18 July 2016

Selagi Masih Bulan Syawal

Assalamualaikum. 
   Yosh 13 Syawal hari ni. Baru nak sambung puasa hari keempat. Hari tu dah rehat lama gara-gara pergi Kuantan dua hari. Dah alang-alang sambung tak puasa hari Sabtu Ahad.
    Setakat ini masih belum beraya mana-mana rumah kenalan di JB. Busy benor pak ostad dengan urusan car wash. Aptb. Collection duit raya anak tahun ni agak merosot. Hahaha. Sebab tak banyak beraya ataupun ekonomi meleset. Ok la Syukur Alhamdulillah. Aku pula bukan jenis suka nak jemput orang datang rumah beraya. Siapa nak datang just bagitau je. Sedia je menerima kunjungan. Tapi kalau kata nak menjemput atau mengundang tu, memang tak la. Itu bukan aku. Kakaka.
    Biasanya kalau dah kata jemput lah datang rumah beraya, mesti tuan rumah akan masak sesuatu yang special atau apa yang termampu makanan berat macam mihun goreng ke. Bukan setakat kuih raya. Dan aku tahu aku tak boleh nak sediakan apa-apa kerana kekangan baby. Yes aku tak mampu dan tak boleh. Naim dah mula memanjat dan berdiri (berpaut). Tak boleh ditinggal Kang jatuh. Perlu diperhatikan dan dijaga setiap masa. Belum masuk lagi bab kalau masa-masa tertentu mood dia tak elok merap je dengan maknya. Memang aku tak boleh dan tak akan masak sesuatu untuk tetamu. Kalau nak bagi makan berat, aku order delivery je. Hahaha.
    Biskut raya pun takde beli derr. Hahaha. Ada la kerepek sikit beli. Ada jugak orang bagi. Tahun-tahun lepas pun mana beli biskut raya. Yang ada yang mak bagi je. Itu pun sampai habis Syawal still tak habis lagi kuih raya sebab tak ada orang datang sangat pun. Budak-budak pun tak ada. Lain la kalau kampung, ada je budak datang beraya walaupun tak kenal. Hahaha. Beza memang berbeza.
   Open house? Dulu-dulu ada juga lah buat. Ingat lagi 2012 kongsi-kongsi dengan kawan merangkap jiran kat kuaters. Best jugak la masa tu. 2013 tak ada buat. 2014 buat kat pusat rawatan tapi jemput anak murid pak ostad je. 2015 tak ada. 2016? Macam tak ada jugak je. Hahahah. Hambar.
    Aku tak ambil kisah pasal beraya ke open house. Yang penting misi aku untuk puasa enam, itu je. Haha.
  
  
   
   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...