20 February 2011

Update from My Hometown

Assalamualaikum...

Salam hari Ahad dari bandar Labis, Johor. Hihi.Aku di bandar Labis. Di rumah tiada internet, jadilah aku katak di bawah tempurung, Hoho. CC di Felda aku tu pula tiada internet, Hampeh.

Asalnya tujuan utama aku nak mencari internet adalah kerana nak isi borang lapor diri. Pelajar Johor yang belajar di Mesir yang dah dibawa pulang ke Malaysia dikehendaki isi satu borang dan hantar ke emel YPJ.

Aku selamat tiba di tanahair pada Isnin lalu, 14 Februari 2011. Maaflah aku tak sambung cerita hari-hari terakhir di Mesir iaitu di Iskandariah dan tak cerita juga hari-hari di Jeddah. Aku memang ada tulis di Word tapi macam dah terlampau basi nak post kat blog aku ini. Huahuahua.

Dah tak ada idea nak tulis apa. Lagipun aku kejap je ni. Babai.

04 February 2011

Hari-hari Terakhir di Bumi Anbiya'

Assalamualaikum.

3 February 2011 - Thursday - 9.30 PM

Malam tadi jumpa mama (tuan rumah) dan bincang dengan mama pasal rumah dan sewa. AlhamduLillah, syukur sangat, mama rumah kami seorang yang sangat baik hati dan bertimbang-rasa. Dia suruh tinggal sahaja barang kami di rumah kami, dia sekeluarga tak akan usik. Dan dia tak akan sewakan rumah kami kepada orang lain. Misal kata dalam tempoh setahun kami tak balik sini, setahun akan dijaga rumah kami. Tapi mudah-mudahan tidak sampai setahun. Soal sewa juga mama kata suruh bayar separuh harga sahaja setiap bulan sepanjang ketiadaan kami di sini. Dan mama tidak suruh kami bayar sebelum kami pulang ke Malaysia, tapi akan datang bila dah balik ke sini semula baru bayar. Syukran mama, jazakillah khair.

Pagi hingga tengah hari aku tak berkemas pun, hahah. Sentiasa membaca dan mencari update tentang Mesir dan perpindahan pelajar dan rakyat Malaysia dari semasa ke semasa. Membaca akhbar-akhbar online. Sambil-sambil melipat pakaian dan susun di almari sahaja. Angah dah oder kotak kargo tapi tak sampai lagi. Itu yang aku tak start lagi nak mengemas dan susun dalam kotak. Hihi.

Menjelang tengah hari aku diserang bersin tanpa henti. Simptom influenza tahap kronik lagi kritikal. Tapi masih terkawal gitu. Ceh.

Lepas zuhur, kotak-kotak pun sampai. Aku, Angah dan Achik keluar rumah membuang sampah. Maklumlah, nak tinggal rumah lama, kemas rumah dan buang segala benda yang dirasakan sampah. :p. Lepas buang sampah, kami singgah kedai di mana kami bayar internet dengan dia. Si Arab. Kami nyatakan nak potong line internet Sabtu ini dan bayar sekali bil-bil tertunggak. Keke. Hari ini perintah berkurung bermula jam 5 petang. AlhamduLillah, kawasan rumah kami aman sahaja, tiada rusuhan dan demonstrasi.

Aku memang dah mula rasa tak sihat, bersin berulang kali. Baring-baringkan diri sampai la azan Asar. Then aku terus mengemas apa yang patut. hihi. Susun segala macam fail, buku dan kitab ke dalam kotak. Pakaian juga tak ketinggalan. Aku oder tiga kotak. Setakat ini dua kotak dah siap di 'seal'. Penuh dan agak berat wo. Ada lagi barang tak kemas. Maksud aku barang yang nak ditinggal di sini. Barang nak di bawa ke Jeddah dah siap kemas dan tinggal angkut je. Hehe. Berat barang dibawa tak boleh lebih 7 kilogram termasuk yang carry. Betul ke? Yang aku faham 7 kg itu just luggage (betul ke eja ni? haha).

Flu and fever. Mata aku rasa panas ni. Hidung merah, mata merah dan berair. Tadi Angah tegur, "Eh, Along? Tak sihat ke?". Aku jawab. "Haah." Alang pula berkata, "Hai, Along? Dah nak balik Malaysia ni, patut sehat dan gembira." "Tu lah, Along pun tak tau la, mata panas je ni". Kata aku sambil sentuh kelopak mata.

Khabarnya esok (Jumaat), rusuhan dan demonstrasi besar-besaran bakal berlaku lagi. Dan dari apa yang aku baca, mungkin lebih teruk daripada Jumaat lepas. Waktu bermula dah tentu selepas Solat Jumaat. Doakan keselamatan kami rakyat Malaysia di Mesir. Setakat ini sudah ada lebih seribu pelajar Malaysia yang telah dibawa keluar dari Kaherah dan ada yang telah selamat tiba di Jeddah (mungkin dalam 600 orang).

Ada kemungkinan line internet dan segala talian komunikasi akan disekat esok (bermula 12 malam atau pagi esok). Risau juga keadaan semakin meruncing. Selagi Presiden Mesir sekarang tak mahu letak jawatan, selagi itu Mesir akan terus bergolak. Kami juga ada mendapat arahan lakukan solat hajat mudah-mudahan Hosni Mubarak lekas-lekas letak jawatan.

Maaf lah aku tak sempat nak blogwalking sangat. Aku just baca di google reader, so tak boleh drop komen. Akhir kalam, terus doakan keselamatan dan kesejahteraan kami di Mesir. Moga kita sama-sama sentiasa dalam rahmat Allah dan di bawah perlindungan Allah. Ameen.

Sekian update untuk malam ini. Terima kasih. Heehee.


03 February 2011

Hari-hari Terakhir di Bumi Mesir (sambungan)

Assalamualaikum.

Glosari:-
Imarah = bangunan

1 February 2011 – Tuesday
Sudah masuk bulan baru. Khabarnya, pelajar Indonesia dan Thailand yang berada di Mesir akan dihantar pulang pada hari ini. Bagaimana pula dengan nasib kami pelajar Malaysia?
Sejak beberapa hari lalu, semua mesin ATM di Mesir tidak boleh keluarkan duit. Alang dan Angah selamat sampai rumah jam 2.30 petang. Hari ini tiada apa-apa berita terbaru. Keadaan tenang dan aman. Hehe, tak keluar rumah, tak tau lah keadaan di tempat lain. Kui3. :p

2 February 2011 – Wednesday
Khabar terbaru dari Al-Jazeera. PM kata akan bawa balik semua pelajar Malaysia. Dengarnya kerajaan Malaysia peruntukan RM13 juta bagi mengangkut semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir pulang ke tanah air. Sehari, kapal akan membawa 500 orang. Harap-harap bukan sekadar omong kosong. Auchh.

Berita lain yang ku dengar, khabarnya Institusi Al-Azhar akan ditutup selama setahun? Hampir terkeluar biji mata aku bila dengar. Betulkah? Aku mula mencongak umur berapakah aku akan kembali sambung pengajian. Aku hanya tinggal empat bulan sahaja sebenarnya akan habis belajar, lepas itu terus final exam. Ye, aku dah berada di tahun akhir. Pertengahan bulan ini akan start semester akhir.

12.00 PM: Line internet kembali ada. AlhamduLillah
Tanpa membuang masa aku terus call mak di Malaysia. Buka blog, facebook dan ym. Terima kasih kepada rakan-rakan di Malaysia yang concern dengan keadaan aku di sini. Terima kasih juga atas doa kalian. Moga kita semua sentiasa dalam perlindungan-Nya. Amen.

Setakat petang tadi, sudah ada ratusan pelajar perempuan yang dibawa pulang. Aku dan rakan-rakan yang berada di Mansurah hanya menunggu giliran. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, pelajar perempuan dan yang berkeluarga akan diberi keutamaan, akan dipindahkan dahulu. Yang terakhir akan dipindahkan ialah lelaki-lelaki bujang yang sihat wal ‘afiat.

Bagi kami yang berada di Mansurah, kami akan berkumpul di New Mansoura Hotel, Mansurah jam 10 pagi pada Sabtu ini, 5 Februari. Dari situ, akan bertolak ke Alexandria (Iskandariah). Dari Alex, akan terbang ke Jeddah. Dari Jeddah, akan belayar hingga ke Pelabuhan Klang atau Penang. Abang-abang tentera (errr??) yang akan membawa kami, kekeke. TUDM dan TLDM bergabung. *sambil teringat Son Goku + Bezita dan Son Goten + Trunks. Okay, tak ada kaitan.

8.00 PM: Kami naik tingkat atas, rumah mama dan baba (tuan rumah).
Kami jumpa mama, beritahu kami akan dibawa pulang ke Malaysia Sabtu ini. Berbincang soal sewa rumah dan barang-barang yang kami akan tinggalkan untuk tempoh setahun mungkin (atau kurang) bergantung kepada keadaan Mesir nanti. Sudah tentu bukan balik Malaysia untuk selama-lamanya, pasti akan ke sini lagi menyambung pengajian yang tertangguh.

Tuan rumah kami (orang Arab) sangat baik dengan kami. Sayangkan kami seperti anak sendiri. Terdapat dua buah rumah di imarah ini yang disewakan untuk pelajar Malaysia perempuan. Rumah aku ada lima orang, rumah sebelah ada enam orang. Sedih sebenarnya nak tinggalkan bumi Mesir ini walaupun akan kembali lagi. Entah, rasa lain. Seronok nak balik Malaysia tapi dalam masa yang sama, sedih nak tinggalkan Mesir.

p/s: masih belum siap mengemas barang.

02 February 2011

Hari-hari Terakhir di Mesir.


Glosari:-
Jawazat = Imigresen
Iqamah = Visa
Suq = Pasar
Utubis Dauli = Terminal Bas Negeri
Tremco = Sejenis kenderaan awam seperti van.
Rumah KL = Satu bangunan yang menempatkan anak-anak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berada di Mesir umumnya, Kaherah khasnya. *Setiap negeri mempunyai rumah BKAN masing-masing di Kaherah. BKAN = Badan Kebajikan Anak-anak Negeri.
Musyrif = Pelajar lelaki/ ikhwah (dipanggil ustaz) yang dikehendaki meneman/ penunjuk jalan. (pelajar perempuan/ akhawat tidak dibenarkan berjalan di luar pada waktu malam melainkan ditemani musyrif).
Sabiek = Hayyu Sabiek = Seksyen Tujuh.
DPM = Dewan Perwakilan Mahasiswa/ Mahasiswi

26 January 2011 – Wednesday
Hari yang sangat sibuk. Bangun awal untuk masak sarapan. Lepas sarapan, sidai kain. Then potong ayam, goreng ayam.
9.00 AM: Pergi Jawazat tapi masih tak dapat cop iqamah. Cis. Terus pergi suq, beli cili kering, then pulang ke rumah.
11.00 AM: Sambung memasak. Habis masak, kemas-kemas beg nak balik Kaherah. Makan tengahari merangkap malam jam 3.00 PM.
4.00 PM: Keluar rumah bersama Alang dan Angah menaiki taxi menuju ke Utubis Dauli.
4.45 PM: Tremco bergerak meninggalkan Kota Mansurah menuju Kota Kaherah.
7.30 PM: Tiba di Ramsis, Cairo. Menunggu musyrif untuk balik ke Rumah KL, Sabiek.
8.30 PM: Menaiki tremco menuju ke Sabiek.
9.30 PM: Tiba di rumah KL.
10.30 PM: Aku ‘syahid’ lebih awal daripada Angah dan Alang.

27 January 2011 – Thursday
7.30 AM – 3.00 PM: Kursus Komputer dan Laptop
Pada hari ini, line internet di semua ceruk di Mesir telah diputuskan oleh kerajaan Mesir. Langsung tidak boleh acces internet tak kira lah guna wire network, broadband dan handphone. Rusuhan dan demonstrasi secara besar-besaran dikhabarkan akan berlaku di sekitar Kaherah, Mansurah dan Iskandariah sebaik sahaja selesai Solat Jumaat esok hari.

28 January 2011 – Friday
Line internet masih tiada. Jam 9.00 pagi, line telefon pula diputuskan oleh kerajaan Mesir. Hanya emergency call sahaja yang boleh digunakan. Semua dinasihatkan duduk di rumah sahaja demi menjaga keselamatan. Kawasan yang amat bahaya adalah di sekitar Tahrir, Ramsis dan sebahagian lain di Kaherah.
Tengahari, kami dapat melihat orang-orang Arab berarak melalui jalan depan rumah KL sambil melaungkan ayat-ayat. Tapi mereka bergerak dan membuat demonstrasi secara aman sahaja tanpa membuat huru-hara.
Malam. Pegawai Rumah KL membuat pengumuman di surau rumah KL. Amanat dan pesanan beliau;
1-     Sediakan satu beg berisi passport, kad pengenalan, duit sijil-sijil dan apa saja dokumen penting. Jika tiba-tiba berlaku sesuatu, contoh; kena pindah atau lari, tinggal capai beg itu tanpa perlu kelam-kabut baru mahu mencari di ceruk-ceruk rak buku ke, laci ke fail ke.
2-     Perintah berkurung akan diisytihar pada bila-bila masa sahaja memandangkan keadaan Mesir yang mula tidak aman. Maka perlu menyimpan stok makanan sebanyak mungkin. Ada kemungkinan juga stok makanan dan sumber asasi akan kehabisan di kedai-kedai.
3-     Jika keadaan semakin buruk, kemungkinan besar semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir akan dihantar pulang ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang tentera.




29 January 2011 – Saturday
7.30 AM: Kursus Komputer dan Laptop hari kedua (hari terakhir). Aku mula rasa tidak sihat. Pening kepala sangat-sangat. Akhirnya jam 10 pagi aku surrender, tinggalkan laptop dan naik ke atas. (kursus diadakan di surau, tingkat bawah sekali). Aku pesan kat Angah suruh bawak naik laptop aku setelah habis kursus nanti.
Pada hari ini line telefon kembali ada, namun line internet masih lagi diblock dan disekat oleh kerajaan Mesir.
Kerajaan Mesir mengisytiharkan perintah berkurung bermula jam 4 petang hingga 8 pagi setiap hari berkuatkuasa mulai hari ini.
Malam. Aku sudah kembali sihat dan pening kepala sudah hilang selepas menelan beberapa biji panadol.
Mendapat arahan daripada Pengerusi DPM Mansurah, menghalang mana-mana pelajar yang berada di Kaherah daripada pulang ke Mansurah atau sesiapa yang mahu keluar dari Mansurah. Seminggu tidak boleh keluar dari muhafazah (daerah/negeri) masing-masing.

30 January 2011 – Sunday
Degil. Aku dan beberapa rakan nekad mahu pulang juga ke Mansurah walaupun dilarang. Wakaka.
11.00 AM: Kami menaiki taxi menuju ke Ramsis. Kereta kebal berada di mana-mana. Kereta kebal askar Mesir berwarna kuning. Kau pernah ke tengok kereta kebal bersepah-sepah di jalan raya di Malaysia secara live? Takut, cuak atau gerun?
Tiba di Ramsis.  Hairan dan pelik. Tiada satu biji tremco ataupun peagot di Ramsis. Sebelum keluar dari rumah KL tadi aku telah dengar rumor mengatakan perkhidmatan bas dan tremco keluar dari kawasan Kaherah telah dihentikan. My bad. Rupanya bukan khabar angin. Kami menuju ke terminal bas. Memang benar dihentikan perkhidmatan bas tapi tak pasti untuk berapa lama.
Di satu lorong kelihatan kawasan kesan kebakaran. (mungkin baru berlaku malam tadi). Beberapa buah kereta terbakar termasuk satu trak polis. Nampaknya bukan sekadar rusuhan biasa tapi agak ekstrem.
Kami menaiki bas menuju ke Abud. Di Abud juga terdapat bas atau tremco untuk pulang ke negeri lain selain Kaherah. Masih ada alternative lain.
Akhirnya kami dapat menaiki satu tremco untuk pulang ke Mansurah (itupun kami terpaksa berebut dengan orang Arab demi mendapatkan tempat). Dan tambangnya jauh lebih mahal daripada biasa iaitu LE30. Biasanya LE11 sahaja. Kami tiada pilihan.
3.00 PM: Tiba di Mansurah tetapi kami diturunkan di Mauqaf Jadid, Talkha, bukan betul-betul di Bandar Mansurah. Dari Mauqaf Jadid, kami menaiki tremco menuju ke Dirasat.
Tiba berhampiran di Masjid Putih, Mansurah, kenderaan tak boleh lalu kerana orang-orang Arab sedang membuat demonstrasi  di jalanraya. Maka tremco terpaksa melalui jalan lain.
Bukan di Kaherah sahaja terdapat banyak kereta kebal dan askar-askar mengawasi, di Mansurah pun sama. Bank HSBC telah dipecahkan dan mengalami kerosakan yang teruk. Ada sebiji kereta kebal bersama beberapa orang askar mengawal dan mengawasi kawasan bank HSBC.
AlhamduLillah aku selamat tiba di rumah jam 4 petang.

31 January 2011 – Monday
Aku hanya duduk di rumah, tak keluar. Basuh baju dan kemas bilik. Heheh. Line internet masih disekat. Tak tahulah sampai bila. Topup semua dah kehabisan di kedai-kedai. Alahai. Di waktu darurat begini, memang susah nak mendapatkan kredit, topup dan sebagainya. Tak boleh nak call family di Malaysia kerana tiada internet. Kadang-kadang aku cemburu tengok kawan-kawan aku yang mak ayah call dari Malaysia untuk bertanya keadaan. Mak dan abah tak nak call aku ke? Tak nak tanya keadaan aku ke, selamat ke tak? (T_T).
Kemungkinan besar kami semua akan dipindahkan ke negara berdekatan yang lebih aman. Mungkin Jordan atau Syria. Jadi kena sentiasa bersiap sedia. Bila-bila masa arahan untuk berpindah akan keluar. Tak tahu atau tak pasti berapa lama kami akan jadi ‘pelarian’ di negara orang.
Setiap orang hanya dihadkan bawa beg berisi barang seberat 10 kilogram. Maka, susun dan plan lah dengan bijak barang apa yang paling penting untuk dibawa. Ngeee.
Mereka yang berkeluarga akan diberi keutamaan. Jika benar akan dipindahkan, akan melalui beberapa peringkat; 1) Yang berkeluarga, ayah, ibu, anak atau sebagainya. 2) Perempuan. 3) Lelaki.


bersambung....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...