26 January 2011

Aduhai.. blog-blog berat... Please donk...

Assalamualaikum.

Sebelum aku menghentam, aku nak tanya dulu. Adakah blog aku ini berat? Adakah blog aku loading lambat? Sila jawab di ruang komen di bawah. Aku guna pop up windows, sila tekan 'comment' baru kotak komen akan keluar. Ceh, macam la orang tak tau. Ye la, mana tau, ada yang baru berjinak-jinak di alam blog, tak tahu macam mana nak komen entri blogger yang guna pop up windows. Auchh.

Aku rasa blog aku ini tersangat lah ringan dan loading dengan begitu pantas.  Tiada widget merepek-repek yang tak perlu. Tiada pasang lagu. Tiada gambar, tiada header, tiada animasi bergerak dan sebagainya. Sangat simple dan sempoi. Ada shoutbox pun dah cukup bagus la tu, senang orang nak tegur. Dan paling penting, aku tak ada nuffnang! Noktah.

Sambung kembali. Aku dah start cuti semester so aku rajin gila blogwalking serta drop komen di entri-entri kawan-kawan blog yang aku follow. Kalau aku dah start sibuk, tak sempat la aku nak jenguk blog sendiri apatah lagi blog orang lain. Tapi aku amatlah kurang senang dengan blog-blog berat, malas nak bukak dan tunggu dia loading beb. Sakit hati aku kalau lambat sangat, aku rasa nak maki je. Kau tahu tak sebab apa blog kau berat nak mampos? Meh sini aku bagitau;

1- Animasi bergerak.
Ini termasuk la animasi konon-konon ada salji/ hujan/ daun-daun/ bintang-bintang atau apa saja yang bergerak dan berguguran jatuh ke bumi. Blog akan jadi berat okay?
Selalu blog-blog orang perempuan ada animasi siap kotak dialog di sudut bawah kiri blog yang berkata, 'selamat datang', 'follow saya ye?' dan apa-apa lah dialog yang seangkatan atau seerti dengannya. Adess, ini pun beratkan proses loading la beb. Dah tu mengganggu  tumpuan nak membaca entri. Kalau tempalate tu kau pandai susun kedudukan dia supaya tak diganggu animasi konon comel tu, tak apa lah jugak. Tapi tetap menambah keberatan blog kau beratus-ratus kilobyte.

2- Lagu
Aku akui, masa awal aku berblog dulu, aku ada letak lagu jugak tapi bukan autoplay. Tak lama pun, dalam sebulan ke dua bulan aku dah remove. Rasa macam menyemak dan tak perlu. Dah tu, mengganggu fokus nak baca entri beb. Dan pasang lagu jugak memberatkan blog.

3- Banyak sangat widget html javascript.
Contoh widget tak penting tapi tak la berat sangat kot. (ye ke)
Ye, aku tahu, kau letak jam, supaya orang tahu sekarang jam berapa. Jam tak penting. Di laptop atau komputer masing-masing dah ada jam sendiri. Aku dulu pernah jugak letak jam waktu Mesir. So, orang Malaysia boleh tahu la, Mesir sekarang pukul berapa. Ohh..kat Mesir petang, Malaysia malam. Tapi aku dah buang setengah tahun yang lalu. uhuk.
Suhu/ temperture (macam salah eja lak). Ini jarang kot orang letak melainkan pelajar oversea. gagaga.
Traffic yang boleh track pengunjung dari mana. Huhuh. Dulu aku pernah letak jugak tapi tak lama. Saja suka-suka. Tapi lama-lama aku sedar, tak penting langsung kewujudan dia. Ceh.
Blog list/ Link list yang terlalu banyak. Eh, beratkan blog ke? Hmm mungkin kot. Kalau nak letak blog list, tak payah lah show all kan?

4- Banyak sangat gambar.
Gambar yang terlalu banyak kilobyte serta megabyte nya. Berat ooo nak loading. Nyampah tau tak?

Dah aku rasa setakat ini dulu kot. Ceh, banyak rupanya nak cakap lagi. Hahah. Bersambung selepas ini.


Babai.


p/s: Esok petang, (Rabu, 26 Januari) aku akan berangkat ke Kaherah untuk beberapa hari. Mungkin sampai 30 Januari. So, selama beberapa hari ini aku akan 'menghilang'. kekeke. jangan rindu aku tau. ceh. :p




15 comments:

nora said...

ni nak tanya balik,belog nyah berat ke ringan?


blog sis dah kira ringan ar,x mendatangkan kata2 kejian org.

=)

y animasi lawa2 gerak2 tu memang akan mendatangkan pepsepsi pertama pada yang baca : mesti dia bajet comel2 gitu.heh.gediksss

Yutaka Mushimura said...

hai..komen gak..

emm.betull..belog awk ringan..n cepat ...

sy punyer belog camner pulak??ok ker ko...sila beri tunjuk ajar..kui3x

Seimura said...

alie:
blog nyah sederhana, tak berat pun. tak lama pun loading (lama sikit je tapi ok hehe).
AlhamduLillah tiada kejian. kekeke. Tq2. ;)
Aduh nyah, kecik hati diorang ko cakap camtu. hik hik. :p


Yutaka:
AlhamduLillah. Terima kasih atas komen yang diberi. hihi.
Oh blog hencek yutaka sebenarnya tak la berat, cuma time banyak sangat gambar saiz kb atau mb dia besar, maka jadi agak lambat loadingnya. ngeee..

aminmenulis said...

Haa.. blog ana camner plak? kira dh paling ringan tu. Mmg dah wat kajian dan experimen sebelum nak wat camtu.. Hee.. gambar sume kecik2 je..

Blog nih? hmm.. no komen. haha..

Solehah said...

hehe..sian siemura nak bukak blog ktorg kan..time internet slow mmg bengang sbnrnya..

ain fathihah fhm said...

setuju..paling tak suka dengan blog ada lagu..sebab orang yg suka blogwalk ni, akan bukak banyak2 blog sekaligus..bila ada lagu2 ni, bercampur2 buat pening kepala ja. terpaksa mute sound dlu

ABSOLUTE said...

tak suka gila blog yg nk kena tnggu lama2, buang masa aku je. ringan2 sudah. btw hye!

Seimura said...

amin:
Blog Amin ok, kira sederhana la.
tak la ringan sangat, tak berat sangat. Masa awal-awal dulu buak, lambat juga loading. Tapi cam dah ok je now. hehe.
Haish, wajib komen blog ini berat ke tak. (mode garang).


Solehah:
Hehehe. Ada sesetengah blog je yang memang berat gila, bukan semua.
Tapi blog Puan Solehah tak berat pun. hihi.


ain fatihah:
Tahu tak pe. Bila buka banyak tab dan semua blog ada lagu pulak, mak oi.. menyirap jugak rasanya. Tak baca atau komen, macam kesian pula.


asybedazzle:
Ye, betul, bukan setakat buang masa, tapi juga menguji kesabaran.
Hye jugak. huhuh.

Nooreena said...

Awal2 blogging dulu memang rasa nak buh semua je benda alah tu. Pastu buang je. Menyemak kan?

Annoying gila bila tiba2 keluar lagu entah pape dan saya terlupa nak 'mute' speaker. Rasa nak marah pun ada. Hahah

Seimura, blog saya berat tak?

Seimura said...

Nooreena:
Hahah biasa la, newbie, semua nak cuba. kekeke.
Memang boleh menimbulkan kemarahan bila lagu-lagu berkumandang, tapi nasib baik ada cucuk wayar headfon dan tak pakai headfon.

Oh, blog Cik Nooreena tersangat lah ringan. Saya amat suka blog macam itu.

Unknown said...

aku sumpah suka blog ringan macam kau.
tak sesakkan kepala otak.
blog aku juga.. ringan kan? -cemas bertanya-

Anonymous said...

ekeke. blog saya berat x?
blog saya ada salji, ade gambar pompuan kat tepi tu.kihkih

saya tak jugak buat seringan yg blh.
letak java yg bkn blogspot punya dkt bwh2 so yg free akan loading cpt.

masih lambat loading jugak?
er..

Seimura said...

Ungu: Terima kasih. hehe.
Blog kau juga ringan. usah bimbang. tidak akan dimaki. kekeke.


nazaTIMsuria: Blog Cik Tim agak berat lah juga. Ambil masa jugak nak drop komen. Mujur guna pop up windows.

Nooreena said...

Cik Seimura, bila akan sampai di Malaysia? *risau*

Seimura said...

Tak pasti lagi la Cik Nooreena. Yang pasti 5hb akan berlepas ke Jeddah. Doakan semuanya selamat ye.
terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...