16 May 2016

Allah Dah Atur Hidup Kau

Assalamualaikum.
   Post pertama untuk bulan Mei. Sempena hari guru hari ini, izinkan hamba mengimbau kenangan silam kata kau. Ahahahah. Mungkin agak panjang entri kali ini. Ah, kau layan aje lah. Kakaka.
    Dalam entri tahun bila tah aku ada cerita yang aku tak masuk tadika atau tabika masa umur enam tahun. Bila dah besar baru ku tahu abah tak daftarkan aku tadika sebab tahun itu kerja abah sibuk di ladang, bukan pejabat. Jadi, tiada siapa boleh hantar dan jemput aku. Abah ajar membaca kat rumah je. Alhamdulillah otak aku agak cerdas (hahaha), mudah belajar dan dah pandai membaca sebelum masuk darjah satu. Wakaka.
    Masuk darjah satu, kekurangan aku tak pandai menulis sangat, tulisan sangat buruk dan pegang pensil pun kekok. Hahaha. Tapi ok saja. Sampai lah darjah 6 aku antara murid yang di target dapat 5A dalam UPSR. Budak pandai la konon. Hahaha. Nombor satu dalam kelas tu biasa sangat. Sekolah agama lagi lah aku konker hahaha. Tapi UPSR aku 3A2B je. Aku syak mungkin ada cikgu yang ada terkecil hati dengan aku kot so tak dapat 5A. Hahaha.
   Masuk sekolah menengah. Aku jadi murid biasa saja. Ramai lagi budak pandai. Aku bukan top student macam masa sekolah rendah. Haha. Sekolah Arab yang aku langsung tak minat tapi terpaksa juga habiskan demi kerana abah. Sebab tak pernah ikhlas tu lah result aku biasa-biasa saja. Agaknya lah. Hahaha.
   Lepas SPM, masuk Maahad paksa rela. Result SPM biasa saja tak la cemerlang tapi boleh la cari makan. Hahah. Sempat masuk form 6 then masuk MARSAH. Gagal dapat panggilan UPU. Kecewa jugak sebenarnya sebab ada rakan aku yang result lagi teruk daripada aku boleh  dapat panggilan U. Mungkin aku salah pilih kos agaknya entahlah. Akhirnya aku dah tak mengharap langsung dengan IPTA. Teruskan saja perjuangan Diploma di marsah. Sampai lah graduasi.
    Lepas konvo, aku nak kerja dulu then sambung PJJ je buat Ijazah. Itu plan aku masa tu. Lepas dua tahun kerja, Allah bukakan hati aku untuk sambung pengajian di Mesir. Walaupun niat asal aku ada lain sikit awalnya tapi sebaik menjejakkan kaki di bumi Mesir, aku terus  tajdid niat untuk tambah ilmu dan najah imtihan. Wahhh gitu kau.
    Balik Malaysia. Tak pernah jemu isi borang spa8 online saban tahun sejak ada diploma sampai lah ada ijazah. Bertahun-tahun tak pernah sangkut. Ada juga sangkut suruh datang interview tapi aku kat Mesir pulak. Tak pe lah anggap bukan rezeki aku. Lepas kahwin, dapat juga panggilan spa8 tapi gagal temuduga peringkat pertama. Lepas ada anak, aku dah malas ambil port spa ke apa sebab dah fokus pada anak pula. Hahaha.
   Akhirnya aku memilih untuk tidak bekerja. Sebab aku tak percaya orang untuk jaga anak aku. Jadi lah aku surirumah sampai sekarang. Rezeki Allah itu luas. Setelah zauji berhenti kerja dan fokus pada pusat rawatan dan bisnes, Alhamdulillah sudah sampai ke tahap ini di mana sudah ada staff sendiri. Dan aku pun bekerja di bawah zauji jadi p.a yang aturkan temujanji rawatan.
    Mungkin ada orang pertikai atau cakap ruginya belajar tinggi, jauh-jauh tapi tak kerja. Mentaliti ini masih tebal dalam pemikiran masyarakat kita. Belajar tinggi sampai Master phd pun bukan tiket untuk mendapat pekerjaan bagus terutama kerja kerajaan yang konon menjamin masa depan. Yakinlah dengan rezeki Allah dan apa yang telah Allah atur dalam hidup kau.
   Paling utama, sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang Allah beri dan jangan bongkak atau berlagak dengan apa yang dah kau capai. Sentiasa rendah diri, hormat orang tua, tak cakap besar dan menjaga hubungan sesama manusia.
   Ok Naim dah tak stabil. Nanti sambung lain. Kbai. Hahaha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...