxi yang kami naiki ini. Sebelum itu ada road block dan taxi yang kami naiki membelok ke arah jalan lain. Maka adegan kejar-mengejar antara kereta polis dan taxi pula berlaku. Pemandu taxi memandu dengan had kelajuan yang amat tinggi. Segala kon-kon di jalan raya dirempuh. Penghadang jalan juga dirempuh. Amat cemas. Pemandu taxi ini amat cekap memandu walaupun laju dan merbahaya. Sampai satu tahap siap lalu atas beberapa anak tangga bagi melarikan diri dari polis. Kereta jenis apa yang kami naiki ini kami pun tak perasan tadi tapi agak tahan lasak. Ouch..
Tiba di satu kawasan di mana ada banyak juga kereta yang kejar mengejar antara satu sama lain. Serabut dan merbahaya. Then tanpa disangka salah satu tayar kereta yang berada di hadapan taxi kami meletup (tayar belakang sebelah kiri) dan kereta mengundur ke belakang. Ketika itu aku sudah terbayangkan kereta itu ‘tergostan’ tanpa kawalan merempuh taxi kami dan dua kereta ini akan terundur ke belakang merempuh tembok yang jauhnya beberapa meter dari insiden tayar meletup. Dan pastilah yang paling parah nanti adalah kami bertiga yang duduk di seat belakang.
Ketika sedang membayangkan kematian mengerikan itu pandanganku tiba-tiba menjadi gelap. Sedar-sedar sahaja aku tengah berdiri dengan sihatnya dan bagai tiada apa berlaku. Namun ku lihat di sekelilingku mayat dan mangsa kemalangan ngeri bergelimpangan. Ada yang sedang nazak. Semua mengalami kecedaraan parah. Malah aku tidak berseorangan berdiri dan berjalan melihat suasana ngeri itu. Rakan-rakan ku dan dua orang lagi turut bersama aku. Kami berlima berjalan dan masing-masing dapat melihat ‘diri sendiri’ terbaring kaku cedera parah. Aku mencari di manakah ‘diri aku’ tercampak dan bagaimana kah keadaan ‘diriku’.
Nah aku telah menemuinya. Ku lihat tiada apa lah yang serius. Tiada anggota yang terputus atau tercerai, tiada darah. Cuma ku lihat calar balar di tangan dan muka. Dan wajahku amat pucat. Mungkin kecederaan dalaman? Beginikah kematianku? Beginikah cara aku mati? Inikah kesudahan hidupku? Ya. Rohku yang telah keluar dari jasad telah melihat sendiri jasadku yang kaku tak bernyawa. Ketika ini baru aku sedar dan nampak yang aku amat kurus. So skinny. Wo!
“When darkness turns to light, it ends tonight..”
Alarm handset aku berbunyi pada jam 3.00 pagi. Astaghfirullah… mimpi ngeri apakah ini? Aku termenung panjang. Mimpi macam real beb. Best juga kalau dijadikan filem kot? Ngeee…
Itu la orang kata, sebelum tidur basuh kaki tapi tak buat. Ni terus tidur je. Doa tidur tak baca, tiga Qul tak baca, ayat kursi tak baca. Hah kan dah mimpi yang bukan-bukan. Habis selama ini terus tidur je tak ada lah mimpi ngeri selalu. Ceh menjawab pula tu. Jangan ingat kau tu ‘kebal’ sangat dan pendinding diri dah kuat walaupun banyak ayat Quran kau dah hafal. Insaf la wei. Huish. Mana ada rasa kebal. Cuma…
Satu perangai buruk aku, aku kadang-kadang tidur dulu tanpa solat Isyak terlebih dahulu. Bukan saja-saja tapi ada alasan tersendiri. Supaya senang bangun malam. Tidur pun tak la lena sangat sebab fikir ‘aku masih belum solat Isyak, mesti kena bangun’. Tapi walau macam mana pun, solat di awal waktu adalah lebih aula. Kita mana nak tahu kalau kita mati dalam tidur? Betul tak?
Mencuba perbaiki diri….
6 comments:
grrr..tertipu
Ahahaha!! yes yes yes!
hahhahah sedikit panik masa baca haha
hihihi nampaknya penceritaan agak berjaya. ngeh ngeh. :p
hahaha.. mimpi.. sabau ajelah..
ahahaha tapi mimpi macam real tau.
Post a Comment