24 January 2011

Story Behind The Winter

Assalamualaikum..

Sebenarnya tajuk asal entri ini adalah, 'Ragam Pelajar Malaysia (terutama girls) Ketika Musim Sejuk di Mesir'. Tapi macam panjang sangat pulak nak letak tajuk tu. hohoho.

Benda ni aku perasan terjadi sejak aku tahun satu dulu di sini. Budak-budak perempuan kelihatan berlumba-lumba menayang baju sejuk atau sweater masing-masing, siapa punya paling cantik, vouge dan kelass gitu. Kau akan lihat pelbagai fesyen dan warna akan diperagakan oleh mereka. (aku tak tergolong dalam kelompok ini. heheh.).

Sebenarnya tiap-tiap tahun pun begitu, sejak zaman sebelum kedatangan aku lagi. Biasanya yang sangat teruja mengumpul dan membuat koleksi baju sejuk/ sweater/ jaket/coat adalah mereka yang baru datang, tahun satu, freshie kata orang. Jakun sikit kot, agagaga. Aku punya jaket/ sweater biasa-biasa sahaja, semua warna gelap. Tak teruja langsung nak beli banyak-banyak atau cantik-cantik.

Fesyen atau design? Macam-macam la wei. Yang berbulu? Yang ada belt? Yang butang besar-besar? Yang jenis kait? Semua ada. Tak faham kenapa kah mereka begitu beria-ia dan berlumba-lumba nak beli. Harga bukan murah. Dan, kau hanya pakai time musim sejuk sahaja di Mesir ini. Nanti kau dah balik Malaysia confirm dah tak pakai segala baju-baju tebal tu. Cuaca Malaysia dah la panas. Lain lah di Mesir yang boleh cecah 3 darjah celcius sahaja kalau betul-betul sangat sejuk.

Aku bukanlah tak puas hati ke nak marah ke apa. Itu kan hak masing-masing. Tapi beli sekadar keperluan sudahlah. Kalau yang betul-betul bergaya, setiap 3 hari akan berganti sweater lain, selama sebulan adalah dalam 10 jenis sweater/ coat/ jaket dia berganti-ganti. Ngeee~

Lagi satu perkara yang bagi aku agak kelakar, bila ada jaulah ke Sinai. Wah, persiapan bukan main rapi. Sanggup ni, beli jaket tebal lagi berat bagi menahan kesejukan nak mendaki Jabal Musa yang setinggi lebih 2000 meter. Puncak Jabal Musa itu memang sangat sejuk, kalau nasib baik, dapat la main salji. Heheh. Tapi tak perlu jaket yang terlalu tebal atau berat. Nanti kau akan rasa sangat mengah dan penat mendaki gunung. Tak tahan sejuk? Beb, yang penting baju fit dan ketat kena pakai lapis-lapis banyak sikit, barulah kau sarung t-shirt dan sweater. Baru boleh menahan kesejukan. Setakat tebal di luar tapi dalam tak ketat dan fit, tetap akan rasa sejuk melampau.

Aduyai, bilakah tradisi ini akan berakhir? (ceh). Maksud aku, tradisi keterujaan membeli sweater/ jaket/ coat yang cantik-cantik untuk dipakai time musim sejuk. Hahahah. 

Sekian.




13 comments:

Nooreena said...

Oghe klate kata, jangok. Gagaga..

Perempuan dengan aksesori pakaian, kasut dan beg. Lelaki pula dengan keretanya, henfonnya etc. Bersederhana saja.. ;)

Solehah said...

kalau sy pun suka sederhana ja la.tak yah over2.

Seimura said...

Nooreena: Ye, betul, jangok namanya. keh keh keh.
Itu lah, lelaki dan perempuan ada minat masing-masing dalam bergaya.
Bersederhana itu indah. hehe.


Solehah: Betul tu, setuju. Biasa-biasa saja sudah. :p

nora said...

kalau ada duit sumen benda nak beli..
lau xda,sob3~

Seimura said...

alie: Itulah, memang pun. Duit ada, macam-macam nak beli. Duit tak ada, diam-diam je la. huhu.

Beruwang said...

balik malaya sok jual kedai bunle sebab malaya tak de musim sejuk,,,,

Seimura said...

ber_u_wang: Hahahah. IDea yang bagus tu uncle. Jual kat sesiapa yang nak belajar di oversea. weeee~

ada said...

ko tau nape aku suka ko?? sbb ko serius tak macam budak2 mesir lain, tapi ilmu sama macam budak2 yg stadi di mesir.. aku tak tau nk cakap cam ne. kita mmg sekepala lah!

Kamsiah yusoff said...

kalau guna duit sendiri..takpe la..maybe anak org berada..tp kalau belajar kat sana guna duit kerajaan...huhu..pikir2kan..duit tu amanah....gunakan pd jalan yg diamanahkan..

salmiyati raus said...

biasalah,,permpuan..mcmmane keadaan pun nak kelihatan cntik & kemas & bergaya,,agaknya kalau saya pun di sana akan buat bende yg ame,,hehehe

Seimura said...

ada: Hahahah, apa yang tak sama tu, dari segi apa. Yes, sekepala itu perlu demi persahabtan yang lebih kamceng. ngeh ngeh.


Kamsiah: Ye betul tu. Duit kerajaan, duit zakat, gunakan sebaiknya untuk keperluan sahaja. Bukan berbelanja tak tentu hala. Huk huk.


Salmiyati Raus: Hik hik hik, orang perempuan kan.. biasa lah nak bergaya gito.

Unknown said...

best jugak tu dpt merase musim sejuk.. :)

Seimura said...

Heidi Shafiq: Haah, memang best pun. Tahun ni la last, lepas ni dah tak merasa lagi. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...