21 August 2020

Otaku Since I was 15

 Assalamualaikum.

      Aterr jom lah kita mengimbau kenangan silam sekejap. Hahah. Aku rasa macam pernah post yang pasal macam mana aku mula2 terjebak suka baca manga. Tapi takpe lah kita throw back dengan olah ayat berbeza. Wah gitu ke hahaha.

    Komik Jepun pertama yang aku baca sampai habis semua siri dah tentunya Dragon Ball Z. Famous habis ni zaman 90-an. Ada pulak anime dia tayang kat TV2. Pehh tak pernah missed lah. Oh ye komik tu milik pakcik aku yang bongsu (tua setahun je umur dia dengan aku). Bila balik kampung je aku memang marathon baca komik DBZ (Dragon Ball Z). Masa tu umur aku dalam 13 ke 14 tahun kot aku pun tak ingat.

    Bagaimana aku boleh terjebak dengan komik Kreko? Begini ceritanya. Dulu sekolah aku tingkatan 1, 2, 3 pelajar lelaki dan perempuan diasingkan. Tak campur. Entah macam mana satu hari tu hari Jumaat aku berani pergi kelas budak lelaki time diorang pergi solat Jumaat kat masjid. Aku saja tengok bawah meja secara rambang je, sekali terjumpa pulak Kreko. Aku selak dan baca. Alamak best nya komik ni. Semua manga (dulu belum tau lagi istilah manga dan anime, dah habis sekolah baru tau) Jepun yang best2. Masa tu aku form 3 (umur 15). Aku siap 'pinjam' bawa balik asrama senyap2. Minggu depan pulang balik kat kelas tu timing sama masa the boys solat Jumaat kat masjid kekeke.

    Lepas tu aku try beli sendiri masa sebelum naik bas nak balik kampung. Murah je dulu2 RM2 ke RM3. Komik dikira 'barang haram' tak boleh bawa masuk asrama dan sekolah. Tapi kalau pandai sembunyi, ada je yang langgar peraturan, haha. Tapi aku tak la beli setiap keluaran (masa tu keluar dua kali sebulan). Tengok bajet jugak hahah. Yelah budak sekolah lagi kan mana ada duit sangat. Biasanya kalau edisi bumper aku beli. Aku dah beralih ke komik Kreko daripada Gila-gila dan Ujang. Hahahaha. Ujang baca lagi tapi dah tak beli la, tumpang kengkawan je haha.

    Tapi start aku form 4 ke form 5 aku dah beli setiap keluaran sebab nak baca manga2 yang ada dalam tu lah. Nak tau episode seterusnya hehe. Sampai lah ke alam IPT aku masih beli. Ada tambahan lagi pula, Gempak, Utopia dan Arena Komik.

    Serius aku sanggup berhabis setiap bulan demi nak beli komik2 ni. Inilah baru namanya otaku. Haha. Zaman tu era digital belum pesat macam sekarang. Komik2 ni lah penghibur hati kami akhir 90-an dan awal 2000. Alaaa kenangan sungguh laaa.

   Manga pertama yang mendapat tempat dalam hati aku masa awal2 baca Kreko, Kyo Samurai Deeper. Pastu lagi satu manga yang pasal budak2 samseng kat sekolah (aku lupa tajuknya). Manga lain macam Kisah Ahli Bomba, Eyeshield 21, dan lain-lain. Sekitar 2002 (aku umur 17), muncul manga2 baru macam Naruto, Fullmetal Alchemist. Sekitar 2003 kot keluar Bleach, Deathnote, MAR.

   'Adik' Kreko iaitu Arena Komik pun boleh tahan tahan manga2 nya semua best macam Prince Of Tennis. Aku pun dah tak berapa ingat kat Kreko atau Arena Komik, Yakitake Japan, Fairy Taile, Fruits Basket, Shaman King dll. Pastu ada keluar pulak anime nya kat tv. Memang tak lepaskan peluang la tonton. Dah baca manga, mesti nak tonton anime nya. Zaman tu cakap je apa manga dan watak2 nya semua aku tau dan hafal hahaha. Dah kata otaku. 

   Tapi tu lah. Lepas sambung belajar Mesir, aku dah tak dapat beli. Lepas balik daripada Mesir (after 3 years), dah tak beli setiap keluaran. Lepas kahwin? Dah tak beli langsung. Haha.

   Masa aku tulis ni sambil aku search Google, aku baru tau Kreko dah tak keluar lagi. Ditamatkan penerbitan dan pencetakan. Isu terakhir Disember 2019. Kira baru lagi lah. Senasib dah dengan Ujang, Apo. Sedih la pulak. Bagi yang sezaman dengan aku yang membesar dengan baca Kreko mesti rasa sedih. 

    Dah beranak pinak memang aku dah takde beli lagi komik2 semua. Manga2 baru pun aku dah tak ambil tahu. Haha. Dah makin tua kot minat dah kurang. Tapi manga2 lama aku masih minat la dan masih kipas susah mati macam Naruto, Bleach, Death Note. 🤣🤣🤣

     Sekian lah cerita aku sebagai otaku yang tak berapa otaku. Hahaha. Oh ye, komik2 yang aku kumpul banyak2 dulu tu semua dah tak ada. Sebahagiannya mak bakar, sebahagian mak jual kat lori yang beli suratkhabar lama dan buku2 tak pakai. Aku tak kisah pun sebab dah menyemak rumah haha. Aku simpan dalam almari baju je susun kat bahagian bawah. Kalau ada lagi komik2 tu semua, maybe aku dah boleh buka muzium sebab banyak sangat haha. Barang rare tu mana keluar lagi dah sekarang. Takpe lah tinggal kenangan. Aku sempat jugak ambil gambar kenang-kenangan koleksi majalah2 komik tu tapi mana entah. Dulu ambil gambar guna kamera kodak (filem) ok bukan kamera digital. Entah aku sempat cuci ke tak kat kedai. Patut la tak ada, aku tak cuci agaknya hahaha apo lah.

     Tinggal kenangan. Cerita berbelas-belas tahun lepas ni hehe. Kiranya title otaku dah hilang masa aku umur 26-27 tahun. Boleh la ada jugak lebih 10 tahun. Kau ada? Hahaha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...