28 September 2022

Batuk Yang Berpanjangan

 Assalamualaikum. 

   Baru ni tadi aku scroll FB terbaca satu post kat group KSR (Kami Suri Rumah) tanya ada tak sesiapa pernah batuk yang sampai termuntah. Katanya dah makan bermacam ubat dah pergi klinik pun masih tak baik-baik lagi batuknya.

Bila aku baca komen, ramai rupanya yang ada pengalaman yang sama. Batuk berpanjangan berbulan-bulan. Ada yang sampai 6 bulan. Ada yang siap buat xray paru-paru lagi, jumpa pakar. Ada juga yang bagi tips elak duduk dalam aircond, jaga makan, jangan makan makanan yang boleh trigger batuk.

Sebenarnya aku pun baru je melalui fasa batuk berpanjangan hari tu. Aku tak ingat bila waktu yang tepat aku mula batuk. Rasanya lepas raya Aidilfitri. Ada la dalam 3 bulan atau lebih barulah aku betul-betul sembuh dan batuknya hilang terus.

Ada waktu paling teruk batuk aku hari tu hampir sebulan ye aku tak boleh tidur malam. Masa tu ada demam juga sekejap. Tengah malam je aku terjaga dan terbatuk-batuk. Gatal sangat tekak. Aku stand-by kat sinki. Keluarkan kahak dan kadang-kadang sampai termuntah. Biasanya dah keluar kahak, hingus pun ikut keluar. Hidung berair, mata berair. Tisu berpaket-paket, berkotak-kotak aku guna untuk lap hingus. Aku hanya mampu duduk dan merenung nasib hahahaha.  Nak baring pun tak boleh sebab hidung tersumbat. Lamalah duduk je berjam-jam. Kadang sambil main handset. Kadang-kadang sampai subuh aku tak tidur. Siangnya aku akan tidur antara pukul 9-12 tengahari. Dapat dua jam pun dah memadai. Waktu siang pun bila batuk teruk tu datang memang terus ke sinki atau bilik air la. Buang kahak dan kadang-kadang termuntah sekali. Habis keluar semua makanan yang baru makan sebelum itu. 

Aku tak ada makan ubat langsung. Madu pun aku tak makan. Sebab?

Dulu masa akhir 2017 masuk 2018 pun aku pernah kena batuk yang berpanjangan. 4 bulan aku 'menderita' batuk tak baik-baik. Bermacam ubat batuk aku telan, madu campur lemon, madu sahaja. Masih tak hilang ye batuk aku. Last2 aku tak makan apa-apa dah. Then batuk aku hilang sendiri tanpa aku sedar bila. Hahaha. Sakeng lama sangat batuk sampai tak sedar ehh dah sembuh lah, dah tak ada batuk lagi. Sama lah yang masa tahun 2022 ni. Tak perasan bila entah dah hilang batuk. 😆. 

Itulah ceritanya perihal batuk yang berpanjangan. Itu normal. Aku buat kesimpulan memang kuman tu degil dia nak duduk kat tekak berbulan-bulan sampai dia jemu baru dia pergi. Haha. Itu yang segala jenis ubat batuk ke, antibiotik ke semua tak jalan. 

Aku boleh cakap yang sebenarnya badan kita akan heal sendiri dengan izin Allah. Dah memang Allah dah tetapkan kau akan batuk selama sekian-sekian bulan dan akan sembuh sendiri. Kiranya salah satu ujian Allah untuk hambanya. Alhamdulillah kita boleh lepasi ujian itu. Aku percaya badan kita sendiri mampu melawan virus ke kuman ke walaupun tanpa bantuan ubat. Tak apa nak ikhtiar makan itu ini tapi tetap yang beri kesembuhan hanya Allah sahaja. Ia berbalik kepada keyakinan kita sendiri bahawa Allah Maha Berkuasa dan Allah Maha Menyembuhkan segala penyakit.

Bila ada orang tanya tips nak hilangkan batuk? Sekarang aku akan jawab, biar je nanti baik sendiri. Tapi lama lah nak tunggu baik tu. Kena banyak bersabar. Kekeke. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...