Glosari:-
Jawazat = Imigresen
Iqamah = Visa
Suq = Pasar
Utubis Dauli = Terminal Bas Negeri
Tremco = Sejenis kenderaan awam seperti van.
Rumah KL = Satu bangunan yang menempatkan anak-anak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berada di Mesir umumnya, Kaherah khasnya. *Setiap negeri mempunyai rumah BKAN masing-masing di Kaherah. BKAN = Badan Kebajikan Anak-anak Negeri.
Musyrif = Pelajar lelaki/ ikhwah (dipanggil ustaz) yang dikehendaki meneman/ penunjuk jalan. (pelajar perempuan/ akhawat tidak dibenarkan berjalan di luar pada waktu malam melainkan ditemani musyrif).
Sabiek = Hayyu Sabiek = Seksyen Tujuh.
DPM = Dewan Perwakilan Mahasiswa/ Mahasiswi
26 January 2011 – Wednesday
Hari yang sangat sibuk. Bangun awal untuk masak sarapan. Lepas sarapan, sidai kain. Then potong ayam, goreng ayam.
9.00 AM: Pergi Jawazat tapi masih tak dapat cop iqamah. Cis. Terus pergi suq, beli cili kering, then pulang ke rumah.
11.00 AM: Sambung memasak. Habis masak, kemas-kemas beg nak balik Kaherah. Makan tengahari merangkap malam jam 3.00 PM.
4.00 PM: Keluar rumah bersama Alang dan Angah menaiki taxi menuju ke Utubis Dauli.
4.45 PM: Tremco bergerak meninggalkan Kota Mansurah menuju Kota Kaherah.
7.30 PM: Tiba di Ramsis, Cairo. Menunggu musyrif untuk balik ke Rumah KL, Sabiek.
8.30 PM: Menaiki tremco menuju ke Sabiek.
9.30 PM: Tiba di rumah KL.
10.30 PM: Aku ‘syahid’ lebih awal daripada Angah dan Alang.
27 January 2011 – Thursday
7.30 AM – 3.00 PM: Kursus Komputer dan Laptop
Pada hari ini, line internet di semua ceruk di Mesir telah diputuskan oleh kerajaan Mesir. Langsung tidak boleh acces internet tak kira lah guna wire network, broadband dan handphone. Rusuhan dan demonstrasi secara besar-besaran dikhabarkan akan berlaku di sekitar Kaherah, Mansurah dan Iskandariah sebaik sahaja selesai Solat Jumaat esok hari.
28 January 2011 – Friday
Line internet masih tiada. Jam 9.00 pagi, line telefon pula diputuskan oleh kerajaan Mesir. Hanya emergency call sahaja yang boleh digunakan. Semua dinasihatkan duduk di rumah sahaja demi menjaga keselamatan. Kawasan yang amat bahaya adalah di sekitar Tahrir, Ramsis dan sebahagian lain di Kaherah.
Tengahari, kami dapat melihat orang-orang Arab berarak melalui jalan depan rumah KL sambil melaungkan ayat-ayat. Tapi mereka bergerak dan membuat demonstrasi secara aman sahaja tanpa membuat huru-hara.
Malam. Pegawai Rumah KL membuat pengumuman di surau rumah KL. Amanat dan pesanan beliau;
1- Sediakan satu beg berisi passport, kad pengenalan, duit sijil-sijil dan apa saja dokumen penting. Jika tiba-tiba berlaku sesuatu, contoh; kena pindah atau lari, tinggal capai beg itu tanpa perlu kelam-kabut baru mahu mencari di ceruk-ceruk rak buku ke, laci ke fail ke.
2- Perintah berkurung akan diisytihar pada bila-bila masa sahaja memandangkan keadaan Mesir yang mula tidak aman. Maka perlu menyimpan stok makanan sebanyak mungkin. Ada kemungkinan juga stok makanan dan sumber asasi akan kehabisan di kedai-kedai.
3- Jika keadaan semakin buruk, kemungkinan besar semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir akan dihantar pulang ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang tentera.
29 January 2011 – Saturday
7.30 AM: Kursus Komputer dan Laptop hari kedua (hari terakhir). Aku mula rasa tidak sihat. Pening kepala sangat-sangat. Akhirnya jam 10 pagi aku surrender, tinggalkan laptop dan naik ke atas. (kursus diadakan di surau, tingkat bawah sekali). Aku pesan kat Angah suruh bawak naik laptop aku setelah habis kursus nanti.
Pada hari ini line telefon kembali ada, namun line internet masih lagi diblock dan disekat oleh kerajaan Mesir.
Kerajaan Mesir mengisytiharkan perintah berkurung bermula jam 4 petang hingga 8 pagi setiap hari berkuatkuasa mulai hari ini.
Malam. Aku sudah kembali sihat dan pening kepala sudah hilang selepas menelan beberapa biji panadol.
Mendapat arahan daripada Pengerusi DPM Mansurah, menghalang mana-mana pelajar yang berada di Kaherah daripada pulang ke Mansurah atau sesiapa yang mahu keluar dari Mansurah. Seminggu tidak boleh keluar dari muhafazah (daerah/negeri) masing-masing.
30 January 2011 – Sunday
Degil. Aku dan beberapa rakan nekad mahu pulang juga ke Mansurah walaupun dilarang. Wakaka.
11.00 AM: Kami menaiki taxi menuju ke Ramsis. Kereta kebal berada di mana-mana. Kereta kebal askar Mesir berwarna kuning. Kau pernah ke tengok kereta kebal bersepah-sepah di jalan raya di Malaysia secara live? Takut, cuak atau gerun?
Tiba di Ramsis. Hairan dan pelik. Tiada satu biji tremco ataupun peagot di Ramsis. Sebelum keluar dari rumah KL tadi aku telah dengar rumor mengatakan perkhidmatan bas dan tremco keluar dari kawasan Kaherah telah dihentikan. My bad. Rupanya bukan khabar angin. Kami menuju ke terminal bas. Memang benar dihentikan perkhidmatan bas tapi tak pasti untuk berapa lama.
Di satu lorong kelihatan kawasan kesan kebakaran. (mungkin baru berlaku malam tadi). Beberapa buah kereta terbakar termasuk satu trak polis. Nampaknya bukan sekadar rusuhan biasa tapi agak ekstrem.
Kami menaiki bas menuju ke Abud. Di Abud juga terdapat bas atau tremco untuk pulang ke negeri lain selain Kaherah. Masih ada alternative lain.
Akhirnya kami dapat menaiki satu tremco untuk pulang ke Mansurah (itupun kami terpaksa berebut dengan orang Arab demi mendapatkan tempat). Dan tambangnya jauh lebih mahal daripada biasa iaitu LE30. Biasanya LE11 sahaja. Kami tiada pilihan.
3.00 PM: Tiba di Mansurah tetapi kami diturunkan di Mauqaf Jadid, Talkha, bukan betul-betul di Bandar Mansurah. Dari Mauqaf Jadid, kami menaiki tremco menuju ke Dirasat.
Tiba berhampiran di Masjid Putih, Mansurah, kenderaan tak boleh lalu kerana orang-orang Arab sedang membuat demonstrasi di jalanraya. Maka tremco terpaksa melalui jalan lain.
Bukan di Kaherah sahaja terdapat banyak kereta kebal dan askar-askar mengawasi, di Mansurah pun sama. Bank HSBC telah dipecahkan dan mengalami kerosakan yang teruk. Ada sebiji kereta kebal bersama beberapa orang askar mengawal dan mengawasi kawasan bank HSBC.
AlhamduLillah aku selamat tiba di rumah jam 4 petang.
31 January 2011 – Monday
Aku hanya duduk di rumah, tak keluar. Basuh baju dan kemas bilik. Heheh. Line internet masih disekat. Tak tahulah sampai bila. Topup semua dah kehabisan di kedai-kedai. Alahai. Di waktu darurat begini, memang susah nak mendapatkan kredit, topup dan sebagainya. Tak boleh nak call family di Malaysia kerana tiada internet. Kadang-kadang aku cemburu tengok kawan-kawan aku yang mak ayah call dari Malaysia untuk bertanya keadaan. Mak dan abah tak nak call aku ke? Tak nak tanya keadaan aku ke, selamat ke tak? (T_T).
Kemungkinan besar kami semua akan dipindahkan ke negara berdekatan yang lebih aman. Mungkin Jordan atau Syria. Jadi kena sentiasa bersiap sedia. Bila-bila masa arahan untuk berpindah akan keluar. Tak tahu atau tak pasti berapa lama kami akan jadi ‘pelarian’ di negara orang.
Setiap orang hanya dihadkan bawa beg berisi barang seberat 10 kilogram. Maka, susun dan plan lah dengan bijak barang apa yang paling penting untuk dibawa. Ngeee.
Mereka yang berkeluarga akan diberi keutamaan. Jika benar akan dipindahkan, akan melalui beberapa peringkat; 1) Yang berkeluarga, ayah, ibu, anak atau sebagainya. 2) Perempuan. 3) Lelaki.
bersambung....
7 comments:
akak...
semoga selamat dan dalam keaadaam sihat
kenapa entry ni bersambung.akak saja buat kami suspen ae
seimura..
hati2 tau
xpayahlah jalan2 T_T
saya pula yg jadik takut..
semuga selamat sampai ke tanah air..berhati-hati yer
alhamdulliah siemura selamat..uncle memang ingat siemura bila dengar berita di TB ... risau sgt mcm risau seorg ayh pada anak nya.. jaga diri semoga siemura selamat
alie: Terima kasih alie atas doanya. hehe, panjang sangat pula kalau tak bersambung. boring orang baca kang. :p
fya zainal: Terima kasih fya. Jangan risau, dah tak keluar rumah dah. hihi.
kak ina kl (1): Terima kasih kak. Terus doakan kami. Thanks.
ber_u_wang: Terima kasih uncle. Terharunya.. sob..sob..
Ameen. Terus doakan saya ye. Terima kasih sekali lagi. :)
seimura ~
babe... aku seyes tringtkan kau
hope semua ok;)
Terima kasih Anonymous. *sambil ligat berfikir siapakah gerangan dirimu. uhuk.
Post a Comment