28 June 2021

Bila Doktor-doktor Tidak Sefahaman

 Assalamualaikum.

  PKP sambung lagi oiii. Malas dah nak fikir. Apa nak jadi, jadilah. Hahaha. Straight to the point je lah. Asalnya aku just nak tulis kat status FB aku je pasal ni, tapi bila fikir balik, nanti timbul perbalahan pulak di ruangan komen atau ada yang share ke, hmmm takpe lah. Aku tak mau popular. Hahahaha.

     Beberapa hari lepas, seorang doktor popular menulis di FB page beliau pasal supplement vitamin C. Aku ringkaskan, kata dia 'kalaulah supplement vitamin C tu betul-betul bagi kesan buruk sampai merosakkan buah pinggang, kenapa farmasi jual?' ' Kenapa diluluskan penjualannya? Sudah tentu ia selamat dan lulus KKM, barulah boleh dijual di farmasi'.

     Ok nak lagi clear hari tu ada lah viral pasal pesakit yang perlu dialysis seumur hidup. Puncanya terlebih consume vitamin C sampai 2000mg sehari selama 5 ke 6 tahun entah. Akhirnya buah pinggang didapati rosak. 

     Aku percaya kisah kesan buruk vitamin c ni. Apa-apa benda pun jika diambil berlebihan, pasti akan mendatangkan mudarat. Jadi aku secara peribadi pun tidak bersetuju dengan doktor A tadi. Then mula lah aku skeptikal, dia kan ada jual produk. Kadang-kadang promote supplement apa yang elok di consume selain makan ubat sintetik hospital. Hehe. Tak dinafikan aku suka je doktor A ni sebab dia balance, perubatan moden, tradisional dan rawatan alternative. Tak terlalu taksub dengan perubatan hospital semata-mata.

      Sehari selepas itu, aku tak sangka pula ada 'jawapan balas' daripada doktor lain kat status FB doktor B. Oh ye, aku memang banyak follow doktor-doktor popular kat Malaysia ni hahaha. Sebab suka baca sharing diorang. Kemudian, doktor B yang merupakan doktor pakar ni membidas dengan mengatakan, 'seorang doktor yang bukan pakar dalam buah pinggang bercakap pasal vitamin C dan buah pinggang.' Jeng jeng jeng. Bila aku jengah ke ruangan komen wahhh bukan main banyak komen mengutuk doktor A. 

    Tak ketinggalan, doktor C pun up status FB juga berhubung kait isu vitamin C ni. Pedas sikit, lebih kurang bunyi, 'doktor jual produk tak perlu cakap pasal yang bukan bidang dia.' Ya, seperti biasa ruangan komen dihujani kutukan dan kejian terhadap doktor A.

    Aku be like. Alamak tak best la macam ni. Kutuk sana, kutuk sini. Sesama doktor pun nak 'gaduh' ke? Gaduh siber kita panggil haha. Takpe lah tak sependapat tu tapi seolah-olah macam sebar kebencian pula. Aku tak sokong mana-mana, cuma jadi pemerhati. Yang baik kita ikut, yang mungkin tak berapa elok, abaikan sahaja.

   Terbaru status FB doktor A, lebih tenang dan damai gitu. Antara isinya, cakap pasal ahli farmasi dan bidangnya. Tapi ada juga perli sikit, 'doktor pakar sangat sibuk dengan tugasnya, tak ada masa nak layan socmed sangat.' Gulp. Hahahah. Tunggu je lah mesti ada 'jawapan balas' gitu. Hahahaha.

Doktor A. Doktor B. Doktor C. Semua aku hormat dan kagum. Tapi yang salahnya adalah netizen yang suka mengadu domba. Screen shot dan bagi kat doktor lain. Hmmm. Sudah-sudah la tu netizen oi. Kenapa suka berbalah, caci maki, mengutuk, menghina. Dapat dosa lagi ada. Tak setuju dengan doktor tu pun, kau tak perlu melebih-lebih nak mengata. Kita ini siapa ye? Bukan doktor, bukan ahli farmasi. 

   Macam doktor A pernah cakap. Bidang perubatan ni luas. Bukan semata-mata ubat hospital sahaja. Boleh juga ikhtiar dengan perubatan alternatif. Doktor A sendiri mengaku dulu dia pun taksub habis ubat hospital dan perubatan hospital, langsung tak percaya rawatan alternatif. Tapi bila semakin berusia, matang, ditambah dengan pengalaman hidup, dia dah tak taksub dan skeptikal lagi. Lagipun aku dah jarang tengok doktor A ni promote supplement yang dia consume.

    Sebenarnya isu ni boleh settle cara baik baik lah, tak berbalas status di FB. Aku cuma tak mahu sampai kita hilang hormat dengan doktor-doktor kita ni. Masing-masing orang berilmu, berpendidikan tinggi. Respect each other guys. Hormat juga pandangan dan pendapat orang lain. 

   Kesimpulan aku pasal vitamin C. Yang terbaik makan buah je. Tak makan supplement pun takpe hehe. Nak consume jugak? Boleh tapi ikut keperluan badan je. Sehari tak sampai 100mg pun untuk orang dewasa. Jadi kalau nak consume yang jenis tablet dan lain-lain tu, jangan makan hari-hari. Biasa yang dijual di farmasi tu sebiji tablet ada yang sampai 500mg, 1000mg. Terlalu banyak tu.

Sedikit panduan :

Umur 0-5 bulan = 25g

6-11 bulan = 30mg

1-6 tahun = 30mg

7-9 tahun = 35mg

10-18 tahun = 65mg

Dewasa = 70mg

Wanita hamil = 80mg

Ibu menyusu = 85mg


      Hah itulah dia keperluan vitamin C dalam badan kita yang perlu ada setiap hari. Yang consume 500mg daily tu boleh la kurangkan dos atau makan 5 hari sekali ke hehe.

22 May 2021

PKP dan Syawal 2021

 Assalamualaikum.

   Waduh waduh. Lama betul guwe tak update blog ye. Takde lah busy mana tapi entah lah hahaha. Jadi hari ni menulis lah sikit bagi berseri blog yang kusam lama ditinggalkan ni. 

       Syawal tahun ini yang hambar. Sebab apa? Sebab PKP, tak boleh rentas daerah. Tak dapat balik Muar. Hampa memang hampa tapi terpaksa akur dengan perintah kerajaan. Apa pilihan yang rakyat ada? Demi mengelakkan penularan virus dan wabak, kami menurut perintah.  Walaupun kecewa tak dapat balik Muar beraya dengan mak dan abah, pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Positif.

     Bukan sahaja tak boleh rentas daerah dan negeri, ziarah raya walaupun rumah jiran pun tak boleh. Ada je yang langgar SOP pergi ziarah raya ke mana-mana, itu golongan degil. Dah terkena nanti baru tau. Aku padankan muka je hahahah. 

      Tahun ini aku aku teruskan 'tradisi' aku, ganti puasa di bulan Syawal straight dan bersambung dengan puasa 6. Tahun lepas aku tak dapat buat sebab sebulan aku kena ganti puasa. Nifas panjang jadi sebulan tak dapat puasa Ramadan. Semoga dipermudahkan untuk aku tahun ini. Puasa berturut-turut tanpa selang ni aku dah biasa buat sejak zaman anak dara dulu (umur belasan tahun). Walaupun cabaran sekarang menyusukan anak, tapi aku ok. Yang penting kena lah sahur.

        Nampaknya duit raya budak-budak tahun ini merosot turun sebab tak boleh beraya. Hehe. Keseronokan raya pun berkurang sebab tak boleh ke mana-mana, kena duduk rumah je. Padahal kita dah terbiasa bila raya je mesti ziarah menziarahi, eratkan silaturahim. 

     Oleh kerana itu, buat pertama kali aku beli bunga api untuk budak-budak, Ramadan hari tu. Main malam raya. Saja nak bagi budak-budak happy dan merasa suasana raya. Lepas tu pulak jiran-jiran pun main mercun das dan mercun merdeka tu. Lagi meriah. Seronok budak-budak termasuk mak budak ni hahaha. Aku siap beli lampu kelap-kelip tapi pasang dalam rumah je sebab nak tengok. Kalau pasang kat luar, tak dapat tengok sebab kita duduk dalam rumah je haha. Ketupat pulak memang wajib ada setiap tahun. Aku pun beli juga online je kat group wasap niaga. 

      Gambar raya pun wajiblah ada. OOTD pagi raya. Takpe lah beraya kita-kita je, gambar kenangan kena lah ada. Siap bergambar outdoor jugak raya ketiga hari tu. Jadi lah buat kenang-kenangan. 

      Sekolah pun dah PDPR semula. Dua minggu PDPR, lepas tu cuti sekolah penggal pertama dua minggu. Lepas itu barulah sekolah bersemuka. Kesian juga ye almost dua tahun sekolah 'online' je. Sampai UPSR dan PT3 pun dimansuhkan terus. Moga ada sinar baru lah untuk anak-anak kita nanti.

      Masa aku menulis ni, dah 10 Syawal 1422. Raya kan sebulan? Haha. Oh ye tahun ni pun takde beli kuih raya sangat. Biasanya memang mil rajin beli biskut-biskut raya. Tahun ni ada beli beberapa jenis je. Kerepek pisang yang aku beli masa puasa hari tu pun dah habis dimakan hehe. Oleh kerana tak boleh ziarah raya, memang takde isi kuih raya dalam bekas kuih raya. Hahah. Tahun lepas ada lah jugak bersusun bekas kuih raya kat meja ruang tamu kat depan. Kali ini? Hmm. Memang takde lah sebab takde orang nak datang pun. Hoho.

       Aku cuma berharap raya Haji nanti dapatlah rentas daerah. Mungkin hanya tinggal harapan je tapi aku tak putus berdoa agar kita dapat hidup macam biasa seperti dulu sebelum pandemik ini melanda. Sedih tapi tetap terus kuat dan utuh. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...