p/s: Ini bukan entri politik.
Assalamualaikum.
“Keluar lah mengundi. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat”
“Mengundi adalah hak anda sebagai rakyat. Sila tunaikan hak anda”
Lebih kurang macam itu lah tagline semasa demam pilihanraya. Ekeke.
Akhir bulan ini ada pilihan raya kecil di wilayah (kawasan) Tenang yang terletak di daerah Segamat. Kawasan aku tu wei. Dulu, waktu kecil aku dibesarkan di sana. Nama tempat aku dulu Felda Tenang. Tapi kawasan Tenang ini merangkumi dan meliputi Felda Tenang, Kampong Tenang, Pekan Air Panas, Juaseh, Labis, Felda Kemelah, Felcra Skijang, Felda Redong, Tenang Station dan beberapa kampong kecil yang lain. DUN Tenang sebelum ini telah meninggal dunia, itu yang dibuat pilihan raya kecil bagi memilih DUN baru. Ngeh ngeh. DUN sebelum ini adalah parti Barisan Nasional.
Minggu lepas masa aku call mak aku, mak aku cerita lah akan ‘kemeriahan’ Bandar Labis yang dikunjungi ramai orang, bukan rakyat Johor je, entah dari mana-mana. Tu belum termasuk lagi wartawan dan pemberita yang datang membuat liputan. Untung la, kedai-kedai makan di Labis tu, setiap hari penuh dengan pelanggan! Rezeki, rezeki. Poster dan bendera parti tak payah cakap lah. Penuh sepanjang jalan, tiang-tiang lampu, bangunan-bangunan. Parti apa lagi kalau bukan PAS dan BN. Gagaga.
Aku pun rasa tersangat hairan apa hal la orang lain sibuk-sibuk datang Labis. PRK (pilihanraya kecil) je pun. Yang lagi lawak, ada beberapa krew ASTRO tanya kat adik aku yang kerja di Labis, “Dik, apa ye tempat-tempat menarik di Labis ni?”
Konon nak buat review dan promote di tv la. Ceh. Tak ada yang menarik langsung di Labis tu. Aku orang Labis, orang Segamat, aku tahu la. Hak hak. Paling best pun kau boleh pergi Taman Rekreasi Ayer Panas. Itu je lah yang best pada aku kot. Hoho.
Umur 13 tahun, aku sekeluarga pindah ke Felda Maokil yang terletak dalam daerah kecil Labis juga. Kira masih tak jauh sangat pun dengan Felda Tenang. Dalam 25 kilometer je. Senang kata, kalau setakat Labis ke Tenang ke Chaah ke, memang kawasan aku la, tempat bermain dan sebagainya walaupun aku bersekolah di Kluang dan Johor Bahru. Hihihi.
Bersambung.. Entri selepas ini; pengalaman pertama mengundi ketika PRU 12 yang lalu. Nantikan. Ekeke.. chow..
3 comments:
owhhh sampai sekarang x penah mengundi lagi huhuhu
Oo.. orang tenang rupanya.. tp tuan blog ni mcm kurang tenang je.. ehehe.. Balik ngundi ke?
Labis sy tau, tapi tenang 1st time dengar walaupun org johor. haha..
fya: Hehe, muda lagi tu, belum layak kot. hikhik.
amin: Dulu masa kecik la duduk sana.
Tenang memang tak glamer sangat. haha.
Post a Comment