Assalamualaikum..
Salam Syawal 1437. Dah kenapa aku petik tagline media prima sempena Ramadhan Syawal jadi tajuk entri ni? Hahaha. Pinjam jap ye. Kekeke.
Alhamdulillah hari ni dah 8 Syawal. Hari ketiga aku puasa enam. Oleh kerana Ramadhan hari tu aku dapat puasa penuh, jadi aku tak ada nak kena ganti puasa. Terus dapat buat puasa sunat. Tak rushing la nak kejar. Kalau tak, huh 2 Syawal aku dah mula qadha puasa. Hoho.
Naim dah 8 bulan aku masih belum period. Masa Jannah dulu ngam umur dia 6 bulan aku pun period kali pertama selepas bersalin. Hehe. Rezeki la dapat puasa penuh lagi. Weeee. Alhamdulillah.
Asam garam kehidupan, ada orang suka, ada orang tak suka kita. Buat tak tahu saja lah. Lantak la orang nak mengata, jaja keburukan kita, buka aib kita kat semua orang, jangan dibalas. Malu memang lah malu. Tapi Allah kan ada. Dia Maha Mengetahui. Hidup kita ni berputar macam roda. Suatu hari kalau kena pada diri sendiri, barulah sedar agaknya. Dulu mengata orang, nanti bila susah pada siapa nak minta tolong?
Eloknya berlapang dada sahaja bila menerima teguran. Bukan meroyan dan memberontak. Positive dan jangan rosakkan hati dengan dendam dan hasad. Kita ada masalah dengan hati kalau tak boleh ditegur. Sudahlah marah dan meroyan, dibabitkan pula orang lain yang tiada kaitan? Adakah hati kita puas bila dah memalukan orang lain dengan menjaja keburukan dan kelemahan orang lain? Biar orang tu sakit hati. Biar semua orang tahu dan kita rasa menang kah? Sebenarnya hati kau akan lebih sakit bila orang tak layan dan buat tak tahu je. Kah!
Umur dah bertambah, sepatutnya bertambah matang dan rasional. Bukan ikut telunjuk emosi yang sedang marah bila berkata atau menulis status. Dari situ orang dah boleh menilai sebenarnya perangai kau lagi buruk sebab mengumpat dan memfitnah secara terang-terangan. Dasar mulut jahat. Sabar saja lah.
Hidup ni jangan asyik tak puas hati dengan orang. Rilek rilek je sudahlah. Jangan ada dengki atau iri hati. Sentiasa bersyukur. Jangan sampai kufur nikmat. Hati tu tolong bersihkan. Haha.
Tak apa lah orang buat kita jangan kita buat orang. Doakan yang baik-baik saja.
No comments:
Post a Comment