Assalamualaikum.
Masih hangat pasal result SPM yang baru keluar Khamis lepas. Tahniah buat adikku dapat 5A2B2C. Agak membanggakan. Berbanding aku dulu cuma 3A. Lepas tu semua huruf pun ada kecuali G. Hahaha hebat tak hebat.
Serious aku memang kagum dengan mereka yang dapat straight A. Wow. Kagum dengan kerja keras dan usaha luar biasa mereka. Tidur berapa jam je waktu malam, berkorban masa dan keringat. Eh, bukan senang tau. Mereka layak untuk dapat keputusan cemerlang itu bukan sebab genius, tetapi kerana usaha keras mereka. Terbaik. Akak tabik spring.
Bagi yang tak cemerlang SPM, di sini bukan noktahnya. Perjalanan masih panjang dan masih boleh berjaya. Bangkit dengan semangat baru.
Sejujurnya aku sangat kagum dengan mereka yang sambung Master dan PhD. Lebih-lebih lagi yang dah berkahwin, ada anak namun masih gigih membuat ijazah sarjana dan doktor falsafah. Hebatnya. Kalau aku memang tak mampu untuk bahagi masa. Mesti stress gila. Hahaha. Yes, hanya kita yang tahu setakat mana kemampuan diri kita.
Ye betul itu hanya sekeping kertas sahaja (sijil, diploma dan seterusnya) tapi amat bermakna. Bukan sebab ukuran kepandaian seseorang atau ukuran senang dapat pekerjaan yang bagus, tapi lebih kepada kepuasan dan penghargaan di atas susah payahnya belajar, datang kuliah, buat tesis, ambil exam dan bermacam cabaran lain. Hanya orang terpilih sahaja mampu memikul cabaran demi nak mendapatkan sekeping kertas itu. Jangan sesekali diperlekehkan.
Namun tidak lah bermakna yang tak sambung belajar adalah orang yang gagal atau bukan yang terpilih. Masih dalam golongan yang terpilih tapi dalam ruang kehidupan yang berbeza. Allah dah rancang yang terbaik dalam kehidupan hamba-Nya. Paling mustahak adalah kena sentiasa bersyukur dan Qana'ah.
Selalu juga kita baca kisah beberapa orang yang gagal berkali-kali sebelum mendapat kejayaan akademik. Betul-betul menjadi inspirasi. Teringat pula ada satu ayat ini aku terbaca kat mana entah, lebih kurang begini bunyinya;
Nak dapatkan kejayaan itu perlu bermandi airmata dan keringat, bukan semudah petik jari.
Maksudnya, dalam perjalanan masa belajar, menangis itu perkara biasa. Samada sebab stress ke, penat ke, keseorangan ke, itu biasa. Jangan sesekali mengalah dan putus asa. Berserah hanya pada Allah.
Menuntut ilmu ni tidak semestinya perlu pengajian formal ikut silibus (kolej atau universiti). Mendengar ceramah agama dan menyertai sebarang kursus pun dikira menimba ilmu juga. Paling penting, kena berguru, bukan hanya bergantung pada buku atau search Google sahaja. Hehe.
Aku buat masa ini begini saja. Mana tahu kalau sepuluh tahun lagi andai panjang umur tiba-tiba hati aku terbuka pula nak sambung Master? Hahahah. Ye je la ngko.

No comments:
Post a Comment