12 October 2014

20 Months Old

Assalamualaikum..


   Amboi dah bersawang habis blog aku ni lama tak update. Tak berapa sempat. Time nak update internet slow pulak. Ni baru bayar bil celcom baru lah laju. Kalau tidak, macam haremm juga, wakaka. Sementara Jannah masih tido maka aku kena taip dan update laju-laju. Hohoh.

   Alhamdulillah, hari ini 12 Oktober 2014 genap lah umur anakanda hamba 20 bulan atau setahun lapan bulan. Lama tak update pasal anak, entri kali ini cerita pasal Jannah je la. Heheh. Makin bijak dan makin banyak perangai, hihi. Dah banyak perkataan dah boleh sebut. Dan mudah ikut orang sebut apa-apa je. Jom aku nak share perkataan-perkataan yang Jannah dah boleh sebut walaupun ada yang tak sempurna. Wahh gitu.

1. Air
2. Abah/ Bah
3. Ummi/ mi
4. Dah
5. Nak
6. Ni
7. Tu
8. Kaki
9. Kakak
10. Pipi
11. Ayam
12. Satu
13. Cantik
14. Pupu (lampu)
15. Asik (Nasik)
16. Nom (minum)
17. Mam/ mamam (makan)
18. Asut (kasut)
19. Kokok (pokok)
20. Kom/ kong (dukung)
21. Siap
22. Baby
23. Atuh (jatuh)
24. Kit/ akit (sakit)
25. Kak (bukak)
26. Tutup
27. Susu
28. Antok (terhantuk)
29. Atok
30. Nenek
31. Cicak
32. Amik (ambil)
33. Ya/ la (bola)
34. No (no/ tidak)
35. Nyom (jom)
36. yo (milo)
37. Amin
38. Nanak (tak nak)
39. Atuk (batuk)
40. Bah (lebah)
41. Keta (kereta)
42. Oto (motor)
43. Kut/ akut (takut)
44. Meow (kucing)
45. Yes
46. Asuk (masuk)
47. Pupat (lompat)
48. Pak (nampak)
49. Kuku
50. Pupah (tumpah)
51. Yap (lap)
52. Bai/ babai
53. Pai (sampai)
54. Pas/ papas (kipas)
55. Cium
56. Do/ dio (video)
57. Duduk
58. Api

Mungkin ada beberapa lagi tapi aku tak ingat, haha. Ok la. Boleh lah untuk toddler umur begini dah boleh bercakap sikit-sikit dan banyak juga sebutan jelas. Kadang-kadang bila sesiapa je jumpa dan dengar Jannah sebut beberapa perkataan, spontan diorang kata, "Eh, dah pandai cakap la." Mungkin sebab tengok badan Jannah kecil je kot padahal dah setahun lebih. Dah besar jugak sebenarnya. Kikiki.

   Cumanya Jannah lambat berjalan. Dah setahun 7 bulan baru pandai jalan. Takpe lah anak, janji kamu sihat dan ikut perkembangan baby/ toddler yang sepatutnya walaupun lambat. Kelebihan masing-masing lah kan. Lambat jalan tapi cepat bercakap kira better jugak la, hihi. Sekarang dah dapat dua-dua, dah boleh berjalan dan bercakap. Alhamdulillah.

  Dan sebenarnya juga Jannah masih belum pergi check up dan vaksin untuk umur 18 bulan. Haha. Asalnya hari tu sebab nak tukar KKIA sebab KKIA sebelum ni jauh dari rumah. Tapi tak pergi2 lagi KKIA baru untuk tukar alamat. Asyik tertangguh je. Aku nak tau jugak berat dan tinggi Jannah.

  Gigi Jannah pulak masih statik lapan batang je sejak umur 17 bulan hari tu. Semua gigi depan/ kacip empat batang atas, empat batang bawah. Tak tau la kalau ada geraham nak keluar tapi aku tak perasan lagi. Susah nak suruh Jannah nganga mulut nak tengok gigi dia. Aptb, haha. Jannah pun lambat tumbuh gigi. Umur 13 bulan baru lah tumbuh dua batang gigi pertama, gigi atas. Biasanya gigi bawah tumbuh dulu kan. Tak kisah lah gigi atas ke bawah janji tumbuh jugak akhirnya.

   Kadang terfikir biarlah lambat membesar atau statik je dengan umur/ saiz sekarang. Hahaha. Comel sangat perangai dan aksi-aksi dia yang menghiburkan hati. Pandai buat-buat menangis, marah, merajuk, geram, ketawa, batuk. Kalau kena gomol, meronta-ronta marah nak lepaskan diri sambil sebut nanak. Hahaha, itu memang rutin harian aku dengki dia gomol sampai nanges. Muahahaha.

  Umur begini biasanya budak dah boleh faham arahan dan menerima arahan. Macam Jannah pun sejak umur dia setahun lebih sikit la, dah boleh ikut apa yang kita suruh. Suruh duduk, dia duduk. Suruh ambil barang, dia pergi ambil. Suruh baring, dia baring. Begitulah.

   Opss.. takde pulak pic terbaru Jannah umur 20 bulan ni ye. Orangnya tengah nyenyak tido tu. Boleh tahan jugak belum bangun nak susu. Hoh baru cakap dah nanges budaknya. Haha. Ok bai. Sambung lain kali. Daa...
  

1 comment:

Seimura Shinda said...

Maaf noraini salleh. Saya terdelete comment awak.

Jannah berjalan pada usia setahun tujuh bulan. Tak ada buat apa treatment pun. Tak ada jumpa doctor. Tak ada jumpa pakar. Jalani hidup seperti biasa je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...