22 May 2021

PKP dan Syawal 2021

 Assalamualaikum.

   Waduh waduh. Lama betul guwe tak update blog ye. Takde lah busy mana tapi entah lah hahaha. Jadi hari ni menulis lah sikit bagi berseri blog yang kusam lama ditinggalkan ni. 

       Syawal tahun ini yang hambar. Sebab apa? Sebab PKP, tak boleh rentas daerah. Tak dapat balik Muar. Hampa memang hampa tapi terpaksa akur dengan perintah kerajaan. Apa pilihan yang rakyat ada? Demi mengelakkan penularan virus dan wabak, kami menurut perintah.  Walaupun kecewa tak dapat balik Muar beraya dengan mak dan abah, pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Positif.

     Bukan sahaja tak boleh rentas daerah dan negeri, ziarah raya walaupun rumah jiran pun tak boleh. Ada je yang langgar SOP pergi ziarah raya ke mana-mana, itu golongan degil. Dah terkena nanti baru tau. Aku padankan muka je hahahah. 

      Tahun ini aku aku teruskan 'tradisi' aku, ganti puasa di bulan Syawal straight dan bersambung dengan puasa 6. Tahun lepas aku tak dapat buat sebab sebulan aku kena ganti puasa. Nifas panjang jadi sebulan tak dapat puasa Ramadan. Semoga dipermudahkan untuk aku tahun ini. Puasa berturut-turut tanpa selang ni aku dah biasa buat sejak zaman anak dara dulu (umur belasan tahun). Walaupun cabaran sekarang menyusukan anak, tapi aku ok. Yang penting kena lah sahur.

        Nampaknya duit raya budak-budak tahun ini merosot turun sebab tak boleh beraya. Hehe. Keseronokan raya pun berkurang sebab tak boleh ke mana-mana, kena duduk rumah je. Padahal kita dah terbiasa bila raya je mesti ziarah menziarahi, eratkan silaturahim. 

     Oleh kerana itu, buat pertama kali aku beli bunga api untuk budak-budak, Ramadan hari tu. Main malam raya. Saja nak bagi budak-budak happy dan merasa suasana raya. Lepas tu pulak jiran-jiran pun main mercun das dan mercun merdeka tu. Lagi meriah. Seronok budak-budak termasuk mak budak ni hahaha. Aku siap beli lampu kelap-kelip tapi pasang dalam rumah je sebab nak tengok. Kalau pasang kat luar, tak dapat tengok sebab kita duduk dalam rumah je haha. Ketupat pulak memang wajib ada setiap tahun. Aku pun beli juga online je kat group wasap niaga. 

      Gambar raya pun wajiblah ada. OOTD pagi raya. Takpe lah beraya kita-kita je, gambar kenangan kena lah ada. Siap bergambar outdoor jugak raya ketiga hari tu. Jadi lah buat kenang-kenangan. 

      Sekolah pun dah PDPR semula. Dua minggu PDPR, lepas tu cuti sekolah penggal pertama dua minggu. Lepas itu barulah sekolah bersemuka. Kesian juga ye almost dua tahun sekolah 'online' je. Sampai UPSR dan PT3 pun dimansuhkan terus. Moga ada sinar baru lah untuk anak-anak kita nanti.

      Masa aku menulis ni, dah 10 Syawal 1422. Raya kan sebulan? Haha. Oh ye tahun ni pun takde beli kuih raya sangat. Biasanya memang mil rajin beli biskut-biskut raya. Tahun ni ada beli beberapa jenis je. Kerepek pisang yang aku beli masa puasa hari tu pun dah habis dimakan hehe. Oleh kerana tak boleh ziarah raya, memang takde isi kuih raya dalam bekas kuih raya. Hahah. Tahun lepas ada lah jugak bersusun bekas kuih raya kat meja ruang tamu kat depan. Kali ini? Hmm. Memang takde lah sebab takde orang nak datang pun. Hoho.

       Aku cuma berharap raya Haji nanti dapatlah rentas daerah. Mungkin hanya tinggal harapan je tapi aku tak putus berdoa agar kita dapat hidup macam biasa seperti dulu sebelum pandemik ini melanda. Sedih tapi tetap terus kuat dan utuh. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...