19 February 2022

Perempuan Malas Memasak Bukan Satu Dosa

 Assalamualaikum.

  Jaga-jaga. Aku tengah bersemangat untuk menulis ni, biar sampai termuntah korang baca blog aku hahahaha.

   Kembali kepada tajuk yang boleh mengundang kontroversi agaknya. Kalau ditanya kepada aku soalan kerja rumah apa yang paling malas kau buat? Dengan penuh keyakinan dan tanpa rasa segan silu aku akan jawab 'memasak'. Ya, kerja rumah paling aku benci dan malas nak buat adalah memasak. Aku memasak tu kerana terpaksa (tapi bukan dipaksa).

  Kalau setakat goreng keropok ke nugget ke, masak maggi ke, itu takpe lagi aku tak kisah. Yelah tinggal panaskan minyak dan goreng (termasuk goreng telur hahah). Memasak yang aku maksudkan yang aku begitu malas nak buat itu adalah masak makanan berat, makan tengahari atau makan malam. Masak nasi pun aku malas tau tak sebenarnya sebab kena basuh beras hahahah. Masak lauk pula yang paling leceh nak kena kupas bawang halia segala, potong-potong, blend apa semua tu. Sumpah malas gila kau tau tak?

  Malas memasak bukan bermaksud aku tak pandai memasak. Aku berkebolehan memasak cuma aku malas. Nak kata terror tu tidaklah tapi simple2 atau lauk biasa kita orang Melayu ni boleh je masak. Dah tentu aku dulu duduk rumah sewa yang siap ada jadual memasak (masa study Mesir). Kalau tak masak alamat kebulur lah ahli bet aku hahaha.

  Isu malas memasak ni pun pernah menjadi punca keberantakan rumahtangga aku satu masa dahulu angkara orang ketiga. Termasuk keluarga mentua yang mencaci aku malas memasak. Tapi itu cerita lama kita tak perlu ungkit. Semua orang dah move on dan hidup lebih bahagia cara masing-masing sekarang. Ewah gitu. Hahaha.

   Bulan lepas masa aku balik rumah mak abah kat Muar, mereka tanya pasal ibu mentua (mil) aku jadi ke nak kahwin lagi ke? Aku jawab jadi bulan 2 (Feb) ni. Lepas tu abah pun cakap, "kau kena masak lah lepas ni, mak ko dah pindah hehe". Aku pun angguk sambil senyum haha. Masa tu zauji takde, dia buat rawatan kat tempat lain. Abah pun cakap lagi, "kau beli je. Ada jual je kan lauk2 tengahari". Mak aku pun sokong apa abah cakap. 

  Aku macam terharu nak mampus bila abah dan mak cakap pasal masak dan beli ni. Diorang tak paksa aku suruh masak ke apa. Kira memahami sangat-sangat.  Mak abah pun nampak sendiri perangai anak-anak aku yang agak high demand terutama yang paling kecil, agak susah nak fokus memasak bila si kecil datang mengacau, takut terkena minyak panas ke apa. Melainkan bapaknya ada boleh layankan anaknya, barulah aku boleh memasak dengan tenang.

   Point paling penting aku nak tekankan kat sini, tak hina pun bila seorang surirumah itu tidak memasak. Dan paling utama, dia TIDAK BERDOSA.

   Asalnya tugas memasak dan kerja-kerja rumah ni tugas siapa? Ya, asalnya tugas suami. Kalau dia tak dapat buat sebab keluar bekerja dan mencari nafkah, dia perlu gajikan pembantu rumah. Kalau suami tak mampu? Atas ihsan isteri melakukan semua kerja rumah. Kalau isteri tak nak masak, suami kena belikan makanan. Macam itulah kaedahnya.

  Ini tidak, bila isteri tak nak masak, terus dihina dicaci perempuan pemalas, tak bersyukur dan so on. Kalau dia pemalas pun kenapa? Ada masalah ke? Pemalas nak memasak je sedangkan kerja rumah lain semua beres; basuh kain, sidai kain, lipat kain, menyapu, basuh pinggan, mengemas (sekadar menyebut beberapa contoh kerja rumah sahaja, sebenarnya banyak lagi).

    Memang aku suka membeli dan order online je makanan. First, sebab aku malas masak lah. Second, aku nak bantu jana ekonomi negara hahahaha, kira support kawan-kawan dan orang kampung meniaga. Kita bantu ekonomi keluarga mereka. Third, kadang-kadang makanan yang aku beli tu aku sendiri tak pandai masak benda tu tapi teringin nak makan.

    Biarlah dan lantaklah orang nak mengata, menghina, mencaci, mencerca golongan malas memasak. Aku dah immune dengan cacian sebegitu. Aku peduli apa hahaha. 

































14 February 2022

Bila Dah Lama Tak Tulis Blog

 Assalamualaikum.

   Lama betul tak ada entri baru. Aku paksakan diri untuk menulis juga hari ini. Azamnya nak kembali aktif sekurang-kurangnya satu entri sebulan. Kita tengok nanti jauh mana perginya hahaha.

   Jadi entri kali ini agak random dan tak ada tajuk khusus pun. Mungkin tak ada kaitan pun dengan tajuk. Tapi boleh buat tajuk kecil kot haha gitu.

Tajuk kecil : Mulia Sangat ke Perempuan Berniqab Tapi Kerap Upload Gambar di Media Sosial?

Amboi kemain panjang tajuknya. Straight to the point lah. Aku tak perasan sejak bila aku ada friend dengan seorang kenalan Facebook ni seorang perempuan berniqab penuh yang semua serba hitam tu. Dulu sekolah pondok.

Kerap pula status FB dia naik di suapan berita FB aku. Masa awal-awal tu ada status dia macam persoalkan kenapa perempuan tak nak pakai niqab. Pada dia niqab tu wajib untuk tutup wajah cantik. Siap bagi dalil semualah. Aku masa tu dah start rasa annoying tapi ku biarkan berlalu pergi. Post seterusnya pasal Ustazah Asma Haron. Mula-mula dia skeptikal dan tak berapa suka dengan UAH hanya sebab ustazah tu tak pakai niqab. Kemudian ibunya menasihati, barulah dia ok, dengar semua ceramah ustazah dan beli buku-buku tulisan ustazah. Kira dah jadi peminat tegar UAH la.

Post-post seterusnya agak peribadi dan tak matang (dia lahir tahun 1994). Konon-konon tanya pendapat. Bila bergaduh mulut dengan suami, suami suruh buka niqab, adakah perlu buka niqab? Ini aku ringkaskan je sebenarnya panjang lagi dia membebel tu. Aku tengok ruangan komen ramai la nasihat, masalah dalam rumahtangga tak perlu tanya pendapat di media sosial, aib rumahtangga tu. 

Tak berhenti di situ ye post seterusnya masih bahas benda sama iaitu niqab. Bila dia dah berbaik semula dengan suaminya, terus dipadam post-post 'mengadu' dan minta pendapat tu. 

Katanya sedang menulis buku/ novel. Masih belum siap. Tahun ini juga nak siapkan dan terbitkan. Entahlah sembang kencang ke apa. Post-post terbaru ni pasal vaksin anak-anak pulak (dia tolak vaksin). Lagi hebat siap ajar bagaimana nak tolak vaksin, menghadap jururawat dan doktor Dan macam-macam lagi. Lantak ko lah situ. Aku silent reader je baca post-post kau tu.

Gambar? Mestilah ada upload beb. Ya, memang semua gambar berniqab dan jubah hitam, cuma nampak mata je. Kalau betul lah kau nak jaga sangat tak nak orang tengok kau, buat apa kau post banyak-banyak di media sosial? Kalau nak buat perbandingan, perempuan yang menutup aurat tapi tidak berniqab dan langsung tak ada post gambar sendiri di media sosial, adalah lebih baik daripada perempuan yang berniqab penuh (pakaian warna hitam) tapi kerap sangat post gambar sendiri di media sosial. Ya, aku lebih hormat dan kagum dengan perempuan yang tak ada post gambar sendiri di media sosial tak kiralah berniqab atau tidak.

Berbalik cerita budak tadi, aku perasan juga dia suka judge orang. Aku rasa menyampah rasa nak unfriend je tapi aku tunggu dulu nak tengok lagi status seterusnya. Ada rasa bangga diri lagi tak? Ada rasa diri mulia sangat ke? Nak tengok juga sejauh mana solehahnya tu. Ada je post nya yang bagus-bagus. Cuma itulah, kadang-kadang ada juga ayat-ayat dia yang macam perasan bagus dan macam orang lain tak bagus. Haha faham ke ayat aku tu woi?

Mungkin aku yang jahat dan hati hitam kot sebab kritik pasal dia ni hahaha. Entahlah. Aku cuma tak suka cara dia tu je la terutama berhubung soal niqab. Dia dah menutup aurat dengan sempurna dan berniqab penuh tu baguslah tapi janganlah ingat yang tak berniqab ni macam tak jaga agama, tak buat suruhan agama. Lagi pula berniqab bukan wajib hukumnya (walaupun ada ulamak kata wajib tapi ada banyak khilaf/ perbezaan pendapat ada juga ulamak kata harus je, sunat je). Cara dia tu kan, macamlah yang tak berniqab ni tak sempurna iman. Aduh entahlah. Bukan macam tu caranya berdakwah.

Aku teringat ada la seorang ni komen kat post dia yang pasal suaminya suruh buka niqab tu ada dia cakap (sebenarnya tanya kepada suami tapi up kat FB hmmppkkkhh)

" Betul ke awak nak saya buka niqab dan berpakaian tapi seperti telanjang?"

Dan komen tu lebih kurang begini, "Adakah dengan cuma tanggalkan niqab tapi masih menutup aurat, puan anggap itu berpakaian tapi telanjang?"

Tak balas pun kau komen orang tu. Mungkin termalu sendiri ke tak tau lah. Teruk sangat la judgemental dia tu asal tak pakai niqab je, dah dikira berpakaian tapi telanjang? Bodoh sangatlah. 

Ok lah kalau rajin aku sambung ni bateri tinggal 2% haha.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...