29 March 2017

Tidak Tertekan Anak Lambat Berjalan dan Lambat Tumbuh Gigi

Assalamualaikum.

     Hahaha. Tajuk tu ala-ala tajuk berita di akhbar atau majalah. Bajet retis. Terpengaruh dengan metroonline dan rotikaya punya pasal sebab akhir-akhir ini aku selalu baca kat Google dua website tu. Koh koh koh.

      Naim dah 17 bulan (setahun lima bulan). Masih belum berjalan walaupun dah boleh berdiri sendiri dah lama jugak. Berdiri sendiri bangun dari duduk. Sesekali adalah Naim melangkah dua, tiga tapak atau lima, enam tapak lepas tu dia cangkung atau duduk. Hahaha. Boleh lah. Takpe lah lambat pun. Mak OK je langsung tak stress. Risau pun tak. Dah memang belum masanya lagi. Normal je sebenarnya, bukan sesuatu yang pelik atau ganjil. Please respect. Tak perlu dipertikaikan kenapa lambat berjalan.

     Gigi baru tumbuh sebatang bahagian Bawah depan. Hehe. Pasal gigi ni memang 100% dengan kuasa Allah lah yang boleh keluarkan gigi tu manusia mana boleh. Kenapa aku cakap macam tu? Perkembangan budak nak merangkak dan berjalan pun kuasa Allah 100%. Apa bezanya?

    Bezanya ialah mulut orang yang bercakap.
"Kena latih ni usha lebih pakaikan kasut ke apa ke."
"Cuba bawa jumpa pakar. Mana tau pakar boleh buat sesuatu?".
" Try buat fisioterapi tengok macam mana."
"Pagi lepas Subuh dirikan kaki dia atas rumput. Orang tua kata cepat berjalan nanti."

Atas ni antara contoh kata-kata 'nasihat' mereka yang 'concern'. Contoh je. Padahal kau tahu kan budak nak berjalan ni atas kehendak Allah. Bukan atas kuasa manusia yang lemah ni. Sama juga dengan budak yang speech delay (lambat bercakap). Dah memang belum sampai waktunya seorang toddler itu untuk fasih bercakap, mana boleh dipaksa. Kalau dah tertulis umur 7 tahun baru boleh bercakap dengan lancar, kena terima lah takdir yang telah tertulis. Usaha memang usaha, tetapi orang lain jangan menyibuk dan mengeluarkan cadangan yang boleh mengecilkan hati. Wth sampai suruh jumpa pakar dan buat fisio? Ingat cacat ke anak orang tu? The kids just delay je. OK faham tak delay? Bukan langsung tak boleh berjalan cuma lambat sahaja.

      Serious aku memang tak rasa tertekan pun anak lambat berjalan. Jalani hidup macam biasa dan gembira. Asalkan anak sihat tubuh badan, tak ada sakit, Syukur Alhamdulillah.

   Kalau pasal gigi tu aku kesian si Naim sebab dia dah makan macam-macam. Haha.  Tak apa. Sabar menunggu. 

24 March 2017

When They Call Me Ustazah

Assalamualaikum.

    Sejujurnya sejak dulu sampai sekarang pun aku masih rasa tidak layak dipanggil ustazah. 'Dulu' tu means tahun 2007 masa aku jadi guru kafa atau bahasa mudah Cikgu sekolah agama Johor. Rasa tak layak ada banyak sebab. Dari segi ilmu, akhlak dan lifestyle masih belum mencapai standart ustaz ustazah. Ah, nak terangkan pun tak tau la kome boleh faham ke. Haha.

    Dulu masa mengajar sekolah agama sekejap memang haruslah dipanggil ustazah. Hehehe. Tak lama pun 3 bulan je lepas tu jadi pembantu tadbir kat maij. Setahun lepas tu sambung belajar Mesir pulak.

      Bertitik tolak di Mesir lah panggilan ustazah itu kembali. Biasa lah sana, pelajar lelaki Azhari dipanggil ustaz, yang perempuan dipanggil ustazah. Masa berkomunikasi sesama ikhwah akhawat pun memang kena guna ustaz ustazah. Selebihnya tu saya, ana. Biasa lah tu. Melainkan pelajar perubatan, kita panggil doktor terus walaupun belum jadi doktor lagi (bakal doktor).

    Mula-mula rasa janggal juga. Tapi lama kelamaan jadi biasa. Yelah dulu zaman sekolah dan diploma panggil nama je (berlainan jantina). Kat Mesir jadi lain. Hehe. Kira panggilan paling sopan dan terhormat. Gitu. Tak kan la nak panggil senior/ Abang/ bae (muntah jap).

    Dah tamat belajar, balik Malaysia. Mengajar kat satu sekolah swasta ni, jadi ustazah juga sebab mengajar pai, psi, pqs, bak dan bat (nampak tak aku malas nak taip perkataan penuh dan malas caps lock Hahaha). Ada sesetengah murid panggil aku Cikgu. Tak kisah pun. Sama je maknanya.
Lepas tu mengajar sekolah tahfiz swasta jadi guru tasme' alQuran mestilah dipanggil ustazah juga. Hoho.

      Genap umur Jannah setahun, aku pun quit atas sebab tertentu. Tahun yang sama zauji buka pusat rawatan. Ingat lagi premis  di Jalan Kebudayaan berdekatan dengan Bank Rakyat. Kedai tingkat atas yang asalnya spa muslimah owner jual. Ok itu cerita lain lah. Nak cerita pasal panggilan ustazah ni kita sambung ye.

      Satu hari tu, masa di pusat rawatan. Pesakit sedang dirawat zauji. Warisnya duduk menunggu di sofa. Isteri pesakit memang peramah dan suka berbual. Dah banyak kali datang. Setiap kali datang mesti tanya nama aku (orang tua biasa lah pelupa banyak Hahaha). Aku memang perkenalkan diri nama je takde guna ustazah pun. Tapi anak-anak makcik tu (dah berkahwin dan bawa anak) memang panggil aku ustazah. Yelah sebab isteri ustaz memang biasa nya ustazah jugak la kot orang agak. Hahah.
Tiba-tiba makcik tu tanya soalan,
"Awak ni Cikgu ke ada mengajar mana-mana?"
Aku jawab,
"Tak lah. Saya surirumah je tak bekerja. Cuma tolong ustaz sikit-sikit."
Then dia tanya pula macam ni,
"Tapi kenapa dipanggil ustazah?"

Hohoho. Mungkin pada makcik ni yang dipanggil ustazah mesti la kena mengajar kat sekolah ke, kolej ke. Gitu kot fikiran orang tua. Kakakakaka. Aku pun jawab,
"Dulu pernah lah mengajar sekolah tahfiz tapi dah berhenti."
Kemudian makin banyak lah soalan beliau tanya kenapa berhenti, tak nak mengajar lagi ke dan macam-macam lagi. Aku jawab jawapan standart je lah.

      OK sekarang bila melayan whatsapp atau SMS client yang bertanya pasal rawatan atau nak buat temujanji. Bila aku dah perkenalkan diri sebagainya ustazah, client akan panggil ustazah atau puan. OK lah puan tu pun ok standart. Tapi ada juga panggil akak. Ok masih boleh terima lagi. Yang lagi teruk panggil awak. Ades. Apa punya orang lah. Teruk betul la communication skill dia. Padahal kita sudah memperkenalkan diri sebagai sekian sekian. Kalau aku tak perkenalkan diri, orang panggil ustaz/ tuan/ encik tu biasa lah. Yang panggil awak awak ni aku pun tak tahu lah umur dia berapa, mak orang ke bukan. Yelah dalam whatsapp je kan bukan nampak muka. Hahah.

      Panggil puan pun ok. Panggilan hormat. Orang tua ke muda ke boleh panggil dengan gelaran puan tu. Ustazah pun boleh. Tak ada masalah. Hehehe. Panggil nama je pun aku ok (biasa nya yang pangkat kakak atau makcik/ lebih tua dari aku). Sebab biasa nya aku tak berjumpa atau bertentang mata dengan pesakit atau waris. Aku cuma susun temujanji dalam alam maya je. Boleh kata 90% pesakit aku tak pernah tengok muka mereka depan-depan. Hanya kenal dalam whatsapp sahaja tak pernah jumpa orangnya.

        Kawan blogger pun ada juga yang panggil ustazah. Masa zaman kegemilangan blog dulu lah 2009-2011. Kawan Facebook, kawan cyber social media, schoolmate classmate. Mana-mana yang kenal dan tahu den pernah belajar kat Mesir dedulu. Tak lah ramai sangat tapi adalah juga. Hahaha. Hashtag #bukanoranghebat #biasabiasaje #sederhanawasotiyah.

     Kalau kengkawan yang kenal perangai aku diorang panggil aku ustazah rock. Kau ada? Hahaha. Kbai.


20 March 2017

8 tahun blog aku dulu dan kini.

Assalamualaikum.

   Gila malas punya tajuk entri semua huruf kecil. Wei hari ini 20 Mac anniversary blog aku yang ke lapan tahun la. Hari ini juga usia Muhammad Naim setahun lima bulan. Yeay! Alhamdulillah.

     Walaupun aku tak lah seotai blogger yang tulis blog sejak awal 2000-an (aku mula tahun 2009) tapi kira ini pencapaian yang agak baik lah bagi aku. Ahahaha. Dulu mana ada telefon pintar. Nak acces internet kena pergi cyber cafe tau kalau kat rumah tak ada komputer atau laptop sendiri. Broadband pun mahal. Aku start blogging masa belajar kat Mesir. Internet memang wajib ada di setiap rumah Malizi bagi memudahkan kami nak call keluarga di tanah air. Cewah tanah air gitu. Patriotik sangat.

     Zaman facebook dan instagram sekarang ni, blog dah tak berapa popular dan tak ramai pun ada blog. Semuanya dah diabadikan dalam status facebook atau instagram. Aku ni oldskool sikit, masih gigih dan aktif menulis di blog sebab tak ada orang kenal. Jadi aku bebas mengkritik dan menghentam apa sahaja. Muahahaha. Tapi bukan spesis keyboard warrios tau. Betul ke eja tu entah. Lantak lah.

     Selama lapan tahun ini gaya penulisan aku pun berubah seiring peningkatan usia. Ceh. Amboi sangat. Dulu aku sangat outspoken. Laser. Makian banyak. Suka hati aku je nak tulis apa. Tulis ikut emosi katanya. Dulu pun lebih ganas dan rock. Kah kah. Brutal.

    Tapi satu yang tak pernah berubah, tetap ada unsur humor dan bersahaja. Dulu sebenarnya penulisan aku lagi lawak dan kelakar. Biarlah ada lawak sikit, serious memanjang itu bukan blog peribadi, itu thesis namanya. Lol.

     Dulu dek kerana kelancangan menulis, ada juga beberapa orang tegur aku. Tak elok lah ustazah tulis macam ni. Eh aku tak terima kau. Tak terima teguran. Aku bidas balik lagi ada. Dah beberapa tahun lepas tu aku sedar sendiri. Mungkin berkat doa insan-insan yang pernah tegor aku dulu. Aku berterima kasih sangat. Aku doakan mereka bahagia dunia akhirat. Amin.

     Dah kata aku ni memang suka menulis, maka aku hanya akan menulis sahaja. Aku tak peduli tentang template dan layout blog aku ni. Selama lapan tahun ini baru dua ke tiga kali je aku tukar template. Itu pun yang basic je, yang memang blogspot/ blogger.com punya template. Aku memang tak pandai nak tukar yang kena copy paste yang macam URL tu apa entah nama khas dia. Biarlah template blog biasa-biasa je tak cantik tak menarik, yang penting isi blog yang orang nak baca. Kih kih.

  Aduh, tetiba rindu Mansurah. Rindu Mesir. Hahaha. Yelah. Suka duka kehidupan di Mesir aku coretkan dalam blog ini. Ada lah juga kenangan. Esok-esok Jannah dan Naim dah besar boleh lah baca. Errrr... Sanggupkah bagi diorang baca penulisan aku yang....emmm.... Hahahah.

     Ada beberapa tahun yang blog aku ni hambar gila. Entri kurang sangat dalam setahun. Itu fasa masa baru kahwin dan baru dapat anak. Kikiki. Dulu bujang. Dah mak-mak sekarang ni kan. Semakin tua lah. Hahaiii.

     Sampai sekarang ni pun, entri Buang Karang Gigi masih menjadi post tertinggi orang baca. Lawak pun ada. Yang lawak jugak tu, entri tahun 2012 tu masih ada orang drop komen di tahun 2017 ini. Kata carian tertinggi di Google search gitu, blog putericahayapermata.blogspot yang paling atas keluar bila orang taip buang karang gigi. Hebat tak hebat. Padahal bukan doktor yang menulis. Cerita pengalaman seorang pesakit je. Haha.

      Nanti ada masa aku nak labelling semua entri yang masih belum ada label. Maklumlah, menulis guna android ni malaslah nak label bagai. Lainlah guna laptop, senang. Label tu penting juga untuk aku buat rujukan untuk cari dan baca post berkaitan. Memudahkan readers juga kalau yang rajin nak cari. Errrr...ada ke readers? Hohohoh. Perasan glamer tau you ni.

     Diharapkan blog ini akan terus wujud 10-20 tahun lagi. Hahaha. Jangan lah Google hapuskan blogger.com ni. Yelah kan dah ada Google plus. Ala-ala macam blog blogspot jugak tu. Sobs.

    Kengkonon macam nak buat contest sempena anniversary blog ni tapi aku fikir ada ke orang nak join? Orang dah jarang baca blog sekarang ni, haha. Walaupun aku tengok statistik ratusan juga yang view blog aku ni dalam sehari tapi itu bukan ukuran Ramai yang nak join contest. Hahaha. Abaikan saja.

     So aku celebrate dengan makan Maggi kari je lah malam ni. Weeeee. Kbai.
     

Impressed

Assalamualaikum.

    Masih hangat pasal result SPM yang baru keluar Khamis lepas. Tahniah buat adikku dapat 5A2B2C. Agak membanggakan. Berbanding aku dulu cuma 3A. Lepas tu semua huruf pun ada kecuali G. Hahaha hebat tak hebat.

    Serious aku memang kagum dengan mereka yang dapat straight A. Wow. Kagum dengan kerja keras dan usaha luar biasa mereka. Tidur berapa jam je waktu malam, berkorban masa dan keringat. Eh, bukan senang tau. Mereka layak untuk dapat keputusan cemerlang itu bukan sebab genius, tetapi kerana usaha keras mereka. Terbaik. Akak tabik spring.

     Bagi yang tak cemerlang SPM, di sini bukan noktahnya. Perjalanan masih panjang dan masih boleh berjaya. Bangkit dengan semangat baru.

     Sejujurnya aku sangat kagum dengan mereka yang sambung Master dan PhD. Lebih-lebih lagi yang dah berkahwin, ada anak namun masih gigih membuat ijazah sarjana dan doktor falsafah. Hebatnya. Kalau aku memang tak mampu untuk bahagi masa. Mesti stress gila. Hahaha. Yes, hanya kita yang tahu setakat mana kemampuan diri kita.

    Ye betul itu hanya sekeping kertas sahaja (sijil, diploma dan seterusnya) tapi amat bermakna. Bukan sebab ukuran kepandaian seseorang atau ukuran senang dapat pekerjaan yang bagus, tapi lebih kepada kepuasan dan penghargaan  di atas susah payahnya belajar, datang kuliah, buat tesis, ambil exam dan bermacam cabaran lain. Hanya orang terpilih sahaja mampu memikul cabaran demi nak mendapatkan sekeping kertas itu. Jangan sesekali diperlekehkan.

   Namun tidak lah bermakna yang tak sambung belajar adalah orang yang gagal atau bukan yang terpilih. Masih dalam golongan yang terpilih tapi dalam ruang kehidupan yang berbeza. Allah dah rancang yang terbaik dalam kehidupan hamba-Nya. Paling mustahak adalah kena sentiasa bersyukur dan Qana'ah.

     Selalu juga kita baca kisah beberapa orang yang gagal berkali-kali sebelum mendapat kejayaan akademik. Betul-betul menjadi inspirasi. Teringat pula ada satu ayat ini aku terbaca kat mana entah, lebih kurang begini bunyinya;
Nak dapatkan kejayaan itu perlu bermandi airmata dan keringat, bukan semudah petik jari.
Maksudnya, dalam perjalanan masa belajar, menangis itu perkara biasa. Samada sebab stress ke, penat ke, keseorangan ke, itu biasa. Jangan sesekali mengalah dan putus asa. Berserah hanya pada Allah.

     Menuntut ilmu ni tidak semestinya perlu pengajian formal ikut silibus (kolej atau universiti). Mendengar ceramah agama dan menyertai sebarang kursus pun dikira menimba ilmu juga. Paling penting, kena berguru, bukan hanya bergantung pada buku atau search Google sahaja. Hehe.

    Aku buat masa ini begini saja. Mana tahu kalau sepuluh tahun lagi andai panjang umur tiba-tiba hati aku terbuka pula nak sambung Master? Hahahah. Ye je la ngko.

     

16 March 2017

Hati Kering

Assalamualaikum.

   Dalam kehidupan ini kadang-kadang perlu ada sikap kejam sedikit agar tidak sewenangnya diperkotak-katikkan dan memberi pengajaran terhadap orang lain. Baik macam mana pun hati nurani kau jangan sampai makan diri. Yang faham bagus, yang tak faham mohon terjun lombong.

     Ini cerita hati ke hati lah wei. Ceh. Sebagai seorang yang telah diamanahkan untuk menyusun temujanji adakalanya terpaksa melayan kerenah sesetengah client/ pesakit yang menyakitkan hati dan buat hati ini panas je rasa nak memaki dan mencarut. Hahahah. Kalau jumpa whatsapp dengan spesis client yang begini memang aku pejam mata kejap sambil tarik nafas sambil istighfar dalam hati bagi menahan mulut dan hati aku dari memaki hamun menyumpah seranah mencarut. Sabarrr...

     Paling kejam aku buat pun aku akan block beberapa spesis @#$%&! Ni haaa... Entah dah berapa Ramai aku dah block aku pun tak pernah kira tapi yang pasti nya ada sebab yang munasabah, bukan sesaja nak block orang kat whatsapp. Antaranya aku boleh senaraikan la guna nombor bagi jelas. Amboi.

1 - Jenis batal temujanji tak bagitau. Ini tahap aku macam nak hempuk kamus almiftah kat muka orangnya. Kau dah buat temujanji sekian. Aku dah masuk dalam list. Dah update di group whatsapp. Sampai masa orangnya belum tiba. Bila tanya dalam group, dengan mudahnya kau kata tak jadi datang. Minta maaf pun tak ada. Perawat dah standby. Yang lagi teruk terus senyap seribu bahasa tak respon langsung. Memang biadap kau kan. Nah amik aku block terus nombor kau dan nama kau pun black list. Jangan harap nak buat temujanji lagi.

2 - Jenis angkuh berlagak tak bertempat. Ini tak ramai dan jarang jumpa. Banyak tanya. Soalan pula seolah-olah macam memperlekehkan orang, bukan betul nak tanya pun. Yelah mungkin dia fikir orang biasa-biasa je yang buat rawatan ini. Memang biasa-biasa tapi yang terpilih sahaja yang berkebolehan merawat tau, anugerah dari Allah.

3 - Lebih kurang sama dengan yang nombor 1. Batal temujanji last minit. PM aku. Bila aku suruh bagitau kat group dia tak buat pun. Tujuan aku suruh update kat group agar perawat pun tahu orang yang batalkan temujanji tu. Huh memang block la. Hahaha. Kejam kan? Lantak lah. Hahaha.

4 - Jenis asyik tanya pusat rawatan buka tak hari ni? Konon macam nak datang tapi acuh tak acuh. Entah jadi entah tidak. Hiyyy nak je aku lempang. Nak confirm kan nak datang atau tidak tu punya lama dan susah. Aduss. Tolong lah hormat masa orang lain. Kalau rasa tak pasti tak perlu nak tanya dan nak buat temujanji. Bila kita tanya balik boleh ke datang, jadi ke nak datang. Tutup waktu sekian, rehat waktu sekian. Ehh haram tak dijawabnya. Heh. Korang tau dah kan tindakan aku seterusnya? Block spesis ini. Settle.

Mungkin ada beberapa lagi tapi aku tak berapa ingat. Haha. Nampak tak aku kejam bersebab tau tak. Bila melibatkan masa itu Emas ni, memang aku strict habis. Dah buang masa perawat tunggu lama tu satu hal, dah merugikan peluang pesakit lain untuk mendapatkan rawatan pada slot yang orang batal tak info atau info berlalu lambat. Block untuk beri pengajaran kepada si pelaku agar mereka boleh berfikir dan tahu bukan senang-senang dan sesuka hati je nak buat hal dengan PRDH. Kah kah.

Aku pun manusia biasa. Dalam whatsapp aku dah cukup berhemah dan berdiplomasi bila berbicara  (amboi3), tapi dalam hati Allah je yang tahu bagaimana aku menahan dan berperang dari makian carutan sumpahan bila terjumpa spesis menyakitkan hati, cerewet, angkuh, kerek, dak wicet dan lain-lain. Ahahahaha.

   Eh nanti la kita sambung pasal kejam tak kejam ni. Kalau ada sambungan lah kan. Hahaha. Kbai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...