11.15 pm – Wednesday
Assalamualaikum..
Oleh kerana kita masih dalam mood raya korban maka entri kali ini pun ada kaitan dengan daging korban.
Aku baru balik dari markaz ni. Teman Angah. Dia ada meeting. Tapi meeting di dewan, aku pun tunggu di rumah atas sambil baca Kreko. Di markaz ada lagi daging fresh baru sampai. Semalam kambing, hari ini lembu pula. Setelah diagih-agihkan, rumah kami diminta ambil satu bungkus (sekilo). Tapi kami perlu ambilkan untuk jiran kami sekali maka kena bawa dua kilo.
Mulanya aku berkeras tak mahu bawa salah satu plastic tapi sebab Angah dah merayu hingga melutut dan cium kasut baru aku (okay itu tipo) aku pun mengalah la, bawa juga lagi satu bungkusan daging lembu korban yang masih fresh hingga darahnya menitik-nitik keluar dari plastic sepanjang perjalanan balik ke rumah (masih ada tipu sikit).
Kami naik taxi untuk pulang ke rumah. Aku yang bijak sangat ini meriba atau memangku plastic bungkusan daging. Then Angah tanya kenapa riba kan ? Letak je kat tepi seat. Oh ye jugak. Poyo plak aku dengan rela meriba padahal bau daging itu pastinya akan melekat di jubah aku.
Sampai destinasi, kami turun dari taxi. Aku rasa dan pegang jubah aku. Basah! Pehh ini mesti dari plastic daging. Ciss. Maka aku pun terus raba dan pegang bahagian bawah plastic bungkusan daging. Tangan aku basah. Dan bila aku melihat ke jari aku. What??? Darah??
“Angah! Tengok ni!” kataku kepada Angah sambil tunjuk jari aku yang ada darah.
“Aaaaa…. Tak suka! Tak suka!” aku merungut sambil hentak kaki.
Peh marahnya aku!! Dah tentu la jubah aku turut terkena darah daging lembu ni sebab aku pangku dan riba bungkusan ini tadi! Tapi jubah aku warna agak gelap so tak nampak la apa-apa kesan basah. Memang menyirap. Sampai rumah nanti mesti terus kena rendam dan basuh. Pada hal jubah ni boleh pakai dua hari (aku kan pakai tshirt dan seluar di dalam jubah).
Tiba di rumah. Guess what? Rupanya tudung aku turut terkena darah lembu! Wahh lagi la aku geram. Tadi masa berjalan di luar kan gelap, tak nampak. Dah masuk rumah baru lah terserlah tompok-tompok darah daripada daging lembu di tudung aku yang berwarna cerah. Aaaaaaaaa!!! Benci benci benci.
Aku telah pun merendam jubah dan tudung tersebut. So dalam peti ais rumah aku ini ada daging unta, daging kambing dan daging lembu. Entah bila la mereka (merujuk kepada ahli rumah aku) akan masak daging-daging yang banyak ini. Haii~~
p/s: Kejadian malam ini membuatkan aku bertambah tak suka kepada lembu atau daging lembu. Warghhh. (ayat emosi).
4 comments:
frust kotor kena darah lembu dengan p.w kahwin mana lagi sakit ati ae..
selamat hari raya aidiladha sis =)
muahaha ko masih nangis guling-guling ke Alie, william kawen kate? ekekeke.
selamat hari raya juga alie!
hhaahahha..
padan muke ..
nape xjinjing je atas kpala tu pastik daging...
test mcm mama arab misr jinjing barang
Err?? Plastik daging tak sesuai kot letak atas kepala. Jatuh kang. huhu.
Post a Comment