21 August 2020

Otaku Since I was 15

 Assalamualaikum.

      Aterr jom lah kita mengimbau kenangan silam sekejap. Hahah. Aku rasa macam pernah post yang pasal macam mana aku mula2 terjebak suka baca manga. Tapi takpe lah kita throw back dengan olah ayat berbeza. Wah gitu ke hahaha.

    Komik Jepun pertama yang aku baca sampai habis semua siri dah tentunya Dragon Ball Z. Famous habis ni zaman 90-an. Ada pulak anime dia tayang kat TV2. Pehh tak pernah missed lah. Oh ye komik tu milik pakcik aku yang bongsu (tua setahun je umur dia dengan aku). Bila balik kampung je aku memang marathon baca komik DBZ (Dragon Ball Z). Masa tu umur aku dalam 13 ke 14 tahun kot aku pun tak ingat.

    Bagaimana aku boleh terjebak dengan komik Kreko? Begini ceritanya. Dulu sekolah aku tingkatan 1, 2, 3 pelajar lelaki dan perempuan diasingkan. Tak campur. Entah macam mana satu hari tu hari Jumaat aku berani pergi kelas budak lelaki time diorang pergi solat Jumaat kat masjid. Aku saja tengok bawah meja secara rambang je, sekali terjumpa pulak Kreko. Aku selak dan baca. Alamak best nya komik ni. Semua manga (dulu belum tau lagi istilah manga dan anime, dah habis sekolah baru tau) Jepun yang best2. Masa tu aku form 3 (umur 15). Aku siap 'pinjam' bawa balik asrama senyap2. Minggu depan pulang balik kat kelas tu timing sama masa the boys solat Jumaat kat masjid kekeke.

    Lepas tu aku try beli sendiri masa sebelum naik bas nak balik kampung. Murah je dulu2 RM2 ke RM3. Komik dikira 'barang haram' tak boleh bawa masuk asrama dan sekolah. Tapi kalau pandai sembunyi, ada je yang langgar peraturan, haha. Tapi aku tak la beli setiap keluaran (masa tu keluar dua kali sebulan). Tengok bajet jugak hahah. Yelah budak sekolah lagi kan mana ada duit sangat. Biasanya kalau edisi bumper aku beli. Aku dah beralih ke komik Kreko daripada Gila-gila dan Ujang. Hahahaha. Ujang baca lagi tapi dah tak beli la, tumpang kengkawan je haha.

    Tapi start aku form 4 ke form 5 aku dah beli setiap keluaran sebab nak baca manga2 yang ada dalam tu lah. Nak tau episode seterusnya hehe. Sampai lah ke alam IPT aku masih beli. Ada tambahan lagi pula, Gempak, Utopia dan Arena Komik.

    Serius aku sanggup berhabis setiap bulan demi nak beli komik2 ni. Inilah baru namanya otaku. Haha. Zaman tu era digital belum pesat macam sekarang. Komik2 ni lah penghibur hati kami akhir 90-an dan awal 2000. Alaaa kenangan sungguh laaa.

   Manga pertama yang mendapat tempat dalam hati aku masa awal2 baca Kreko, Kyo Samurai Deeper. Pastu lagi satu manga yang pasal budak2 samseng kat sekolah (aku lupa tajuknya). Manga lain macam Kisah Ahli Bomba, Eyeshield 21, dan lain-lain. Sekitar 2002 (aku umur 17), muncul manga2 baru macam Naruto, Fullmetal Alchemist. Sekitar 2003 kot keluar Bleach, Deathnote, MAR.

   'Adik' Kreko iaitu Arena Komik pun boleh tahan tahan manga2 nya semua best macam Prince Of Tennis. Aku pun dah tak berapa ingat kat Kreko atau Arena Komik, Yakitake Japan, Fairy Taile, Fruits Basket, Shaman King dll. Pastu ada keluar pulak anime nya kat tv. Memang tak lepaskan peluang la tonton. Dah baca manga, mesti nak tonton anime nya. Zaman tu cakap je apa manga dan watak2 nya semua aku tau dan hafal hahaha. Dah kata otaku. 

   Tapi tu lah. Lepas sambung belajar Mesir, aku dah tak dapat beli. Lepas balik daripada Mesir (after 3 years), dah tak beli setiap keluaran. Lepas kahwin? Dah tak beli langsung. Haha.

   Masa aku tulis ni sambil aku search Google, aku baru tau Kreko dah tak keluar lagi. Ditamatkan penerbitan dan pencetakan. Isu terakhir Disember 2019. Kira baru lagi lah. Senasib dah dengan Ujang, Apo. Sedih la pulak. Bagi yang sezaman dengan aku yang membesar dengan baca Kreko mesti rasa sedih. 

    Dah beranak pinak memang aku dah takde beli lagi komik2 semua. Manga2 baru pun aku dah tak ambil tahu. Haha. Dah makin tua kot minat dah kurang. Tapi manga2 lama aku masih minat la dan masih kipas susah mati macam Naruto, Bleach, Death Note. 🤣🤣🤣

     Sekian lah cerita aku sebagai otaku yang tak berapa otaku. Hahaha. Oh ye, komik2 yang aku kumpul banyak2 dulu tu semua dah tak ada. Sebahagiannya mak bakar, sebahagian mak jual kat lori yang beli suratkhabar lama dan buku2 tak pakai. Aku tak kisah pun sebab dah menyemak rumah haha. Aku simpan dalam almari baju je susun kat bahagian bawah. Kalau ada lagi komik2 tu semua, maybe aku dah boleh buka muzium sebab banyak sangat haha. Barang rare tu mana keluar lagi dah sekarang. Takpe lah tinggal kenangan. Aku sempat jugak ambil gambar kenang-kenangan koleksi majalah2 komik tu tapi mana entah. Dulu ambil gambar guna kamera kodak (filem) ok bukan kamera digital. Entah aku sempat cuci ke tak kat kedai. Patut la tak ada, aku tak cuci agaknya hahaha apo lah.

     Tinggal kenangan. Cerita berbelas-belas tahun lepas ni hehe. Kiranya title otaku dah hilang masa aku umur 26-27 tahun. Boleh la ada jugak lebih 10 tahun. Kau ada? Hahaha.

12 August 2020

PKPP with New Norm

 Assalamualaikum.


   Sebenarnya ada banyak entri-entri terbengkalai tak habis tulis dan tak dapat post hahaha. Bila nak sambung tulis idea dah tak datang pulak atau macam dah ketinggalan. Ah biar je lah kat situ hahaha.


   Hujan lebat hari ni dan gelap mendung je kat luar. Nak mandikan bebudak ni pun macam kesian sebab sejuk. Hahah. Baby pun tak mandi. Nanti lah tengahari pukul 12.30 ke kui3.

   Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sampai 31 Ogos ni. Berdebar jugak ni lepas 31 Ogos ni masih PKPP atau PKP atau apa. Belum ada tanda-tanda nak sifar kes ni. Hehe.

    Dah terbiasa 'berkurung' masa PKP, jadi tak ada rasa ghairah pun nak jalan-jalan kat mall ke, taman ke, bercuti ke. Paranoid pun ada. Yang selamat bila duduk rumah sendiri je. Paling jauh pun balik Muar balik rumah parents sendiri.

      Tapi sesekali perlu juga lepaskan gian masuk Watson atau guardian hahah. Lagi satu tempat yang teringin sangat nak masuk adakah Mr DIY. Haha ada lah benda aku nak beli tu. Guardian dah shopping dah hari tu hehe.

     Teringat pula hari tu Jannah tanya aku, 

"Umi, ustazah memang semua baik-baik ke?"


Ah sudah soalan apo ni hahaha. Aku jawab, 

"Yelah memang ustazah baik."

Jannah sambung,

"Ustazah kan, tak pernah marah. Lembut je cakap. Baik sangat lah ustazah."


Yang Jannah maksudkan ni ustazah sekolah agama dia. Memang lemah lembut pun ustazah tu hehe. Jauh la daripada aku yang perengus ni hahahaha. Insaf plak sekejap. Cehh.

Tapi itulah kesabaran seorang guru. Dapat kawal marah dan emosi. Aku tabik. Anak murid nakal pun dapat tangani dengan baik. Hebat.

Jannah cerita jugak kadang-kadang dia dan ada beberapa kawan dia tertidur masa belajar kat sekolah agama. Tapi ustazah tai marah pun. Ustazah faham, penat pagi petang sekolah. Ye, lepas sekolah dah dibuka semula setelah lama tutup, ada rombakan waktu dan tempoh persekolahan. Yang sekolah agama Tahap Satu sekolah hari Isnin dan Rabu je tapi jadi lama, pukul 2.00 petang sampai 5.30 petang. Kalau yang biasa 2.00 sampai 3.30 je.


Lepas tu aku bidas balik si Jannah. Yelah memang pagi petang sekolah tapi cuma hari Isnin dan Rabu je. Sengih je Jannah.


Si Naim terus berhenti sekolah tabika kemas. Hahah. Bapaknya kata alang-alang ni berhenti je lah, tahun depan ulang balik tabika, tak payah masuk pra sekolah. Lagipun bila tanya, "Naim nak sekolah tak?"

Jawapannya, "tak nak."

Emm ok. Hahaha. Banyak sebab juga tak hantar Naim. First sebab dah lama tak sekolah jadi semangat tu dah hilang. Nanti tantrum kat sekolah lagi susah. Cikgu nya pun ada pesan kat group kalau anak tantrum, bawa balik rumah. 

Sebab kedua, budak 5 tahun boleh sekolah seminggu sekali je ikut giliran sebab nak buat penjarakan fizikal tu. Kelas kecil jadi 7 orang murid je boleh ada dalam satu masa. Budak 6 tahun pulak ada 6 orang. Mestilah cikgu utamakan yang umur 6 tahun sebab tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Naim baru 5 tahun.

Takpe lah belajar sendiri kat rumah. Slow2. Gitu. 

    Jannah memang suka sekolah, bersemangat dia setiap hari, hahahaha. Good job anakku.


29 April 2020

Bukan Untuk Aku Tapi Dia

Assalamualaikum warahmatullah... Engkau ni pekerja kilang atau swasta ke? Semua rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia yg berada di Malaysia kena taat PKP. Tiada yang terkecuali. Engkau tu kakitangan kerajaan negeri Xxx. Yang kau tak taat PKP apehal. Setiap khutbah Jumaat khatib membacakan wahai orang2 yg beriman, taatlah kepada Allah dan rasulnya dan ulil amri (orang yg berkuasa di kalangan kamu)... Dalam Islam, semua kena taat pada pemerintah.. yang kau tak taat apehal? Ada sekatan ke takde sekatan jalan raya, kita kena taat. Baru2 ini timbalan menteri kesihatan.. ada orang complaint dia tak patuh PKP. Pihak polis panggil dia. Pendek cerita, dia mengakui kesalahannya di mahkamah dan kena denda RM1000. Engkau siapa? Engkau PM? Atau engkau anak raja.. engkau tak taat pada pemerintah, kau derhaka. Ingat, engkau kakitangan kerajaan, kena taatlah kepada pemerintah. Jangan sekali-kali nak jadi hero Tamil ke, hero Hindustan ke. Jangan nak jadi orang yg tolol dan bahalul. Baru2 ini di Sabah, satu keluarga kena tangkap sebab nak hadir majlis hari jadi kawan dia. Taktau la kawan mak bapak dia ke kawan anak dia. Sabit kesalahan, sorang kena denda RM800. Satu lagi, dia ada di dalam akta perundangan, kakitangan kerajaan atau orang yg pencen macam abah, kalau sampai sabit kesalahan, tiba2 dijatuhkan hukuman penjara, walaupun sehari, ia akan dipecat dan orang yg mcm abah ni akan hilang pencennya iaini pencennya ditamatkan serta merta. Sebab itu jangan cuba nak belagak dan jangan cuba main2. Masa ini kan semua tak kerja, semua keperluan barangan, apa salahnya Xxx yg pergi beli. kalau Xxx taknak, engkau pergi beli. Tempat kau mungkin takde sekatan jalan raya, tetapi kalau ada sekatan, kau akan kena tangkap. Dah la kena pergi mahkamah, engkau orang akan didenda RM1000 seorang dan anak kau mungkin didenda RM500 seorang. Ingat, kita bukannya orang kaya. Satu lagi perkara, kereta Xxx tu masih nama abah... Pernah Xxx suami xxx bagitahu abah kalau kereta tu ada kes polis, kemudian dalam masa setahun tak diselesaikan, abah boleh dihilangkan pencen. sebab itu abah minta tolong kereta itu dijaga dgn betul2, kalau ada kes polis/saman polis, cepat2 selesaikan. Kalau tidak, sabit kesalahan sehingga tak selesaikan, abah boleh kehilangan pencen iaitu pencen abah dihentikan serta merta. Ingat, kakitangan kerajaan dan juga bekas kakitangan kerajaan kena taat pada pemerintah. Sekian, terima kasih.

24 April 2020

I am Back! Welcome No 4.

Assalamualaikum,,,

   Pertama sekali selamat berpuasa di bulan Ramadan 1441. Hari pertama puasa ni tapi aku tak dapat puasa. InsyaAllah 4 Ramadan baru aku dapat berpuasa. Punya lah lama tak update blog berbulan-bulan. Tak sempat oiii. Idea ada tapi masa tak ada. Aku rangkum semua update dalam satu entri je lah maybe agak panjang macam cerpen dan novel hahahahaha.

#Chapter 1 : Pasca Bersalin Anak Keempat
    Now dah 58 hari dah umur baby. Cerita ringkasnya masa check up rutin KK. Masa tu dah 37w3d. Nurse offer nak cek jalan tak sebab dah 37w+ ni. Anak2 sebelum ni semua bersalin awal tak lebih 37w. Aku pun ok je lah. Guess what bila cek dah 3cm bukaan huhuh. Tapi memang tak ada turun tanda lagi. Contraction pun tak ada. So misi advice balik rumah dulu, kalau ada contraction sikit2 pun terus ke hospital. Fyi hospital agak jauh ye dalam sejam perjalanan naik kereta. Kalau dah sakit kuat baru nak ke hospital alamat terbersalin dalam kereta lagi haru.

     So balik rumah dulu. Solat. Kemas2 baju2 bebudak ni. Nak stay rumah Sarah dulu satu malam. So  pendek cerita dah sampai rumah Sarah lepak2 tunggu tanda tapi tak kunjung tiba hahahaha. Esoknya decide pergi je lah hospital. Dah sampai hospital lepas ve apa semua, aku terus warded. Tak payah balik rumah pantau kat hospital je kot2 sakit dah senang memang ada kat hospital. Zauji dan anak2 pulang ke Tenggaroh. Petang buat ctg. Jantung baby semua ok. Contraction memang tak ada.

    Hari kedua di hospital (Rabu) pun masih tak ada progress. Masih 3cm. Contraction light2 je. Petang zauji datang melawat dengan anak2.

    Hari ketiga. Jam 11 pagi dah mula ada contraction yang agak kuat. Aku pun bagitau nurse. Ve dan masih 3cm juga. Suruh balik wad dulu. Ok lah. Nak makan pun tak selera minum air soya gedegang je. Dalam pukul 4.00 petang dah makin kuat contraction dan rasa macam keluar sesuatu. Aku ingat air ketuban tapi bila cek kat bilik air rupanya darah macam fresh macam darah haid yang heavy tu. Ohoi aku dah cuak. Aku mandi tukar pad semua pastu terus bagitau nurse dan masuk LR. Dia cek jalan dah 10cm ok tapi ketuban tak pecah lagi so dia assume belum sampai masa nak bersalin. Padahal aku dah sakit gila bila contraction yang kuat tu datang. Lepas pasang alat ctg aku ditinggalkan seorang dalam LR. Aku pun positive yelah belum lagi lah agaknya. Setiap kali kontraksi yang kuat gila tu datang aku kepit kaki. Seksanya oii teringat masa beranak Aqil dulu tahan dan kepit masa dalam kereta otw ke HSI. Yang kali ni setiap kali contraction kuat aku terasa air keluar. Tapi bukan air ketuban ye. Darah. Ini ke yang orang kata 'kembar darah' aku pun tak tau lah. Serius sakit sangat2.

    Aku dah nekad. Contraction datang je aku akan terus teran kuat2 walaupun tak ada nurse dalam LR. Aku tunggu habis azan Asar. Habis azan aku dah standby apa yang patut. Oh ye sebelum tu aku raba2 memang dah rasa kepala baby kat hujung sangat tapi masih dalam karung air ketuban licin je.
Contraction datang, here we go dengan lafaz Bismillah aku teran sekuat hati. Kepala dah keluar aku teran sekali lagi. Alhamdulillah baby laju meluncur keluar serentak dengan air ketuban. Yess aku melihat dengan jelas. Baby pun menangis kuat dan barulah nurse tiga orang masuk LR. Legaaa. Hebat tak hebat bersalin sendiri tak ada orang sambut baby. Keluar dah seketul baby boy berat 3.24kg jam 4.38 petang. Khamis 27 February 2020 (edd 14 Mac).

    Zauji dan anak2 sampai masa aku dah keluar LR tunggu nurse cucuk vaksin hepatitis kat baby. Pastu sorong aku masuk wad. Tak lama tu Sarah datang dengan anak2 dia. Pendek cerita aku discaj esoknya (Jumaat).

Hmm time aku semangat nak menulis time tu lah bateri low hek eleh betul la. Ok lah sambung lain kali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...