18 May 2010

Suatu Hari Pada Tahun 1989


Suatu Hari Pada Tahun 1989…

“Adik, ambilkan kunci Abang.” Kata si suami kepada isterinya. Si anak sulung yang duduk di tangga rumah memerhati kedua ibu bapanya dengan pelbagai persoalan bermain di kepala.

Si Sulung yang berusia tiga tahun lebih terus terfikir dan tertanya-tanya, ‘Kenapa abah panggil mak ‘adik’ ye? Aku dah lama perasan tapi takut nak tanya. Tak boleh jadi ni. Aku kena tanya jugak.”

Maka si sulung yang petah bercakap tanpa pelat bertanya kepada si ayah,

“Abah, kenapa abah panggil mak ‘adik’?”

Si ayah hanya senyum dan menjawab,

“Sebab mak adik la.”

Si sulung kebingungan. Tidak faham lantas berkata petah,

“Kenapa pulak? Sarah kan adik. Sarah je la patut dipanggil adik. Kenapa abah panggil mak adik jugak?”

Si ibu tiba-tiba muncul dan menyerahkan kunci kepada si ayah. Si ayah berkata lagi,

“Sarah adik Fairus. Mak ‘adik’ abah.” Kemudian abah terus start motor menuju ke pejabat.

Si sulung sebenarnya masih pening dan tidak berpuas hati dengan jawapan abahnya tapi hanya mendiamkan diri.











14 Mei 2010


Okay cerita tamat. Cerita di atas adalah kisah benar dan diolah dengan jayanya oleh aku. Ngeh ngeh…

Si Sulung adalah aku. Pada waktu itu hanya aku dan Sarah sahaja dua beradik. Aku berusia 3 tahun lebih, Sarah setahun lebih. Aku masa umur macam tu memang sangat banyak cakap dan banyak tanya sampai kadang-kadang penat orang nak layan. Hohoho. Dan sikap banyak tanya itu berterusan hingga aku sekolah rendah. Kata orang Jawa ‘ceriwis’ (banyak cakap).

Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku ketika umurku tiga tahun yang aku masih ingat. Kata orang biasanya mereka tidak dapat mengingati zaman sekecil itu melainkan diceritakan semula oleh ibu bapa, atau orang tua pada waktu kita kecil dulu.

Tapi kisah di atas ini bila dikenang sebenarnya sangat-sangat lawak. Agaknya kalau abah panggil mak ‘sayang’ pun mungkin aku akan tanya kenapa. Panggilan manja abah untuk mak ‘adik’ rupanya. Dah dewasa..ops.. dah besar baru la aku faham. Hek eleh.

Aku harap abah dan mak tak ingat peristiwa ini. Aku malu dow! Ngeeeee~

8 comments:

Tawel Sensei said...

Adik ni memang lah sangat inosen lagi comel pada tahun 1989. Haha!!

Wei, sifat kau yang ceriwis tu sebijik macam anak buah aku juga la. Penat aku nak layan!

ada said...

hari tu kan abang aku panggil kakak ipar aku,

"yang,,"

akak aku jawab, " ye bang.." depan anak sedara aku,.

------
dihari yg lain, abang aku panggil anak sedara aku tu,

"ijoi,,."

pastu dia jawab,

"ye bang.."

hahahahahahaahahah.. budak tu terpengaruh

amirah said...

ooo...first time aku dgr paggilan kpd isteri 'adik'..hehe

Seimura said...

[ tawel sensei ]

Ahahahaha!! Aku memang sangat comel dan inosen sejak kecil hingga kini. weeeeee~

Ceh, ramai je budak kecik yang ceriwis daa...




[ ada ]

Haaa??? Kah kah kah. Okay cerita ko ni lagi lawak wei! Muahahaha!!



[ amirah ]

Ekekeke memang ganjil kan? Hahah.

Anonymous said...

ada kwn mak saya pn gitu gk~ die pgl suami dia ayah. suami dia pgl die adik. ekekeke

Seimura said...

[ nazaTIMsuria ]

Oh ye ke? Sungguh comel.. hihihi..

Faarihin said...

hahahaha.. kak seimura sangat comel... hahaha.. =P

Seimura said...

[ Faarihin ]

Alamak Faarihin jangan puji macam tu, buat aku tersipu-sipu malu je. Cehh hak hak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...