29 September 2010

Dieksploitasi atau Mengeksploitasi Diri Sendiri?

Assalamualaikum...

Terus terang, aku sangat benci program realiti tv 'gadis melayu' atau yang seangkatan dengannya yang pesertanya wanita terutama wanita bertudung!!

Dunia oh dunia yang semakin jauh dari landasan agama (Islam). Untuk apa diadakan program seperti ini? Pada aku ia seolah-olah 'mengeksploitasi' wanita.  Mungkin tuduhan ini agak kejam dan ramai yang akan hentam aku tapi aku ada hujah dan alasan tersendiri mengapa aku katakan begitu.


Muslimah Dan Aurat

Okay tak kisahlah kau bertudung tapi tutup aurat tak sempurna itu agak kisah dan peduli. Baju kau ketat. Tudung pula style nampak leher dan cuping telinga. Apakah ini? Imej muslimah kah begini? Kau tak tahu ke terjemahan Surah An-Nuur ayat 30 yang suruh labuhkan tudungmu atau hijabmu menutup dada?
Siapa salah? Penganjur dan juga penaja serta gadis yang rela hanya menurut arahan. Ptuihh!! Kalau tak diadakan program carian gadis melayu kononnya atau apa sahaja, maka wanita pun tidak akan menyertai. Yang wanita pula bangga sangat dan merebut-rebut datang ujibakat. Bod*h.


Muslimah Dan Tabarruj

Yep tabarruj atau berhias berlebihan. Solek tebal, pakai pakaian cantik dan lawa untuk tatapan umum. Tak takut dosa ke wei? Dah aku malas nak ulas.


Muslimah Dan Dunia Glamor

Kau masuk pertandingan mesti sebab nak popular kan? Ayat prejudis daripada aku. Memang iya betul tak? Lepas tu kau promote supaya orang undi kau. Siap ada kelab peminat di Facebook ye? Yang paling best, parents dan family bagi galakan. Cehh. Bangga sangat ek mak ayah, anak perempuan dia masuk tv, glamor, orang kenal, ramai peminat.
Wahai si ayah atau suami atau abang atau adik lelaki atau anak lelaki, kau tahu tak di akhirat nanti wanita akan menghalang kalian daripada masuk ke syurga. Baru nak melangkah tiba-tiba anak perempuan / isteri / saudara perempuan panggil dan dakwa kau, " Ya Allah, dia ini semasa di dunia langsung tidak menasihati aku dan menegur aku bila aku tak tutup aurat dan bla bla bla (dan sebagainya). Jangan bagi dia masuk syurga".

Sengaja aku guna 'muslimah' bukan 'wanita' kerana mahu fokus kepada wanita yang beragama ISLAM. 

Sama juga ceritanya dengan pencarian cover girl atau gadis majalah Nur dan Dara.com. Aku memang cukup benci dengan cover gadis muslimah untuk dua majalah ini. Majalah kononnnya islamic tetapi??? Hmmm..memang bangang la juga, maaf cakap la. Aku memang hilang hormat dengan majalah seperti ini walaupun pengisiannya 'agak bagus'.


Ahh kesimpulannya aku memang benci dengan semua ni! 
Detail: 1) Benci dengan penganjur program atau majalah berkaitan.
           2) Benci dengan muslimah yang menyertai.
           3) Benci dengan si pengundi dan peminat. haha.
Ouchh macam melampau cakap benci. Aku sebenarnya kurang senang la. Sebagai seorang Islam, kita sepatutnya tidak menyokong program seperti 'gadis melayu' (just contoh) itu. Ini semua keduniaan semata-mata. Semua mahukan kemasyhuran la tu.  

Maaf la kalau aku emosi. Mudah-mudahan kita sentiasa terpelihara dan sentiasa dalam rahmat Allah. Ameenn.

Ada sesiapa nak hentam aku balik? Silakan. Aku sedia menjawab dan membidas. 


11 comments:

Ibu Ammar said...

mmg nak muntah dengan program gadis melayu. wek!

memang tujuan join tu hanya nak glamour, tak yah la nak sangkal lagi.

::[putihpurple]:: said...

hiyahhh~
aku datanggg...
bkn tuk hentam ko tp tuk sokong ko..
hiyahhhhh~~~!!!

hahahha:D

kan kan kan?? mmg aku sokong la ko..org skrg ni suke amek islam separuh2..ape yg senang amek..yg nmpk mnysahkan buang gtu je..nnt dah mati xyah la ikut care islam senang! xyah mandi xyah kafan xyah semayang..bakar je..hohoho=p

Seimura said...

bagus kerana setuju dgn aku Sarah.

betul tu memang nak glamor.

Seimura said...

yes bagus putih. thanks sebab sokong aku.

Tu lah, Malaysia terlalu berlebih-lebih dalam hiburan. Apa nak jadi la. Patut hapuskan semua program realiti tv yang tak ada faedah dan entah apa-apa.

Apabila agama terlalu diambil mudah dan ringan memang hasilnya?? Faham-faham sajalah. Huhu.

Aleen Aiden said...

erk,xley nak komen lebih sbb aku sendiri pon xbetol lagi cara penampilan.xberapa nak islam.hu3.insyaAllah aku cube improve cara penampilan pelahan2 supaya perubahan 2 kekal.terima kasih sbb menyedarkan.hu3

Seimura said...

Tak de la Aleen. Aku cuma nak hentam dan kecam gadis-gadis melayu Islam bertudung yang seronok sangat nampaknya join pertandingan yang mempamerkan kecantikan.

Tak apa kita sama-sama cuba berubab menjadi lebih baik insya-Allah.

Seimura said...

typing error. * berubah menjadi lebih baik. :D

JMR said...

ni tereksploitasi namanya..hehehe

Seimura said...

ohh ada juga ye imbuhan 'ter'. boleh juga digunapakai. ngeh ngeh.

amirah said...

tau xpa...yg menang sebelumni pon dok tgok ritu bole ja pegang2 tangan lelaki...pelik2

Seimura said...

Itu la masalah muslimah bertudung yang kononnya up-to-date dan ikut peredaran zaman ye? Secara tak langsung turut menjatuhkan maruah muslimah bertudung yang lain yang mana benar-benar menjaga batas dan tatasusila.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...