25 April 2011

Soalan Ala Kontezz. Hadiah Misteri Menanti Anda.



  • Assalamualaikum.
p/s: Ini adalah kisah benar.

Tiba-tiba dia menyebut “Alaf rubu’u miah nein wa talatin” dengan laju. Aku yang tengah pandang borang dengan pen di tangan terping-pinga sebentar. Apa benda ustazah aku sebut nih? Laju sangat aku tak dapat tangkap.

Aku terus pandang papan hitam (papan hijau sebenarnya). Ustazah tulis sesuatu. Lah, nombor rupanya. Tahun Hijriah – 1432 tapi dia tulis dalam nombor arab la. Aku ingat dia sebut apa lah tadi. Gila laju.

Itu peristiwa beberapa minggu lalu sewaktu aku dan rakan-rakan sekelasku mengisi borang Shahadah. Borang untuk final exam nanti. Borang semestinya dalam Bahasa Arab. Siap nak gambar terbaru dua keping dan salinan surat beranak (sijil lahir) dalam Bahasa Arab. Kau ada? Haha, senang je nak terjemah ke Bahasa Arab, pergi JPN dan mintak. Ekeke.

Tahun 1432 yang ustazah aku sebut adalah dalam bahasa Arab Ammiah (bahasa Arab pasar). Itu pasal aku lambat tangkap. Wakaka.

Alaf  (sebutan sebenar ‘alfun’) = seribu
Rubu’u miah (arba’a mi’ah) = empat ratus
Nein wa talatin (ithnain wa thalathin) = tiga puluh dua. *Orang Arab Mesir sebut huruf ‘tha’ jadi ‘ta’ kalau bahasa ammiah. Tak pasti pula orang arab negara lain sama ke tak. Hehe.

Dan nombor ‘puluh’ dalam bahasa arab dia jadi terbalik. Macam di atas tadi. Atau contoh lain;
56 = lima puluh enam = sittah wa khomsin. Dia sebut enam dulu, baru sebut lima puluh.

Sekarang aku ada satu kuiz. Tapi soalannya cuma satu. Hihi. Siapa dapat jawab dengan tepat aku akan bagi hadiah misteri. Jeng jeng jeng. Syarat penyertaan, readers yang sama belajar di Mesir macam aku, tak boleh join. Sebab hadiahnya made in Egypt. Weeeee.

Soalan. Sila terjemah nombor ini ke bahasa Melayu;

Alaf tumunu miah sab’ah wa tis’in.

Jawapan hendaklah dalam bentuk nombor (nombor Arab dan rumi) dan perkataan (rumi sahaja). Boleh jawab dalam ruangan komen di bawah. Sekian terima kasih. Selamat mencuba. Lalalala~

p/s: Nampaknya ada yang kena install huruf jawi/ arab dalam laptop dan computer masing-masing. Kikiki. I likeeeee…




07 April 2011

Perihal Visa

Assalamualaikum.

Lebih kurang dua minggu sebelum aku terbang pulang ke Mesir, kecoh konon-kononnya kalau tak ada visa atau visa dah mati, tak boleh balik ke Mesir. Samada tak boleh balik Mesir ke, tak boleh masuk Mesir ke, lebih kurang macam itu lah. Konon-konon kena tahan kat airport la, penerbangan terbatal la. Adakah hanya sekadar rumor?

Sebelum itu abah ada tanya, kau ada visa tak ni? Aku bagitahu la visa aku dah mati. Dalam proses nak dapatkan cop visa la tempoh hari di Mesir. Tup-tup berlaku pula rusuhan dan kekacauan, maka visa aku masih tak dapat hidup. Dan tu-tup dihantar pulang ke Malaysia. Masih tak dapat cop visa tapi di passport aku si ammu visa dah letakkan tarikh. Jadi masih 'selamat' la. Tak akan ditahan polis Mesir. 

Seorang kawan call tanya pasal visa ni lah. So aku ringkaskan dalam bentuk perbualan;

Kankurou (bukan nama sebenar ngeheheh) atau K: Eh, visa kau dah mati ke?
Seimura (aku) atau S: Dah lama mati bulan 11 tahun lepas. Aku dah pergi jawazat (imigresen) tapi biasa lah arab, lambat gila proses. Tak siap-siap sampai la aku balik sini. (Malaysia).
K: Habis tu kau tak pergi buat visa ke?
S: Tak payah. Visa tu (yang buat di Malaysia) bukan laku pun kat Mesir. Sampai Mesir nanti kena buat visa Mesir jugak.
K: Eh kau ni selamba je. Kau tahu tak cerita ada budak tak dapat balik Mesir sebab visa dah mati atau tak ada visa?
S: Entah tak tau pun. Betul ke?
K: Aku pun tak tahu, dengar orang cerita dan ada jugak kecoh kat facebook.
S: Sahih ke tu? Kau baca facebook sapa? Siapa yang cerita kat kau? Aku nak tanya dia.
K: Aku pun tak tahu sangat tapi memang kecoh la jugak. Ramai tengah beratur panjang buat visa kat Putrajaya tu.
S: Huh. Aku tak akan buat. Aku nak tahu kesahihan cerita betul ke tak dapat balik Mesir kalau tak ada visa. Kalau setakat dengar-dengar cerita orang ni aku tak percaya. Aku nak tanya sendiri 'mangsa' yang tak ada visa dan tak dapat balik Mesir tu. Kau tahu tak siapa-siapa yang kena tahan tu? Bagitahu aku.
K: Aku tak tahu lah siapa-siapa dia. Tapi aku nasihatkan kau je. Jangan sampai tak dapat balik pulak. Aku dengar jugak tiket burn la apa la.
S: Betul ke ni? Aku nak tahu siapa yang kena tahan atau tak dapat masuk Mesir. Bila tahu siapa orangnya baru aku puas hati.
K: Mana lah aku tahu. Suka hati kau lah kalau tak nak buat. Kalau tak dapat balik baru padan muka kau. Aku dah nasihat dan pesan.

Ada lagi yang kami bualkan pasal visa ni tapi kang panjang sangat pulak entri aku ni. Yang pasti aku dan kawan aku tu siap bertekak dan hampir bergaduh jugak la pasal ni. Gahahah. Aku biasalah, tak mahu kalah. Tapi betul la 'perjuangan' aku tu. Aku nak bukti dan cerita yang sahih. Bukan setakat dengar-dengar dari mulut orang. Bila dah kecoh pasal visa ni, semua orang pun berpusu-pusu la pergi Putrajaya dan Embassy Egpyt di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur untuk buat visa. Bayaran visa RM67. Habis tu, tambang nak ke sana lagi. Kalau orang KL tak apa lagi. Yang jauh-jauh macam aku ni (Johor), Penang ke, Kelantan ke, kan ke banyak duit nak keluar semata-mata nak dapatkan visa?
Dari apa yang aku dengar lagi, ramai gila budak (student Mesir) yang beratur nak buat visa. Kata kawan aku, dapat nombor giliran hari ini, belum tentu akan dipanggil hari ini, esok atau lusa baru dipanggil sebab ramai sangat. Dan visa bukan terus dapat. Kena tunggu seminggu atau 10 hari atau dua minggu baru dapat. So kena pergi dua atau tiga kali Embassy tu. Kau boleh bayangkan berapa ratus duit aku bakal terbang demi untuk mendapatkan visa yang tak laku di Mesir ini.

Aku yang masih tak puas hati, mesej facebook dengan kawan aku yang dah selamat sampai Mesir lagi awal daripada aku, kawan-kawan Kedah. Tanya pasal visa ni lah, betul ke tak boleh masuk Mesir kalau visa dah mati? Dia kata tak adalah, boleh je masuk, tak ada masalah pun. Di airport pun tak ada kena tahan. Fuh, aku lega gila. Masa aku tanya, lagi 10 hari aku nak balik Mesir. Beberapa hari selepas itu aku dapat call cakap penerbangan diawalkan tarikhnya. Aku dapat call hari Isnin, terbang hari Sabtu. Contoh kalau aku pergi embassy jugak nak buat visa, memang aku tak akan dapat visa dalam tempoh sesingkat ini (lima hari).

Akhirnya aku selamat juga tiba Mesir dengan bahagianya. Langsung tak ditahan, langsung tak ditanya. Alhamdulillah aku lepas je. Siapa kata kena tahan? Jangan lah buat cerita bohong, aku tumbuk muka kau kang. Ceh, emo la pulak. Dua hari selepas sampai Mesir, aku terus buat visa di jawazat Mansurah. Kena isi borang baru dan bayar duit setem EGP13 sahaja. Kalau diconvert hanya RM6.80 bukan RM67! *Sambil perli budak-budak yang 'to'ot'/ bendul sangat pergi buat visa di Malaysia. wakakakaaka gelak jahat dan keluar tanduk. Dan yang bestnya sehari je siap visa aku tu. Mintak pagi, petang dah dapat cop. Dan visa aku mati pada 31 Disember 2011.

Sekarang, AlhamduLillah boleh kata 98% student semua dah pulang ke Mesir. Dan kau tahu apa terjadi? Semua sudah rasa menyesal buat visa di Malaysia, rupa-rupanya tak laku di sini (Mesir). Tetap kena pergi jawazat dan buat visa Mesir. Visa Malaysia yang mereka buat yang kononnya laku selama tiga bulan itu hanya laku 2 minggu sahaja di sini. Kalau kau tak ada visa bila duduk di negara orang, kau dikira duduk secara tak sah atau boleh dikata pendatang haram walaupun kau ada passport. Bila duduk secara tak sah atau tak diiktiraf, keselamatan kau tidak terjamin dan tidak mendapat perlindungan yang selayaknya.

Kadang-kadang kita ni terlalu terikut-ikut. Orang buat itu, kita ikut, orang buat ini, kita ikut. Taklid buta bahasa Usuluddin nya. Ceh. Kita terlalu terikut-ikut perbuatan orang tanpa tahu apa keburukannya atau kesan tak baiknya. Kalau benda yang baik tak apa lah jika kita ikut tapi janganlah taklid buta. Entah apa benda aku cakap ni, kau buat-buat faham je lah.

Ok sekian sahaja update untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. :)


02 April 2011

Saya Sayang Malaysia!


p/s: Ini bukan entri patriotic atau politik.

Assalamualaikum.

Wow. Dah masuk bulan April. Blog ini dibuka semula tapi hanya untuk sementara. Minggu hadapan akan diprivatekan. Weee.
Sesiapa di sini pasti pernah mengikuti kursus. Tak kisah lah kursus apa pun. Pasal kerja ke, pelajaran ke atau apa-apa sahaja lah. Ok. Kursus yang memakan masa beberapa hari pasti ada banyak slot. Slot ceramah, GKB (gerak kerja berkumpulan), pembentangan, kuiz dan lain-lain. Pasti anda pernah melalui satu slot begini; urusetia beri sehelai kertas yang penuh dengan pelbagai jenis soalan dan perlu dijawab dengan pantas dalam masa beberapa minit. Tapi sebenarnya tak perlu jawab pun. Faham ke apa yang aku cakap ni? Haha.

Contoh;- Sehelai kertas diberi. Arahan dalam kertas; ‘Sila jawab semua soalan di bawah dalam masa 10 minit sahaja. Sila baca keseluruhan soalan, kemudian baru jawab’. Kebiasaan kita tak akan baca arahan dengan teliti. Bila tengok soalan banyak gila sampai 20 soalan dan kena jawab dalam masa 10 minit, kita mula panic dan kelam kabut. Soalan pula dari pelbagai jenis termasuk matematik, sains, sejarah, pengetahuan am dan sebagainya. Rupa-rupanya tak perlu jawab semua pun. Tiba-tiba pada soalan nombor 17 (contoh), ‘Abaikan semua soalan, jangan jawab. Hanya perlu tulis nama di belakang kertas dan hantar’. OMG. Kenapa aku baru nampak? Penat aku perah otak jawab semua soalan. Damn! Ini kerana kau tak baca arahan dengan teliti. Noktah.

Pertama kali aku ‘terkena’ trick begini adalah pada April 2005, ketika kursus Belia Rokanwaja anjuran FELDA bertempat di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Memang terkena. Semua peserta kursus terkena beb. Muahaha. kelakar bila ingatkan balik. Kali kedua diberi soalan trick begini pada tahun 2007, ketika kursus guru KAFA di Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor. Tapi aku tak akan terpedaya dengan trick yang sama buat kali kedua. Gagaga. So aku tak jawab satu pun soalan dan bertindak mengikit arahan. Cewah. Haha.

Kali ketiga pula pada Ogos 2008, ketika Kursus Biro Tatanegara (BTN) di Tanjung Rhu, Sepang, Selangor. Dan of course la aku tak akan terkena lagi. Ngahahaha. Bayangkan dah tiga kali. Bagi aku trick begini dah basi dan lapuk. Hohoho.

Mari mengimbau kisah silam. Hihihi. Bukan nak cerita time kursus tahun 2005 atau 2007, tetapi 2008, kursus BTN. Kursus wajib bagi mahasiswa yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dengarnya kalau tak sertai atau tak lulus ujian dalam kursus tu (ada ujian beb, jangan main-main, haha) tak boleh pergi luar negara melanjutkan pelajaran. Entah betul ke tidak. Tak ada dapat pun resultnya. Ceh.

Salah satu kisah menarik masa kursus ni ialah pasal soalan trick macam yang aku cakap kat atas tadi. Ok, ini memang sangat lawak. Memandangkan kesemua peserta BTN adalah muda-muda belaka, mungkin mereka kurang pengalaman atau tak ada pengalaman langsung berkursus yang under kerajaan dan kerajaan tanggung ni. Hahahah.

Salah satu slot, kami semua diberi sehelai kertas yang dipenuhi dengan soalan. Hehe. Aku masa dapat je kertas tu, terus senyum-senyum. Dah tak ada benda lain ke nak isi dalam slot. Boring la asyik dapat soalan macam ni. Kena tunggu pula peserta lain yang bendul tak baca arahan jawab semua soalan. Aku terus baca semua soalan tanpa jawab satu pun, hingga lah jumpa arahan yang ku cari-cari. Nombor 13 ke 14 entah. ‘Abaikan semua soalan, tulis nama anda di bahagian atas sebelah kanan kertas ini.’ Kalau tak silap aku la, aku pun tak berapa ingat, hahah. dah settle tulis nama, aku pun duduk rilek je la goyang kaki sambil perhatikan peserta lain yang khusuk betul jawab soalan macam soalan exam pula. Ngeh ngeh.

Salah satu soalan-soalan dalam kertas tu berbunyi arahan begini,

‘Sila bangun dan berdiri di tempat duduk anda, kemudian laungkan slogan ‘Saya Sayang Malaysia!’ sekuat-kuatnya sambil mengangkat tangan kanan anda’. Kalau tak silap aku soalan/ arahan nombor lapan kot, hahahah.

Maka sampai ketikanya bermula lah seorang demi seorang melaungkan ayat itu dengan penuh semangat. Aku macam nak gelak sampai hentak-hentak meja tapi control myself beb. Gagaga. Yang paling lawak sampai aku rasa nak gelak guling-guling atas lantai dan menitiskan airmata ialah apabila salah seorang peserta melaungkan slogan ini;

‘Saya Sayang Merdeka!’

Dengan konfiden nya beliau. Sebenarnya dia sudah salah sebut. Sepatutnya ‘saya sayang Malaysia’.

Fasilitator pun lantas berkata, “Sayang sangat kat Malaysia ni sampai salah sebut.”
Satu dewan gelak besar dengan kekhilafan peserta tadi melaung slogan. Dan ramai lagi lah yang bangun dan melaung slogan ‘Saya sayang Malaysia’ dengan jeritan yang kuat lagi lantang. Syabas anak Malaysia. Sesungguhnya ramai juga yang terkena dengan trick begini. Ahaks.





Bak kata Saiful Apek dalam filem apa tah, “Bertindak mengikut arahan!”
Got it?





Adios.

01 April 2011

Anniversary

Assalamualaikum.

Sebenarnya ia sudah 11 hari berlalu. 20 Mac merupakan ulangtahun kedua blog yang tak berapa nak best ni. Hahah. Aku mula tulis blog tahun 2009, agak lambat la jugak bagi umur aku ni pada waktu itu. muahaha.

Tak ada sambutan apa-apa. Cuma nak habaq mai ceq dah dua tahun berblog. Bukan blogger otai tetapi bukan newbie. Hohoho.

Aku tak sempat nak update time tarikh 20 Mac tu sebab, itu tarikh aku baru je tiba di Cairo International Airport. Terima kasih kepada kerajaan Johor yang support tambang kami anak-anak Johor untuk pulang ke Mesir semula. Weee.

Ok itu sahaja untuk pagi ini. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...