p/s; Ini bukan entri politik.
Assalamualaikum.
Sambungan entri lepas.
Kau pernah mengundi ke? Yang berumur bawah 21 ketika tahun 2008 tak payah nak menipu cakap dah pernah. Yang umur 28 pun ada yang masih tak berdaftar sebagai pengundi, apatah lagi ‘anak-anak kecil belum cukup umur’. Hohoho.
Mengundi untuk pilihan raya umum yang aku maksudkan di sini. Bukan mengundi siapa jadi presiden kat kampus atau universiti kau orang. Aku debik kang kalau kau buat-buat tak faham atau jawab soalan aku kat atas dengan jawapan poyo.
Mac 2008, aku masih bekerja di MAINJ. PRU 12 dah hampir tiba. Sebagai rakyat yang chenta kan Negara (hoho), aku perlu pulang ke kampong bagi melaksanakan tanggungjawab. Heheh. Aku mendaftar sebagai pengundi pada tahun 2007. Abah yang suruh daftar, aku mana tahu atau arif sangat benda-benda gini. Haha. “Jom JPN (Labis), daftar kau jadi pengundi.” Begitulah arahan abah. Masa itu baru aku tahu, oh, kena daftar rupanya nak jadi pengundi ni ye? Ingatkan boleh terus pergi mengundi. Ahaks.
Abah juga yang beria suruh balik kampong suruh mengundi. Siap cakap, nama aku dah ada kat senarai pengundi, jangan risau nama tak ada. Ngeee~
Hari mengundi pun tiba. Aku tak ingat. 14 Mac kot. Haha. Aku keluar mengundi kat Maokil je la, kampong aku. Orang ramai ooo. Agak meriah. Poster-poster memang melambak gila sejak dua bulan yang lalu. Heheh. Siap ada nombor giliran gitu sebelum masuk. Oh ye, tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan LKTP Maokil. Sebelum masuk pagar sekolah lagi dah ada beberapa ‘check point’ yang kena tempuh. Ceh. Tak ada la. Ada la makcik-makcik yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan dan arah. Konon macam sistematik gito ha. Ada seorang makcik siap bisik dan pesan kat aku sebelum aku masuk pagar sekolah, “Undi BN ye?” Wakakaka…
Ada beberapa kelas digunakan untuk pengundi masuk bagi memangkah calon. Peh, setiap kelas panjang gila rakyat (orang kampong aku le) beratur menunggu giliran untuk masuk memangkah kertas. Termasuk la kelas yang aku perlu tunggu. Pada hal waktu itu masih pagi, pun dah ramai. Aku rasa ramai yang balik kampong macam aku ni, pada hal bukan duduk Maokil pun. Hak hak.
Giliran aku pun tiba. Nama dipanggil menggunakan microfon beb. Agaga. Lepas cek nama dan IC aku pun diberi borang untuk memangkah calon. Hik hik. Then pergi ke tempat khas untuk memangkah. Memang tak ada siapa nampak la kita pangkah tu kan? Siapa yang aku pangkah? Undi adalah rahsia. Sekian, terima kasih. Lalalala~
Then lepas lipat kertas, barulah dimasukkan ke dalam bekas khas dia. Lutsinar gitu ‘tong’ nya. Sekali pandang macam akuarium yang plastic tu ha. Hahah. Lepas tu, aku pun balik rumah la, tido. Haha. Tamatlah cerita pengalaman pertama mengundi. Ekekeke.
Kawasan aku (Maokil) adalah kawasan Pagoh. Bukan Labis, bukan Tenang, bukan Chaah. Kalau tak silap aku, Parlimen Pagoh adalah Tan Sri Muhyiddin Yasin, TPM kesayangan (semangat kenegerian dah datang. Hak hak). DUN, ADUN dan Parlimen berbeza tapi aku pun tak tahu sangat la pasal ni. Maaf ye. Hihi.
Satu lagi cerita menarik ketika aku kecil (tak la kecil sangat). Tahun 1995, PRU juga. Macam biasa tempat buang undi adalah di sekolah rendah. Hahah. sekolah aku la dulu tu. Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Tenang.
Abah ditugaskan untuk jaga nama pengundi. Aku pun tak faham sangat. Kiranya, sesiapa yang nak cek nama, kena pergi ke meja yang abah jaga. Aku jadi assistant (ceh) abah la masa itu. Abah minta tolong. Huahuahua. Ramai woo beratur depan meja abah. Pagi sampai petang. Solat dan rehat di sekolah saja, tak balik rumah pun (dah tu, kalau balik, siapa pula nak jaga). Walaupun rumah aku dekat je pun dengan sekolah. Hoho. Penat la juga. Abah duduk je di kerusi, aku berdiri. Tak adil sungguh. Haha.
Keesokkannya, sekolah macam biasa. Aku siap melukis di buku tulis (subjek apa tah, aku conteng bukunya, agaga), suasana pilihanraya. Siap lukis poster-poster yang bergantungan. Weeee~. Kawan-kawan aku yang tengok lukisan cincai lagi buruk milik aku tu, rasa kagum plak. Toink.
Dan yang paling kelakar..(sila gelak kuat-kuat sambil guling-guling selepas ini), aku siap ada tulis..
Undilah Barisan Nasional (beserta lambang dacing. Hahhah)
Undilah Barisan PAS ( beserta lambang bulat)
Memandai je aku tambah word ‘barisan’ dekat PAS tu. Mana ada. Hoho, aku mana tau dol. Aku ingat semua parti yang bertanding mesti ada ‘barisan’ kat depan. Wakaka. Kesian banget deh. Alahai, kecik lagi kan, mana la aku tahu. Kau masa kecil-kecil tahu ke menatang apa pilihanraya dan parti-parti ni semua?
13 tahun kemudian, tak sangka aku juga akhirnya menjadi pengundi dan layak mengundi. Ecehh..:p.
Cuma yang menjadi musykilah. Tak silap aku dulu, PRU lima tahun sekali. Tapi sekarang? Mengapakah tak sampai lima tahun dah diadakan PRU? Aku sungguh tidak faham. Ada sesiapa boleh jelaskan? Ngeee~
Tamat. Adios.
18 comments:
Bagusnya dah ada pengalaman mengundi. Saya belum lagi~ Berlagak kanak-kanak sedangkan dah tua dah! :D
Okay ke kalau ada orang taknak mengundi dengan alasan untuk tidak memihak pada mana-mana pihak? Komen sket ;)
Hehehe. Tak la tua sangat kot. :p
Hmm.. alasan tu tak boleh pakai kot. Mengundi tetap kena mengundi. Undian terletak di tangan anda. Tak boleh atas pagar. Tetap kena pilih.
Contoh; syurga atau neraka? tak kan nak duduk tengah-tengah? cewah. cakap pandai. hehe. ambil yang baik.
tak faham jugak pasal pru tuh haha. kene bukak buku balik :p
tak penah lg mengundi. baru mendaftar tahun lepas hee.
Haha sama lah tak faham. :p
Oh bagus lah dah mendaftar. Layak mengundi untuk PRU 13 nanti. Eh, ke dah lepas ek? huhu.
whoaaa....aku baru daftar undi thun ni...xtau la mcm mn nk p mengundi..huhu
Dengan kami pembaca setia blog Seimura ni, itu pun nak rahsia. Apa yang dipangkah tu? Kongsi la di sini!
Haha.. betul2.. kongsi la ape yg dipangkah.. hehe
Sy darjah 5 dah kenal pru. Hehe.. InsyaAllah, sempat la kot mengundi PRU 13 nanti.
amirah: Ha, bagus la dah mendaftar.
Senang je, tinggal pangkah nama calon, then buang di tempat yang disediakan. ngeh ngeh..
Tawel Sensei: Oh undi adalah rahsia SPR. hak hak hak.
Terima kasih kerana setia membaca blog Seimura. Weeeee~
amin: Ops... shhhh.. rahsia. haha.
AlhamduLillah, mari kita sam-sama mengundi. Hihihi.
aku pon dah mengundi,. tapi mungkin pengalaman kita beza sikit, sbb aku adalah antara orang yang menjaga di pondok panas.. mmg panas.. tugas sama macam ayah ko la,. tolong check ic sbb nk tau tmpat ngundi dan confirm dia ngundi disitu,..
mmg pengalaman yg besh!
ada: hahahhah. pengalaman itu amat berharga kan? selamat mengundi untuk PRU 13 nanti. hik hik.
Saya setuju dengan jawapan kamu! Well said :D
Nooreena: Hehehe. Tq.
masa pergi ambil no. siri di pondok panas tu, ada dapat duit?
Aku masa pergi, tak jadi pergi lah... dan siap tanya lagi, "Ini bagi duit untuk apa? Rasuah ni."
Aku pergi pondok panas satu lagi. Tiada ramai orang, tidak ada bagi duit.
Huh! Yang beri dan terima duit berdosa.
Naim: Oh, kat kampung aku masa tu (Felda Maokil), tak ada pula orang bagi duit ke apa.
Felda aku bersih ooo. Mana ada rasuah ni semua. Ngeee.
tak pernah mengundi lagi..isk3..tp next PRU, of course nak turun padang.
pilihanraya skg ni piliharaya kecik je. kalo ada adun meninggal, ada la pilihanraya kecik tu..
Solehah: Hehe, selamat mengundi untuk PRU 13 nanti. Tahniah, tahniah.
Betul tu, pilihanraya kecil sahaja tapi havoc nya bukan main. :p
hahah. Barisan PAS?
u are simply adorable. :)
Ungu: Hahah, biasa la, budak-budak lagi lah katakan.. kurang mengerti. :p
Post a Comment