Assalamualaikum. .
Wah tajuk tak boleh blah. Dunia hari ini orang terlalu pentingkan Bahasa Inggeris. Seolah-olah macam ni, kau pandai speaking, cerahlah masa depan kau. Hohoh.
Sebenarnya Bahasa Arab lagi penting. Bahasa Al-Quran tu. Bahasa syurga. Aku tak ada lah mahir sangat berbahasa Arab. Orang awam yang tak sekolah Arab pun kena tahu lah sikit-sikit yang asas. Kalau tak mau belajar, bertanya pada orang yang ahli.
Ada banyak cabang daripada topik ini yang boleh dikembangkan dan dibincangkan. Tapi aku cuma nak sentuh pasal 'nama'. Nama khas. Nama orang atau nama tempat (contoh nama sekolah).
Nama orang. Kita mesti selalu dengar nama Aidil. Biasanya sebab orang tu lahir mass hari raya lah. Aidilfitri atau aidiladha. Tapi hanya 'Aidil' sahaja diambil. Sebenarnya nama itu tiada makna dan salah dari segi tatabahasa. Aidil berasal dari perkataan 'aid yang bermaksud hari keraian atau hari raya. عيد. Bila disambung jadi Aidilfitri عيدالفطري. Ada tambah ال . Dah kalau Aidil macam mana pula ejaan Jawi atau Bahasa Arab nya? عيديل? Atau ايديل? Itulah pentingnya tahu sikit asas Bahasa Arab. Kalau tak tahu, tanya lah pada ustaz ke, tok imam ke atau sesiapa saja yang tahu Bahasa Arab. Nak bagi nama anak bukanlah setakat sedap didengar ada bunyi Arab kononnya tapi maknanya salah atau tak ada makna. Silap-silap bawa makna yang buruk pula.
Berhati-hati kalau nak beri mama anak yang berakhir dengan 'ul' atau 'il'. Contoh; Khairul, Khairil, Shahrul, Nurul. Kalau nak guna, kena ada sambungan lagi satu nama di belakang. Contoh Khairul Anwar. Mohd Khairul tak sesuai. Khairul berasal dari perkataan Khair yang bermaksud kebaikan. خير. Contoh خيرالانوار (sebaik-baik cahaya). Kalau Mohd Khairul محمد خيرول. Salah tu.
Beberapa tahun lepas lah aku ada dipelawa jadi guru tasmik satu sekolah tahfiz swasta yang baru ditubuhkan. Pengasasnya hanya cikgu biasa yang bukan sekolah Arab pun. Itu tak apa la. Silapnya dia tidak bertanya kepada orang yang ahli masa dia cari nama untuk nama sekolah. Bunyi macam sedap. Bunyi Arab. Tapi tatabahasanya salah. Agak aib lah kalau sekolah Tahfiz nama Arabnya salah. Adess.
Masa mula-mula aku dengar nama sekolah tu aku dah rasa pelik. Then masa hari pertama dikumpulkan semua murid dan tenaga pengajar, ada seorang ustaz ni tegur ejaan nama sekolah yang tak kena dan salah. Aku pun turut menyokong. Haha. So ejaan nya pun ditukar. Nak tahu ke apa nama sekolah tu? Hahaha.
Nama asal Hudatul Islam هدةالاسلام. Bukan semua perkataan Arab tu boleh letak ta' marbutah ة untuk melambangkan itu isim muannas atau nak disambung dengan ال. Perkataan asal adalah هدى. Jadi ejaan yang betul adalah هدى الإسلام Huda Al-Islam.
Jadi itulah serba sedikit perbincangan hari ini ye tuan puan. Lain kali sambung. Hahaha. Anak aku dah bangun. OK bai.
No comments:
Post a Comment