10 July 2017

Logik Lagu 'Bangau Oh Bangau'

Assalamualaikum.

     Tertanya-tanya juga, siapakah pencipta lagu rakyat kanak-kanak yang bertajuk 'Bangau Oh Bangau'. Aku Google pun tak jumpa. Yang pasti lagu ini sudah berpuluh tahun wujud dan masih relevan didengari dan dinyanyikan sehingga kini.

    Sebenarnya dari kecil dulu aku telah berfikir dan tertanya yang lagu ini tidak berapa logik ceritanya. Haha. Mungkin ramai juga yang berfikir seperti aku.

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus ikan tak nak timbul ikan tak nak timbul
Ikan oh ikan kenapa tak nak timbul
Macam mana aku tak timbul rumput panjang sangat rumput panjang sangat
Rumput oh rumput kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku kerbau tak makan aku

  Di sini lah bermula tak logik. Rumput yang dimaksudkan bukan ke dalam laut/ sungai, tak kan kerbau makan rumput di dasar laut atau sungai? Aku pun fikir agaknya kawasan bendang kot ni. Sawah padi. Yang ada parit-parit tu. Kan cetek je. Bangau-bangau selalu bertenggek di situ.

Kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput
Macam mana aku tak makan, perut aku sakit, perut aku sakit
Perut oh perut kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah makan nasi mentah

    Aik? Kerbau makan nasi ke? Kan makan rumput? Tak kan lah tadi cerita kerbau, bila sampai cerita perut terus tukar jadi perut manusia? Di manakah logik? Hahaha.

   Ok cuma dua rangkap ni je yang tak berapa logik. Pasal rumput panjang kerbau tak makan dan perut makan nasi mentah. Yang lain semua ok lah. Kayu api basah, hujan timpa kayu, katak panggil hujan, ular nak makan katak.

   Apa pun, kira kreatif la pencipta lagu ini, boleh kaitkan dengan binatang yang ada dengan alam semulajadi yang berada disekeliling kita dan dekat dengan manusia. Katanya lagu ini sebenarnya sindiran untuk golongan yang suka menyalahkan orang lain tapi salah sendiri tak nampak atau tak mengakui salah sendiri.

    Bila difikir juga, bangau sememangnya kurus, ada ke bangau yang gemuk? Kalau gemuk kang tak seimbang dan tak stabil kaki dia tak dapat menampung berat badan dia kalau gemuk atau terlebih berat. Ngehehe.

7 comments:

Cikchili said...

Kerbau atau lembu kdg2 org bgi mkn nasi jgk. Dlu sy prnh ke rmh kwn sy di klantan. Ayh kwn sy tu bagi lembu mkn lebihan nasi semalam.. dia cakap utk tumbesaran lembu tu..

Seimura said...

Ohh yeke. Wah baru tau ni hehe.

Unknown said...

Saya penah tfikir..pagi ni merupakan sindiran halus kpd pemerintah oleh rayat biasa satu ketika dulu..semua org salahkan bangau ( rayat ) kerana myalahkan ikan tidak timbul..namun belum penah org salahkan penyoal y(m pemerintah/bos ) kenapa bangau kurus

Unknown said...

pernah dengar lagu ni tak? 1 2 3 si koboi naik kuda, sampai rumah raja digigit anjing gila. Apa obatnya obatnya senang saja, ambil daun pisang di pukul pantatnya PET PET!😂🤣 Pernah dengar tak?

Unknown said...

Budu MENGAPA OUTOMATIC SALAH LIRIK NI OII Saya komen bukan macam tu lah SIAL WEBSITE

Seimura said...

Oii lagu apakah itu? Aku tak pernah dengar pulak. Haha.

Seimura said...

Ya betul lah tu. Pernah juga terbaca, sindiran halus untuk pemerintah. Wallahu a'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...