14 February 2022

Bila Dah Lama Tak Tulis Blog

 Assalamualaikum.

   Lama betul tak ada entri baru. Aku paksakan diri untuk menulis juga hari ini. Azamnya nak kembali aktif sekurang-kurangnya satu entri sebulan. Kita tengok nanti jauh mana perginya hahaha.

   Jadi entri kali ini agak random dan tak ada tajuk khusus pun. Mungkin tak ada kaitan pun dengan tajuk. Tapi boleh buat tajuk kecil kot haha gitu.

Tajuk kecil : Mulia Sangat ke Perempuan Berniqab Tapi Kerap Upload Gambar di Media Sosial?

Amboi kemain panjang tajuknya. Straight to the point lah. Aku tak perasan sejak bila aku ada friend dengan seorang kenalan Facebook ni seorang perempuan berniqab penuh yang semua serba hitam tu. Dulu sekolah pondok.

Kerap pula status FB dia naik di suapan berita FB aku. Masa awal-awal tu ada status dia macam persoalkan kenapa perempuan tak nak pakai niqab. Pada dia niqab tu wajib untuk tutup wajah cantik. Siap bagi dalil semualah. Aku masa tu dah start rasa annoying tapi ku biarkan berlalu pergi. Post seterusnya pasal Ustazah Asma Haron. Mula-mula dia skeptikal dan tak berapa suka dengan UAH hanya sebab ustazah tu tak pakai niqab. Kemudian ibunya menasihati, barulah dia ok, dengar semua ceramah ustazah dan beli buku-buku tulisan ustazah. Kira dah jadi peminat tegar UAH la.

Post-post seterusnya agak peribadi dan tak matang (dia lahir tahun 1994). Konon-konon tanya pendapat. Bila bergaduh mulut dengan suami, suami suruh buka niqab, adakah perlu buka niqab? Ini aku ringkaskan je sebenarnya panjang lagi dia membebel tu. Aku tengok ruangan komen ramai la nasihat, masalah dalam rumahtangga tak perlu tanya pendapat di media sosial, aib rumahtangga tu. 

Tak berhenti di situ ye post seterusnya masih bahas benda sama iaitu niqab. Bila dia dah berbaik semula dengan suaminya, terus dipadam post-post 'mengadu' dan minta pendapat tu. 

Katanya sedang menulis buku/ novel. Masih belum siap. Tahun ini juga nak siapkan dan terbitkan. Entahlah sembang kencang ke apa. Post-post terbaru ni pasal vaksin anak-anak pulak (dia tolak vaksin). Lagi hebat siap ajar bagaimana nak tolak vaksin, menghadap jururawat dan doktor Dan macam-macam lagi. Lantak ko lah situ. Aku silent reader je baca post-post kau tu.

Gambar? Mestilah ada upload beb. Ya, memang semua gambar berniqab dan jubah hitam, cuma nampak mata je. Kalau betul lah kau nak jaga sangat tak nak orang tengok kau, buat apa kau post banyak-banyak di media sosial? Kalau nak buat perbandingan, perempuan yang menutup aurat tapi tidak berniqab dan langsung tak ada post gambar sendiri di media sosial, adalah lebih baik daripada perempuan yang berniqab penuh (pakaian warna hitam) tapi kerap sangat post gambar sendiri di media sosial. Ya, aku lebih hormat dan kagum dengan perempuan yang tak ada post gambar sendiri di media sosial tak kiralah berniqab atau tidak.

Berbalik cerita budak tadi, aku perasan juga dia suka judge orang. Aku rasa menyampah rasa nak unfriend je tapi aku tunggu dulu nak tengok lagi status seterusnya. Ada rasa bangga diri lagi tak? Ada rasa diri mulia sangat ke? Nak tengok juga sejauh mana solehahnya tu. Ada je post nya yang bagus-bagus. Cuma itulah, kadang-kadang ada juga ayat-ayat dia yang macam perasan bagus dan macam orang lain tak bagus. Haha faham ke ayat aku tu woi?

Mungkin aku yang jahat dan hati hitam kot sebab kritik pasal dia ni hahaha. Entahlah. Aku cuma tak suka cara dia tu je la terutama berhubung soal niqab. Dia dah menutup aurat dengan sempurna dan berniqab penuh tu baguslah tapi janganlah ingat yang tak berniqab ni macam tak jaga agama, tak buat suruhan agama. Lagi pula berniqab bukan wajib hukumnya (walaupun ada ulamak kata wajib tapi ada banyak khilaf/ perbezaan pendapat ada juga ulamak kata harus je, sunat je). Cara dia tu kan, macamlah yang tak berniqab ni tak sempurna iman. Aduh entahlah. Bukan macam tu caranya berdakwah.

Aku teringat ada la seorang ni komen kat post dia yang pasal suaminya suruh buka niqab tu ada dia cakap (sebenarnya tanya kepada suami tapi up kat FB hmmppkkkhh)

" Betul ke awak nak saya buka niqab dan berpakaian tapi seperti telanjang?"

Dan komen tu lebih kurang begini, "Adakah dengan cuma tanggalkan niqab tapi masih menutup aurat, puan anggap itu berpakaian tapi telanjang?"

Tak balas pun kau komen orang tu. Mungkin termalu sendiri ke tak tau lah. Teruk sangat la judgemental dia tu asal tak pakai niqab je, dah dikira berpakaian tapi telanjang? Bodoh sangatlah. 

Ok lah kalau rajin aku sambung ni bateri tinggal 2% haha.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...