17 May 2013

Dah Lama Tak Dapat Hadiah

Assalamualaikum.

Yeay dah Jumaat. Hihi. Amboi-amboi tajuk entri tak boleh blah. Yelah, asyik Jannah je dapat hadiah, ummi nye nak jugak hadiah. Jeles mak. huhuh.

Semalam kan Hari Guru. Guess what? Aku tak sangka la dapat hadiah daripada anak murid aku kekeke. Persoalannya kenapakah kau excited sangat? Biasalah cikgu dapat hadiah time hari guru. Wei, ini bagi aku bukan biasa-biasa ok? Aku bukan guru biasa. Aku cuma guru tasmik al-Quran yang kerjanya tasmik budak, just dengar orang mengaji dan betulkan apa yang patut. 

Ah, terangkan pun tak guna bukan korang faham pun haha melainkan yang mengaji macam aku yang ada tasmik-tasmik, talaqi ni semua heheh. Anak murid aku dalam 16 orang je total semua sekali. Kelas kat dalam rumah je kat ruang tamu. Rumah tu kira asrama diorang lah. Pelajar dari umur tujuh tahun sampai 19 tahun. Bakal hafizah la semua tu InsyaAllah. Dah nama pun madrasah tahfiz.

Alkisah semalam masuk je rumah, kat atas rehal aku ada buku rekod tasmik dan 'sesuatu'. Dari jauh aku nampak macam pencil box jenis kain yang besar tu. Bila datang dekat, laa kotak hadiah la bersampul warna biru corak-corak kartun. Ada tulis, Selamat Hari Guru Ustazah Siti Nur Fairuz. Walawehh terharunya iolls. Yang buat aku tak sangka dan terharu lebih-lebih ni sebab aku baru je sebulan mengajar di situ. Dah dapat hadiah. AlhamduLillah. Sobs..

Bila sampai rumah aku dengan tak sabarnya terus bukak hadiah aku haha. Jannah poo poo pun aku tak cebokkan dulu teruja punya pasal nak tengok hadiah apa aku dapat haha teruknya ibu ni huhu. Jeng jeng jeng. Lepas koyak sampul (ganas kau koyak) muncul kotak kek layer apollo. Tak kan la bagi apollo pulak. Kotak je ni hehe. Dan...

Warna hijau chantekknyaaaa aku rasa macam nak melompat. Mula-mula aku ingat telekung coz kain dia macam kain telekung yang licin-licin yang banyak jenis warna tu. Sekali keluarkan dalam plastik, wawawawa. Baju kurung Pahang uollss dengan sulaman kat kaki baju. Saiz S. Canteekkkkkk sangat tau aku cium-cium bajunya, bau baru kekeke tak senonoh perangai mak orang ni.

Heh, perangai aku biasa lah mesti la terus nak mengetest kan. Aku pon pakai terus nak tengok cemana rupa aku kui2. Ok masa nak sarung bajunya macam ada sempit sikit, adakah aku dah gemok? Baju kurung Pahang kan bahagian atas kecil sikit, bawah kembang. So patern baju ini yang sempit sikit sebab aku pakai baju kurung biasa tak ada sempit pun. (tak boleh terima kenyataan badan aku dah berisi sikit lepas bersalin).
Helo, berat aku sekarang 45-46 masih kurus ok, ideal la dengan tinggi aku hihiks.

Dah siap pusing-pusing depan cermin siap berjalan gaya catwalk, baru aku tukar baju lain hehe. Yeay dah ada sepasang baju raya. AlhamduLillah rezeki.

Ok lah chow dulu. daa...

2 comments:

Unknown said...

hahah..eksaited sungguh dapat baju baru..

Seimura said...

haah exited coz tak sangka u. hik hik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...