11 January 2015

Molar Pregnancy dan Missed Miscarriage

Assalamualaikum.   

    Entri/ post kedua pada 2015. Entri kali ini ada sedikit perkongsian pengalaman sendiri miscarriage atau keguguran baru-baru ini iaitu pada akhir tahun lepas (Disember 2014). Aku harap dapat membantu mommies di luar sana yang mungkin baru pertama kali mengandung ke supaya berhati-hati dan bersedia dengan segala kemungkinan dan andainya sesuatu yang yang tidak diingini berlaku, anda lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. Wah.. bunyinya macam serius sangat.

   Biarlah aku cerita dari awal. Ceritanya aku buat upt beberapa hari sebelum due period. Haid aku regular. Keputusannya positif pregnant naik dua line, line satu lagi agak faint tapi boleh nampak la. Happy la. Walaupun aku target nak start mengandung dalam bulan 12 gitu sebab nak baby September tapi kalau dapat awal pun ok. Hari-hari aku ulang buat upt dan line makin lama makin terang.

   Kalau ikut LMP baru empat minggu. Dah lima minggu baru lah kami beritahu famili. Tak ada kecoh kat semua orang pun. Orang tertentu je tau termasuk rakan-rakan alam maya aku iaitu member Ratu Hati. Tapi masih tak sah kan kat klinik dan doktor sebab fikir awal lagi. Nanti lah tunggu dah dua bulan ke.

  Kalau masa Jannah dulu masuk minggu ke lapan aku dah start morning sickness yang super teruk. Muntah-muntah, pening dan tak lalu makan. Asal makan je keluar balik. Memang lembik. Sampai berat turun tiga kilogram. Tapi kali ini langsung tak ada. Pelik sikit tapi normal je kot, setiap pregnancy lain-lain pembawakannya agaknya. Positif je. Dalam masa yang sama Jannah masih menyusu badan.

  Aku masih tak buka buku merah klinik sebab kengkonon nak scan kat klinik swasta dulu baru lah buka buku. Dulu masa Jannah tau positif je terus pergi private klinik sebab excited. Biasa lah bakal ibu bapa baru. Ececeh. Tapi scan nampak kantung dan dot je belum ada heart beat. Scan lagi masa 7w++ baru ada degupan jantung. Ya Allah, teruja sungguh kami. 

  So, untuk pregnancy kedua tak se excited dulu, just rilek2 je. Dah 15w baru terhegeh-hegeh nak pergi scan kat swasta. Masa buat ultrasound, doktor perempuan muda tu cari-cari baby tak jumpa. Hanya ada kantung. Aku pun tengok tak ada bentuk kepala ke at least sebab 15w sepatutnya dah jelas nampak anggota walaupun cuma scan 2D. Doktor pelik, aku pun pelik. 

Then aku tanya, "Ada kemungkinan kandungan anggur ke doc?". 
Doc pelik dan tanya aku balik, "Awak tau pasal kandungan anggur?".
Eleh doktor ni macam la aku bodoh sangat tak pernah membaca ke. Aku jawab, "Tau".
Dia jawab, "Mungkin jugak tapi tak confirm. Akak ni cikgu ke?"
Aku geleng kepala sambil jawab, "Surirumah je." Walaupun sebelum ini memang pernah jadi cikgu tapi tak payah cerita la. Tak penting.
Dia tanya lagi, "Mana akak tau pasal kandungan anggur?".
Aku dengan konfiden jawab, "Oh, saya banyak baca kat internet la pasal pregnancy dan yang berkaitan".
Mungkin dia ingat orang biasa-biasa ni tak tahu atau tak ambil tahu pasal kes kandungan yang pelik-pelik macam chemical pregnancy, molar pregnancy atau ectopic pregnancy. Hello, dunia di hujung jari lah sekarang. Sesiapa yang rajin google, rajin buat researcrh, rajin cari ilmu kat internet, pasti lah dia tahu. Macam aku sejak mengandung Jannah dulu memang aku banyak baca kat internet pasal macam-macam. Terima kasih kepada Ratuhati.com yang banyak membantu.Keh keh.

     Sambung cerita. Dah sembang macam-macam akhirnya aku dan zauji buat keputusan nak pergi klinik lain dulu tengok scan macam mana baru refer ke pakar. Doc memang suggest suruh pergi pakar terus untuk cek dan ambil tindakan seterusnya. Lepas tu aku pun balik. Tahu tak apa perasaan aku masa tu? Sedih, terkejut, down, kecewa, menyesal dan yang negatif semua ada. Macam tak percaya. Dan masih berharap ada keajaiban berlaku.

   Balik rumah, malam itu masa aku sorang2 aku menangis. Sedih gila kot. Sesiapa yang pernah mengalami miscarriage mesti faham perasaan aku. Tapi kes aku lagi pelik dan mneyedihkan. Tak ada baby! Kantung ada tapi baby tak ada.  Doc pun tak tau apa dia, nampak macam uri, yang lain tu entah apa benda tak tau memenuhi ruang rahim dalam imbasan ultrasound itu. Dalam hati berdoa banyak-banyak semoga benar-benar ada baby dan sihat tapi dalam masa yang sama sudah bersedia dan redha andai benar tiada baby. Berserah.

  Esoknya (Jumaat) aku perasan ada spottiing brownish pada pantyliner. Aku mula rasa tak sedap hati. Ada pengalaman ibu-ibu lain cerita brownish pun tanda-tanda miscarriage. Aku hidu tak ada bau so aku solat macam biasa. Aku mula consume madu tiga kali sehari. Tujuannya untuk kuatkan rahim kalau betul baby ada atau bersihkan rahim andai benar sudah miscarriage. Setiap kali nak buang air bila nak tukar pantyliner memang ada spotting brownish.

  Pagi Isnin sudah mula keluar fresh blood tapi tak banyak. Aku dah start pakai pad. Kami pergi klinik Healthcare untuk cek dengan Dr. Nur, Memang dah biasa dengan dia sejak mengandung Jannah dulu. Bila scan pun sama tak nampak baby. Dia pun suspect molar sebab tak nampak baby tapi tak berapa sure katanya. Sebab tak ada bulat-bulat bentuk anggur pun bila scan. Dia tanya aku tau tak kena buat apa lepas ni? Aku teka D & C? Dia angguk. Then dia terus buat surat refer pakar O & G di HSA untuk ambil tindakan seterusnya.

  Esoknya seperti yang tercatat di appointment jumpa Dr. Siti, pakar O & G di HSA kami bergerak ke sana. Ramai betul orang. Siap daftar semua bukak buku biru untuk rekod hospital. Kena cas RM80 sebab refer later daripada klinik swasta, bukan KKIA. Kalau dari KKIA cas RM5 je. Hek eleh betul. Bila dah jumpa Dr. Siti bila dia scan dia kata bukan molar tapi missed miscarriage dan kena buat S & C (suction and curettage). Aku tanya agak-agak dah gugur masa berapa minggu tapi doc pun tak boleh nak agak bila. Tapi aku agak sendiri mesti bawah 6 minggu sebab belum ada anggota, heartbeat dan lain-lain. Masih ketulan daging atau gumpalan darah. Seperti yang tercatat dalam Al-Quran kejadian manusia yang berasal dari air mani kemudian segumpal darah, kemudian ketulan daging, kemudian baru diciptakan tulang dan ditiupkan roh.

  Info: Missed miscarriage ialah jenis keguguran yang berlaku pada peringkat awal kehamilan. Biasanya pada waktu ini baby tak dapat develop dengan baik atau berhenti develop dengan sendiri sebelum sempat tumbuh anggota. Selalunya berlaku di bawah enam minggu tempoh kehamilan. Dan kebiasaannya tiada apa-apa simptom keguguran macam sakit perut, kontraksi, spotting brownish (tompok coklat) atau bleeding (turun darah) pada peringkat awal itu. Hanya boleh dikesan melalui imbasan ultrasound di klinik atau hospital.
Ok thats why aku tak tau aku dah keguguran sebab memang tak ada tanda langsung. Scan pulak lambat dah 15w baru scan. Sudah takdir.

  Info: Molar pregnancy atau kandungan anggur ialah kandungan yang juga tiada baby dalam kantung tapi hanya ada sel-sel berbentuk gugusan anggur bila dilihat melalui ultrasound. Kandungan anggur ini terjadi apabila kromosom x dan y tidak bercantum atau terdapat kecacatan pada kromosom maka tidak menjadi embrio. Mengandung anggur akan mengalami alahan atau mabuk luar biasa. Pening dan muntah lebih teruk daripada mengandung normal kerana hormon hcg yang terlalu tinggi. Antara tanda-tandanya boleh bleeding dan boleh dikesan melalui imbasan ultrasound. Sel-sel tidak normal dalam kandungan anggur ini perlu dibuang kerana kalau merebak boleh jadi kanser. Biasanya lepas buat D & C (dilation and curettage), hospital akan pantau setiap minggu dan cek samada hcg masih ada atau tidak. Sekiranya hcg tidak menurun atau makin meningkat, ada kemungkinan sel tak normal itu masih ada dan perlu buat kimoterapi secara berkala untuk hapuskan sel-sel itu daripada merebak menjadi kanser.

Bersambung...





15 comments:

Mrs Leo said...

Salam, saya nak tanya mcm mana dengan kandungan anggur yg shinda ceritakan. Sambungan? Selepas tu apa nasihat doktor pada shinda. Mcm mana keadaan skrg? Apa nasihat doktor? Sbb tgk shinda dah ada baby.

Seimura said...

Maaf ye lambat reply. Sambungan saya dah cerita di entri seterusnya. Buat dnc. Dr nasihat rehatkan rahim 3-4 bulan selepas dnc jangan mengandung. Rezeki Allah beri Saya hamil 3 bulan lepas dnc. Alhamdulillah semuanya selamat.

Seimura said...

Maaf ye lambat reply. Sambungan saya dah cerita di entri seterusnya. Buat dnc. Dr nasihat rehatkan rahim 3-4 bulan selepas dnc jangan mengandung. Rezeki Allah beri Saya hamil 3 bulan lepas dnc. Alhamdulillah semuanya selamat.

Unknown said...

Salam sy pn bru di diagnosed dgn missed misscarriage. N doc scan jantung baby xde. Sy xphm sgt. Doc bg 2mggu utk next apptmt utk scan.. Mmg bleeding hari2 skrg ni..till appmt tu ape yg ptt sy buat eh . Boleh ke sy mkn jamu2 or any supplement utk cepat trunkn drah n bersih semua?

Seimura said...

Saya rasa better tunggu lepas scan nanti baru decide untuk makan jamu atau supplement. Tapi boleh amalkan minum madu asli setiap hari.

Unknown said...

Salam sis, adik sy lebih kurang macm puan, bleddinng hanya spot, doc pun kata gugur, tpi die xbuat trus s & c knp ye.

Unknown said...

Wslam..sy kt hosp skrg tgh tgu buat dnc..sy rasa doc nk tgu jatuh naturally.. sy tgu lama jgk..bleeding sy stop n janin xjatuh2..so doc decide buat dnc sbb dia most likely dia ckp xkan jatuh naturally la case sy ni n nk buat n dnc gov ni ada waitg list jgk. Appointment sy kjap lg..pls pray 4 me..n i hope ur sister akn cpt smbuh jgk..n boleh ttc soon after sihat..take care..

Seimura said...

Maaf ye lambat reply. Masa doc kata gugur tu, kandungan berapa weeks?

Seimura said...

Macam mana nurhazira? Any update?

Unknown said...

Hi dear..sori for the late reply..on 29/8/2017 sy buat s&c which is suction n curretage..Alhamdulillah evrytg went smooth..im healing from the process..guess will be a while before getg pregnant again..

Seimura said...

Alhamdulillah. Oh sama la dengan saya dulu pun buat suction and curretage.

Unknown said...

sis nak tanya la.adakah upt positif lg walaupun telah disahkan missed miscarriage? ..sementara tunggu dia jatuh sendiri..

Seimura said...

Ya masih positive sebab hormon hcg masih ada

sara said...

hai assalamualaikum kak, maaf tanya macam mana keadaan akak, akak completed or partial. saya completed, and saya da menjalani kimoterapi sebanyak 7 cycle. dan saya hold sbb da turun and skrg bacaan naik balik. mood down je ni

Seimura said...

Waalaikumussalam. Maaf dik, lambat reply. Akak ada post entri seterusnya buat suction and curettage dan complete. Lepas tu takde buat apa2 lagi dah. Maaf tanya, kenapa kena buat kimoterapi tu ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...