19 December 2025

Berangan Itu Percuma


Assalamualaikum. 


    Aku datang balik. Hahahahaha. Jom lah join aku berangan jap dah hujung tahun 2025 ni hehehe. 


      Aku kadang-kadang berangan jadi kaya raya sampai tahap nak hire driver peribadi untuk aku mudah ke mana-mana. Bukan bermaksud aku nak keluar setiap hari tau. Time ada hal penting dan mustahak je lah. Gaji pulak bukan bulanan. Tapi gaji harian waktu aku nak keluar sahaja. Contoh kalau sebulan tu empat kali je, so gaji dibayar 4 kali tu lah. 


    Ya aku tak ada lesen memandu dan malas la nak belajar ambil lesen. Lesen memandu kereta tu dah dikira satu keperluan juga zaman ni bukan kehendak tapi entahlah aku tak suka nak bawa kereta. Aku lebih suka menjadi penumpang atau jadi boss. Ahahahahaha. Kemahin. 


     Sebab itu aku selalu juga berdoa agar aku jadi sangat kaya sampai boleh gajikan seseorang untuk menjadi pemandu peribadi aku. Dan semestinya lah perempuan gais. Status tak kisah bujang/ berkahwin/ ibu tunggal dan lain-lain. Umur pun tiada minimum maksimum. Ewahhhh aku punya berangan. Kau hado? Hahahahaha.


      Manalah tahu tiba-tiba Allah makbulkan satu hari nanti. Siapa tahu kan? Aku bukan nak maid/ helper. Aku bukan nak PA (personal assistant). Aku bukan nak part time cleaner. Aku nak PD (private driver) hehehe. Rilek la nama pun berangan. Suka hati aku la nak request apa hahahaha. Aku yang berangan tapi engkau yang panas dah kenapa? ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Lambaian 2025

 Assalamualaikum. 

  Dia datang dahhh. Nak akhir tahun tiba-tiba aku muncul update blog hahahaha. 

   Random story je untuk entri kali ini. Minggu ni agak lemau sikit aktiviti aku as a affiliate hehehe. Kurang live, kurang post video. Bermula dengan Isnin aku demam + batuk + selesema. Isnin masih demam sikit. Live pun sebab ada yang kirim atau minta add item ke beg oren. Pastu pulak jamuan akhir tahun berderet-deret. Apresiasi tabika Faris. Fuhh busy. Hari ni Jumaat last day sekolah jamuan akhir tahun sekolah agama petang nanti 2.30pm.

      Hujung tahun biasalah musim tengkujuh. Hari-hari hujan. Alhamdulillah tempat aku tak banjir. Batuk aku masih belum baik sepenuhnya ni. Nak live pun tak semangat dan takde mood asyik terbatuk-batuk haha. Tapi aku rindu juga la nak buat konten video dan post ke sv & tt tapi hmm malas campur lemau hahaha. 

        Lagi satu update. Hmmm berat badan. Dah tak kan jumpa angka 4 kat depan dah woiiii hahahahahaha maleh aku. Still ideal je tak gemuk pun tapi risau lah jugak kalau terus bertambah cecah ke 60 pulak. Hmm nantilah fikir ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† adoi lah. 

       Jannah bakal masuk asrama tahun depan, tingkatan 1. Kat Mersing je pun. Memang plan tak sekolahkan jauh sangat. Senang nak datang jenguk hahaha. Ikutlah jejak langkah abah dan ummi yang masuk asrama di usia 13 tahun hehehe. 

      Apa achievement 2025? Hahaha takde yang boleh dibanggakan. Biasa je nyah. Tapi yang paling best aku boleh cakap, banyak sangat sampel percuma aku dapat sepanjang jadi SA (shopee affiliate). Yang mahal ada, yang murah ada. Ni paling boleh dibanggakan la hahahaha. Pokoknya rajin request hehehe. Pastu rajin buat konten video dan live. Bila ada yang terjual kita akan rasa berpuas hati dan gembira. 

     Ok lah woi aku stop dulu. Nanti bila-bila rajin aku tulis blog lagi hahaha. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...