28 February 2017

Emas Sebagai Simpanan part 2

Assalamualaikum.

   Hari terakhir February. Update blog la bagi aktif semula walaupun zaman kegemilangan blogging dah lama berlalu. Hahaha.

   Sambung cerita pasal Emas la deyy. Nak ceritanya, duit raya dan duit orang sumbang untuk Jannah dan Naim memang aku lah pegang. Konon-konon nak masuk dalam bank la, bukakan akaun untuk mereka. Tabung Haji ke, Agro Bank ke, Maybank ke. Tapi tak jugak pergi bank. Abah nya sibuk dengan macam-macam kerja dan hal. Sudah nya aku pun dah terguna semua duit anak-anak untuk beli barang cash. Tapi aku ganti balik tau.

     Aha, aku ganti dengan emas. Kalau ganti dengan duit jugak jawab nya aku akan terguna lagi. Emas yang sama nilainya dengan duit mereka yang aku terrrpakai. Hahaha. Alhamdulillah dah settle hutang aku, semua duit Jannah dan Naim aku dah tukar kepada simpanan emas. Gold bar, dinar emas dan syiling emas. Dah settle hutang dengan anak-anak baru lah aku simpan emas untuk diri sendiri. Alhamdulillah berjaya. Haha.

    Jadi sampai sekarang aku maintain beli emas 999 setiap bulan. 1 gram 1 bulan 1 keluarga motto power gold. Time ada duit lebih, beli lebih. Ha gitu. Masa bulan Disember tahun lepas turn aku dapat Kutu ribu riban (main banyak group), cepat-cepat aku beli emas. Termasuk langsaikan hutang aku dengan Jannah dan Naim. Hoho. Emas ni aku beli aku dapat emasnya. Dapat pegang dan simpan. Bukan melabur atau beli emas tapi emasnya tak nampak atau tak dapat (syarikat pegangkan). Emas tulen ok.

    Harga emas pun dah makin naik. Dijangka pada tahun 2020 nanti harga emas 1 gram RM500! Sekarang pun dah RM205 (harga ahli) segram. Wow. Kalau 20 tahun lepas harga nya baru RM50 segram, sekarang ni main ratus-ratus lah. Makin lama makin mahal. Itu yang orang kata, emas untuk orang kaya je sebab hanya orang kaya dan banyak duit je boleh beli. Pada hal tak semestinya. Kalau nak tunggu kaya baru nak beli emas, alamatnya memang tak kan beli ler.

     Konsep menyimpan yang sebenar adalah tolak dahulu 10-30% daripada pendapatan atau gaji setiap bulan, selebihnya baru lah dibelanjakan. Bukan dah belanja, kalau ada lebih baru simpan. Biasa nya memang tak akan ada lebihan tu, mesti habis punya lah. Tolak awal-awal 10-30% untuk simpanan atau tabungan, kemudian baru lah bayar segala komitmen (hutang, bil, barang keperluan dan sebagainya).

   Cara aku, aku tolak 10-30% tu tukar jadi simpanan emas. Kalau simpan dalam bentuk Wang, dikhuatiri aku yang boros ni kang ada terguna pula. Hahaha. Kalau dah jadi emas, mustahil lah nak terrrguna. Payah tu. Nak kena pergi pajak gadai lah pulak untuk tukar jadi duit. Sayang pun sayang, baik simpan. Aha, main psikologi kat situ.

     Jadi bagi sesiapa yang ada sifat boros macam aku ni, aku syorkan kome beli lah emas dan buat saving emas. Gerenti boleh kawal keborosan anda. Haha. Ataupun ada yang simpanan asyik bocor. Punca bocor sebab nafsu nak shopping. Ada juga yang macam ni tau.

   Takut kena keluar kan zakat bila simpan emas? Alahai. Bayar je la bukan banyak pun kena. Itu kalau simpanan kau dah cukup haul dan nasabnya. Selagi belum cukup, belum layak pun kena bayar zakat. Ada la kiraannya. Boleh rujuk website zakat negeri masing-masing ye. Setiap negeri berbeza cara pengiraannya. Macam aku sendiri masih belum layak. Makna kata simpanan aku masih sedikit. Hehe.

    Mungkin akan bersambung part 3. Hahaha. Kbai .

23 February 2017

Kenangan Mengusung Rindu

Assalamualaikum.

   Malam tadi balik JB naik kereta Livina. Ada radio. Haha. Maklum ler, kereta lagi satu tu tak tahu macam mana nak set up frekuensi baru. Ulang-ulang lagu yang sama je daripada CD.

   Macam biasa pilihan pure Johorean mesti lah bestfm. Hahaha. Lagu lama dan baru diorang akan mainkan. Aku pun mengharap best nya kalau keluar lagu Mengusung Rindu. Dah lama tak dengar. Walaupun boleh je cari kat YouTube tapi feel dengar dari radio ni lain weh. Boleh berangan sambil mengimbau kenangan silam. Koh koh koh.

    Nak dekat sejam perjalanan, tetiba betul-betul lagu Mengusung Rindu di mainkan. Dengar je intro aku minta zauji kuatkan sikit volume. Hahaha. Secara automatic mengimbau kenangan 17 tahun dahulu ketika lagu ini baru keluar dan popular. Tahun 2000 masa aku form 3.

   Ada cerita di sebalik rakaman lagu ini di studio. Aku baca kat majalah. Masa arwah Achik (Al-Fatihah) tengah rakam lagu ini, dia macam ternampak kelibat arwah Along Spoon (al-Fatihah) di satu sudut. Asalnya lagu ciptaan Eddie Hamid ini memang untuk kumpulan Spoon. Kiranya macam kesinambungan lagu Rindu Serindu Rindunya dan Memori Sekuntum Rindu. Dah takdir pula vokalisnya mati kena bunuh, maka lagu ini disimpan sementara. Akhirnya jadi rezeki kumpulan Spin untuk dapat lagu ini. Memang meletup habis zaman tu. Zaman lagu tangkap leleh katanya.

   Lagu ini jugak aku kerap bawa masa karaoke. Hahaha. Kawan aku kata aku jiwang karat. Lantak la. Memang aku suka layan lagu jiwang jugak walaupun aku peminat rock. Ceh. Itu cerita 10 tahun lepas lah zaman muda mudi Zaman bujang layan karaoke semua. Sejak balik dari Mesir aku dah tak pernah lagi masuk pusat karaoke tak kira la karaoke jamban ke karaoke exclusive ke. Huahuahua.

Dalam hati ini ada namamu
Nama seorang insan yang aku rindu
Dalam jiwa ini ada sayangmu
Sayangnya dirimu tidak mengerti

Dalam senyum ini ada tangisan
Tangisan seorang insan terluka
Dalam jiwa ini ada pilunya
Pilu yang membuat aku menangis
Oh hibanya

06 February 2017

Emas Sebagai Simpanan

Assalamualaikum. 
   Tenggaroh in da house. Cuaca agak panas dua tiga hari ni. Tak hujan. Alhamdulillah. Duduk dalam rumah je pun tak kena panas. Haha.
     Aku adalah seorang yang agak boros. Selagi ada duit, selagi itu ada saja benda nak dibeli. Bila dah habis duit, mulalah aku ternganga. Hahaha, padan muka. Aku tak berapa reti nak berjimat dan menyimpan. Dah menyimpan, mesti akhirnya duit itu digunakan atau dibelanjakan. My bad.
   Oleh itu aku rajin lah main kutu. Main banyak group lah. Sejak tahun 2013 aku join banyak kutu. Salah satu kutu barang kemas. Alhamdulillah aku pakai sampai sekarang. Kutu duit? Hmm akhirnya habis juga dibelanjakan.
   Aku suka shopping online. Maybank2u ni memang bahaya dan berpuaka sikit bagi kaki shopping macam aku. Tapi barang atau benda yang aku beli, aku memang gunakan dan pakai. Tak ada istilah membazir. Macam pakaian (baju, tudung dll), tupperware, cadar dan banyak lagi lah.
    Sekitar Ogos 2016 aku terpandang iklan pasal emas murah dari kilang katanya (group facebook). Wah menarik. Fitrah orang perempuan memang suka benda yang cantik. Emas perhiasan adalah salah satu benda cantik dan mewah yang biasanya menjadi kegemaran orang perempuan. Dulu aku tak hairan langsung pasal emas. Tak ada pun tak kisah. Tapi sejak berkahwin, aku dah jadi pencinta emas. Wah gitu. Tapi definisi emas dalam kepala aku cuma barang kemas 916.
     Bersambung cerita iklan tadi. Aku pun tinggalkan no telefon untuk orang tu add dalam group whatsapp. Dua hari kemudian barulah aku di add ke group. Aku dah tak sabar nak tahu harga murah betul ke. Tak beli pun takpe, nak cuci mata sambil kumpul duit nak beli. Hahah.
     Lepas admin perkenalkan diri, dia pun cerita pasal pakej dan jadi ahli. Aku masih samar-samar. Yang aku faham, dah jadi ahli dapat harga lebih murah dari pasaran. Lepas tu admin cerita pasal pakej stokis pulak. Dapat emas free, bonus tajaan dan pelbagai bonus lagi. Menarik tapi bapak mahal yang pakej stokis tu.
    Aku personal whatsapp En Admin. Macam-macam aku tanya. Aku dah menunjukkan minat nak join. Bincang punya bincang aku pun setuju nak jadi ahli pakej Solid Gold x 3. Dah buat payment semua, kami setuju untuk berjumpa di rumah bagi membolehkan beliau menyerahkan emas free by hand. 1/4 dinar tiga keping.
     Selepas join PG ni lah baru fikiran aku terbuka sikit pasal emas. Bukan setakat emas 916 je boleh kumpul, 999 pun boleh. Dan macam-macam info aku dapat dari group whatsapp tu. Cuma aku ni tak reti nak kembangkan networking. Maksudnya ajak orang lain simpan emas jugak. Jadi aku jadi ahli biasa je beli emas untuk simpanan sendiri.
   Guess what. Aku dah mula menabung emas 999. Aku tukarkan wang simpanan ke dalam bentuk emas. Jadi tabiat suka shopping aku dapat dikawal. Alhamdulillah. Allah yang gerakkan hati aku untuk tinggalkan nombor telefon dan aku pun di add ke dalam group emas. Lagipun emas boleh diwariskan. Emas tak akan susut nilainya malah semakin naik. Emas juga laku sepanjang zaman.
    InsyaAllah satu hari nanti aku nak upgrade jadi stokis. Entah bila tak tahu lah, hahaha. Modal besar. Kena tunggu orang hutang aku settle kan hutang, baru lah dapat. Tapi... hmmm... entah bila tak tahu lah. Berdoa je lah moga mereka murah rezeki dan dapat langsaikan hutang aku.
   Ok lah bersmbung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...