06 July 2014

Salam Ramadhan 1435

Assalamualaikum.

     Ramadhan kembali lagi. Tahun kedua berpuasa sebagai isteri, tahun kedua berpuasa sebagai ibu. Wah gitu. Eleh, itu pun nak kecoh. Poyo. Eh, suka hati aku la derr, ko apa sibuk? Kah kah. Gurau je. Lama tak update blog. Bulan Jun rupanya tak ada entri langsung. Produktiviti semakin menurun. Hiks.


    Macam-macam cerita ada sampai tak tau nak tulis yang mana satu. Habis tu asyik tertangguh je nak menulis. So kira pukal lah kali ni random story tak ada tajuk atau topik khusus. Haa.. boleh gitu yek.


   Ada satu cerita menarik tau hari kedua puasa hari tu. Kami berjalan ke Taman U. Mua-mula singgah kedai jap lepas tu pusing jap cari bazar Ramadhan. Ada tapi kecil je kawasannya, kira macam mini bazar la gitu. Kalau nak yang betul besar punya macam kat Angsana Mall atau Perling Mall. Haa.. berpinar mata tengok juadah tak tau nak beli yang mana satu, hehe. 

   Bukan nak cerita pasal bazar tapi cerita masa nak balik kami ada pusing kat belakang bangunan kedai. Tiba-tiba aku ternampak tulisan kat belakang satu bangunan kedai...

DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI. SIAPA YANG BUANG SAMPAH DI SINI SATU KELUARGA AKAN MATI!!!

  Kat bawahnya ada tulisan Cina dengan ayat yang sama lah kot.


Aku tak tau la nak gelak ke, nak gerun ke nak takut ke, hahaha. Sebab aku pernah nampak orang share gambar kat FB tulis ayat yang sama ni kat dinding. Aku tak sangka realitinya betul-betul ada orang buat kat Skudai ni. Tapi yang kat Taman U ni memang bersih tempatnya, cat pun cantik. Kalau gambar kat FB tu dinding pun berlumut macam usang gitu. APTB.


   Habis cerita pasal dinding, hahaha. Cerita pasal Ramadhan sikit la dah seminggu puasa ni kan. Berbuka dan sahur macam biasa je. Jannah kadang-kadang ikut bangun sahur sekali. Sebenarnya Jannah terjaga merengek nak susu, tapi kalau aku ngempengkan alamatnya tak bersahurlah aku sebab dia ngempeng lama nak tidur balik. So bangunkan dia terus bawak sekali pegi makan sahur, hehe. Lepas sahur baru tidurkan dia balik, ngempengkan. AlhamduLillah rezeki Ramadhan hari-hari dapat juadah dari surau. Memang setiap hari ada orang sponsor juadah berbuka untuk surau untuk 10-15 orang makan. Tapi tak ramai pun yang berbuka di surau, itu yang zauji boleh bawa balik rumah, banyak lebih.


     Azam Ramadhan kali ni, dapat khatamkan Quran sekali pun jadilah. Tahun lepas tak dapat khatamkan. Faham-faham je lah ada anak kecil kan, memang payah sikit. Padahal sebelum tu aku tak pernah gagal khatamkan 30 juzuk masa bulan Ramadhan at least sekali. Harap-harap diberi kekuatan dan kerajinan yang maksima. 

    Sepanjang Ramadhan ini, pusat rawatan kami tak beroperasi. Zauji tak sempat. Sesiapa yang nak berubat lepas raya la baru boleh. Jangan tak tau, aku dah pandai bekam orang dan buat facial resdung untuk customer wanita. Hihih, dapatlah jugak duit poket gitu kan. Maklum lah, aku kan tak kerja, surirumah sepenuh masa je sekarang, enggak ada income kok.

    Ok lah sambung nanti. Kalau takde jugak entri sampai raya maknanya sibuk sangat la tu (kononnya). Ok adios.


  

2 comments:

Faarihin said...

Ini kiranya sibuk sangatlah ni eh sampai dah lama tak update belog?

Hehe.. Hai Puan Seimura.. Busy nampak.. Haha.. macamlah nampak.. XD

Lama tak singgah sini. Banyak link kengkawan lama dah hilang sebab guna akaun yang tak berapa nak baru. Huhu.. Semoga sihat2 selalu.. =)

Seimura Shinda said...

hai faarihin. Haah la lama tak update blog. tak sempat. nak blogwalking lagi lah tak sempat. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...