19 February 2010

SINAI PART 4

Sambungan. ( 2 Februari 2010 )

6.45 AM – mula turun dari puncak


Pehal snap pic batu2 nih?
Souvenir di atas puncak Sinai haha.

Cam pelik je rupa souvenir nih.

Pilih jgn x pilih. Haha~

Jom turun dari puncak!
Kat atas ni pun ada kedai woo..

Mari turun beramai2. weeee~


7.40 AM – tiba di perkampungan Nabi Ilyas


 
  
  
  
  
  

 
Pokok yg berusia ribuan tahun.

Pokok yg sama tadi.

 
 
Sengetkan kepala anda ke kiri. Hahah.




Pintu ape tah ni?

Bersambung…..

18 February 2010

SINAI PART 3

SINAI PART 3

Sambungan… ( 2 Februari 2010 )

5.00 AM – tiba di puncak Sinai / Jabal Musa

AlhamduLillah akhirnya Rukia, aku, Orihime dan Yumichika berjaya sampai di puncak. Orang belum ramai sgt time ni. So Rukia dpt cop tempat baiiik punya iaitu di hujung dan sgt strategic utk melihat matahari terbit nanti. Tahniah Rukia haha.

Tapi bdk2 medic Russia tu lg hebat. Kul 2.45pg td dah sampai ke puncak! Peh diorang ni xreti penat ke? Pakai ilmu apa ni? Musykil betul huhuh.

Tak lama tu yg lain pun sampai. Masing2 merehatkan diri. Sejuk gilerrr… aku pun sampai tertidur tunggu masuk waktu subuh. Gila letih dan mengantuk!
Ade pak arab tawarkan utk sewa lihaf. Kami sewa beberapa la sbb mmg sejuk sgt. (tapi xda salji plak kali ni aku agak hampa n kecewa).

Dah masuk waktu subuh. Aku bertayamum dan kami solat subuh atas lihaf. Time ni ramaiii sgt manusia dh memenuhi ruang puncak ini.

Eh aku lupa bgtau. Hmm tempat ni di bina mcm tembok dan disimen so rata lah. Bukan lah atas tanah. Tp ruang xla besar sgt n xmampu nak menampung ratusan umat yg berjaya naik atas ni hoho. So bg yg lmbt sampai tu mereka duduk kt bhgn bawah la, payah cket nak nmpk matahari terbit nanti. Weeeee~


 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 
Matahari sudah terbit. Weeeeee~  sukanya~

 
Sang mentari memancarkan cahayanya…



Sang suria dan sang awan sama2 cantik…

Ucapkan matahariku.. puisi tentang hidupku….


Dengar kataku….matahariku….


Port baiiiik punya yg dipilih aku utk bergambar. Macho gila gayaku muahahaha.


Ruang munajat Nabi Musa A.S.


Amik gmbr dari atas je, tak dibenarkan masuk. Huhu.

Bersambung lagi…… :p

SINAI PART 2

SINAI PART 2

Sambungan….. ( 2 Februari 2010 )


2 FEBRUARI 2010


1.30 AM – mula mendaki Jabal Musa
- ada tujuh check point. Setiap chek point ade satu pondok jual makanan n minuman ringan tp mahal gila!

Maaf tak ada gambar nak tunjuk masa kami mendaki ni hahaha. Tapi biarlah aku cerita pengalaman yang sangat-sangat menarik ini.

Jabal Musa berketinggian 2280 meter kalau tak silap. Tapi perjalanan untuk naik ke puncak bukanlah seperti mendaki Gunung Ledang mahupun Gunung Kinabalu. Jalannya landai sahaja cuma makin lama makin tinggi.

Bagi sesiapa yg tak larat nak jalan kaki bolehlah naik unta dgn bayaran 80 geneh ( RM60 lbh kurang, mahal gilos).

Ada seorang pemuda arab yang bawa group kami utk naik ke atas. Kuat betul stamina dia tak nampak letih langsung! Percaya atau tidak, seminggu tiga kali beliau naik turun Jabal Musa ni bawak dan pandu pelancong!

Sejam pertama perjalanan / pendakian aku mmg aktif dan kuat tapi masuk jam kedua aku dah mula lelah. Hak hak hak. Kurang stamina sbb tak bersenam dan tak jogging setiap pagi sebelum naik Sinai ni haha. Tapi ku cekalkan semangat (cehh) demi untuk sampai ke puncak Sinai.

Kami akan berhenti rehat dalam 2 minit pada setiap check point dan teruskan perjalanan. Memang letih dan lelah campur sakit kaki tp seronok dan enjoy sebenarnya. Dahlah sejuk. Wuii..

Aku tak pasti dah lepas check point berapa tah mase tu aku dah mula rasa tak sedap perut dan tekak. Dah rase pening dan loya macam nak muntah. Wo aku kena keluarkan ni dah tak boleh tahan. Maka aku ke tepi dan muntahkan semula makanan yang aku makan mase dalam kereta tadi sebelum sampai Jabal Musa. Mujur Karin ada dia tolong urutkan tengkuk aku mase aku muntah-muntah tu. (hahaha buat malu je).

Dah muntah tu memang rasa lega gila. AlhamduLillah. Dan aku rase lebih kuat untuk teruskan perjalanan. Terima kasih pada Karin, Ikkaku dan Ishida yang sangat prihatin dan ambil berat pasal aku lepas aku muntah2 tu. Nampak sangat akan ke caring an mereka, aku betul-betul terharu! Dan juga aku sangat malu sebenarnya agagaga.

Akhirnya tiba di check point terakhir iaitu yang ketujuh. Muhammad (nama pemuda arab yang bawa kami tadi) hanya hantar kami sampai check point ketujuh sahaja selebihnya kami kena naik sendiri. Mase ni memang sangat-sangat sejuk pastu dengan angin lagi bertiup menambah kesejukan yang sedia ada. Heheh.

Pendakian terakhir ialah kami perlu naik anak tangga yang berjumlah 750 sebelum sampai ke puncak. Wo banyak tak banyak. Bayangkan lah.. setiap kali dalam 5 atau 6 anak tangga, aku akan berhenti kejap dalam tiga, empat saat dan teruskan naik tangga hak hak. Bukan aku je begitu, yang lain-lain pun sama. Hehe. Time ni lampu picit aku sentiasa terpasang. Tadi sebelum naik tangga kejap nyala kejap tak sebab tak lah gelap sangat..(bulan mengambang penuh malam ini weeee~).

Bile dah puluh-puluh anak tangga kami akan berhenti rehat dlm 2minit minum air dan duduk-duduk dan kemudian teruskan perjalanan. Memang penat gila wo. Bila la nak sampai ni, tak sampai-sampai haha.

Tapi budak-budak medic Russia tu dah jauh dari kami memang kuat betul stamina hahaha.

Last sekali…yang betul-betul larat untuk ke sampai puncak lebih awal hanya aku, Rukia, Orihime dan Yumichika. Kami perlu sampai awal utk cop tempat. Kalau lmbt tempat akan penuh. Maklumlah..yang join pendakian ini untuk satu malam je cecah beratus-ratus orang termasuk pelancong barat, Korea, Eropah, Amerika dan sebagainya selain student Malaysia.


Bersambung….. ngeeee tak ada gambar langsung kali ni. Hoho sori ek? Heheh.


17 February 2010

SINAI PART 1

SINAI PART 1




Sambungan…( 1 Februari 2010 )



2.40 PM – tiba di Makam Nabi Salleh









Makam tidak bermaksud kubur atau punya jasad di situ. Makam dlm bahasa arab bermaksud ‘tempat berdiri’. Makam Nabi Salleh A.S yg terletak di sini adalah khilaf. Ada pendapat mengatakan makam Nabi Salleh terletak di tempat lain.
Boleh jadi makam yang terletak di sini adalah salah satu tempat yang pernah disinggah Nabi Salleh utk beribadat dan bermunajat.
Definisi ‘makam’ yg bermaksud ‘tempat berdiri’ itu sendiri mempunyai makna yg luas. Diulangi, makam tidak semestinya bermaksud kubur yg punya jasad di dalamnya.





4.00 PM – naik Wadi Arba’in ( Lempah Empat Puluh )












4.20 PM – tiba di Wadi Arba’in

Batu yang diketuk oleh Nabi Musa dgn tongkatnya lantas memancarkan 12 mata air yg terpancut dari batu ini. 12 mata air itu adalah untuk 12 puak pada zaman itu. So skrg xde lagi lah keluar air dari batu tu. Jgn la lurus sgt.



Sebelah hadapan batu ini ada 7 mata air yg terpancut setelah diketuk oleh Nabi Musa menggunakan tongkatnya. (boleh kira sendiri mmg ada tujuh).



Batu di sebelah belakang ada 5 mata air.


Pintu masuk untuk melihat batu tadi.

Kisah nabi yang paling banyak diceritakan dalam Al-Quran ialah kisah Nabi Musa A.S. Mukjizat Nabi Musa juga terlalu banyak dan salah satunya adalah tongkat baginda.



4.40 PM – turun semula






5.45 PM- menuju tempat penginapan



6.15 PM – tiba di tempat penginapan

- rehat, solat, makan, tido



11.00 PM – bangun n bersiap2 utk ke Jabal Musa (Tur Saina’)
Aku pakai baju 10 lapis termasuk sweater yg paling luar. Seluar pun 4 lapis termasuk seluar jeans. Stoking pun 4 lapis jugak. Aku bawa beg galas yg berisi makanan cket, tuala kecil dan paling penting air masak satu botol.
Kami diberi taklimat oleh Renji dan Mayuri sblm berangkat ke Jabal Musa. Mcm2 nasihat dan peringatan diberi kpd kami. Terima kasih Renji dan Mayuri. Heheh.



Bersambung….. sabar…sabar… hihihi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...