Assalamualaikum.
Daripada hari tu nak update blog asyik tertangguh je. Dah siap taip banyak pulak tu pastu tak jadi. Kali ni wajib jadi, entri pendek pun jadi lah. Kengkonon nak buat entry masa bulan Mac hari tu ulangtahun ke-4 blog aku ni tapi tak perasan dah terlepas tarikh rupanya. Bajet busy sangat la kununnya. Ceh.
Sejak balik rumah sendiri pada hari ke-41, semua dah start buat sendiri. Sekarang I dah biasa mandikan baby tau. Hiks. Kadang-kadang berjaga malam tak tidur coz baby tak tidur. Perkara biasa bro.
Paling best dah start bawak Jannah jenjalan bila dah habis pantang hari tu (aku pantang 44 hari je). Dah banyak tempat lah bawak dia jalan. Bawak pergi shopping je dah tiga kali. Sekali kat Mydin tak bawak stroller. Sekali kat Jusco bawak stroller siap naik lif bagai. Semalam pergi Danga City Mall tapi just tingkat bawah je, UO, sorong stroller jugak.
Semalam genap umur Jannah dua bulan (60 hari). Malam sebelum tu (Khamis malam Jumaat) Jannah mengamuk sakan. Menangis, melalak. Susu dah, salin lampin dah, dodoi dah semua dah la entah apa yang tak kena. Sejak maghrib sampai bawak ke tengah malam. Kalau tak menangis pun merengek. Last pukul 3 pagi baru dia lena. Kata orang nak beralih bulan baby/ budak memang akan meragam.
Tadaaa... Ini gambar si budak manja semalam, cukup dua bulan.
Ini pulak pic masa 58 hari. Nampak mok pulak.
Umur 46 hari
47 hari. Gambar diambil sebelum Jannah dikhatankan.
Yep, Jannah dah sunat! Nangis kejap sekadar bunyi 'hek' je sekali. Senang kata tak menangis la.
Masa umur sebulan kat rumah MIL, sebelum ke klinik untuk cucuk hepatitis (betul ke eja entah) dos kedua plus timbang berat dan ukur panjang.
Si budak botak umur 19 hari di pangkuan neneknya. :p
ok lah cukup setakat ni sambung lain kali pulak. Daa....
4 comments:
hi salam singgah frm forum ratuhati..comelnya baby :)
terima kasih saza. :)
alololo... comeinya jannah...
hehe terima kasih nora. :)
Post a Comment