24 April 2020

I am Back! Welcome No 4.

Assalamualaikum,,,

   Pertama sekali selamat berpuasa di bulan Ramadan 1441. Hari pertama puasa ni tapi aku tak dapat puasa. InsyaAllah 4 Ramadan baru aku dapat berpuasa. Punya lah lama tak update blog berbulan-bulan. Tak sempat oiii. Idea ada tapi masa tak ada. Aku rangkum semua update dalam satu entri je lah maybe agak panjang macam cerpen dan novel hahahahaha.

#Chapter 1 : Pasca Bersalin Anak Keempat
    Now dah 58 hari dah umur baby. Cerita ringkasnya masa check up rutin KK. Masa tu dah 37w3d. Nurse offer nak cek jalan tak sebab dah 37w+ ni. Anak2 sebelum ni semua bersalin awal tak lebih 37w. Aku pun ok je lah. Guess what bila cek dah 3cm bukaan huhuh. Tapi memang tak ada turun tanda lagi. Contraction pun tak ada. So misi advice balik rumah dulu, kalau ada contraction sikit2 pun terus ke hospital. Fyi hospital agak jauh ye dalam sejam perjalanan naik kereta. Kalau dah sakit kuat baru nak ke hospital alamat terbersalin dalam kereta lagi haru.

     So balik rumah dulu. Solat. Kemas2 baju2 bebudak ni. Nak stay rumah Sarah dulu satu malam. So  pendek cerita dah sampai rumah Sarah lepak2 tunggu tanda tapi tak kunjung tiba hahahaha. Esoknya decide pergi je lah hospital. Dah sampai hospital lepas ve apa semua, aku terus warded. Tak payah balik rumah pantau kat hospital je kot2 sakit dah senang memang ada kat hospital. Zauji dan anak2 pulang ke Tenggaroh. Petang buat ctg. Jantung baby semua ok. Contraction memang tak ada.

    Hari kedua di hospital (Rabu) pun masih tak ada progress. Masih 3cm. Contraction light2 je. Petang zauji datang melawat dengan anak2.

    Hari ketiga. Jam 11 pagi dah mula ada contraction yang agak kuat. Aku pun bagitau nurse. Ve dan masih 3cm juga. Suruh balik wad dulu. Ok lah. Nak makan pun tak selera minum air soya gedegang je. Dalam pukul 4.00 petang dah makin kuat contraction dan rasa macam keluar sesuatu. Aku ingat air ketuban tapi bila cek kat bilik air rupanya darah macam fresh macam darah haid yang heavy tu. Ohoi aku dah cuak. Aku mandi tukar pad semua pastu terus bagitau nurse dan masuk LR. Dia cek jalan dah 10cm ok tapi ketuban tak pecah lagi so dia assume belum sampai masa nak bersalin. Padahal aku dah sakit gila bila contraction yang kuat tu datang. Lepas pasang alat ctg aku ditinggalkan seorang dalam LR. Aku pun positive yelah belum lagi lah agaknya. Setiap kali kontraksi yang kuat gila tu datang aku kepit kaki. Seksanya oii teringat masa beranak Aqil dulu tahan dan kepit masa dalam kereta otw ke HSI. Yang kali ni setiap kali contraction kuat aku terasa air keluar. Tapi bukan air ketuban ye. Darah. Ini ke yang orang kata 'kembar darah' aku pun tak tau lah. Serius sakit sangat2.

    Aku dah nekad. Contraction datang je aku akan terus teran kuat2 walaupun tak ada nurse dalam LR. Aku tunggu habis azan Asar. Habis azan aku dah standby apa yang patut. Oh ye sebelum tu aku raba2 memang dah rasa kepala baby kat hujung sangat tapi masih dalam karung air ketuban licin je.
Contraction datang, here we go dengan lafaz Bismillah aku teran sekuat hati. Kepala dah keluar aku teran sekali lagi. Alhamdulillah baby laju meluncur keluar serentak dengan air ketuban. Yess aku melihat dengan jelas. Baby pun menangis kuat dan barulah nurse tiga orang masuk LR. Legaaa. Hebat tak hebat bersalin sendiri tak ada orang sambut baby. Keluar dah seketul baby boy berat 3.24kg jam 4.38 petang. Khamis 27 February 2020 (edd 14 Mac).

    Zauji dan anak2 sampai masa aku dah keluar LR tunggu nurse cucuk vaksin hepatitis kat baby. Pastu sorong aku masuk wad. Tak lama tu Sarah datang dengan anak2 dia. Pendek cerita aku discaj esoknya (Jumaat).

Hmm time aku semangat nak menulis time tu lah bateri low hek eleh betul la. Ok lah sambung lain kali.

4 comments:

nurullailati said...

Hebat sgt tu..pasni ko boleh bersalin kat rmh aje.apelah nurse tak cakna langsung hurm.aku dlu anak first pun 3 jam diorg tggl sorg2 dlm LR. Nak meneran tak pandai, rupanya bila diorg check mmg bukaan dh 10 CM.patut sakit giler.anak aku smpi termakan tahi

Isha said...

Hebatlah crita Fairus ni.. akk xsempat nk rasa bersalin normal.. suma keluar kot tingkap.. Alhamdulillah, selamat membesar semuanya.. hihi..

Seimura said...

Oiii tak berani aku nak bersalin kat rumah. Siapa pulak nak potongkan tali pusat hahaha. Tu la aku tak sangka nurse hospital Mersing boleh tinggalkan je aku gitu je.
Isk cerita ko lagi sedih. Bersalin hospital mana tu woi kesiannya ko dah la anak sulung. Pffftt betul la diorang ni.

Seimura said...

Ala takde hebat pun lah kak biasa je hahaha. Kak Isha kenapa tak nak tambah baby lagi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...